Followers

Isnin, 5 Julai 2010

Sate - hajat yang kesampaian.










Petang tadi makan sate semasa minum petang. Abahintan balik bawa sate, 'bos belanja' katanya. Selesai masalah nak makan apa untuk minum petang.  Sate yang  lembut serta kuah kacang juga pekat dan pedas-pedas manis.  Memang sedap sate dan kuah kacangnya.

Bos abahintan order sate dari jirannya yang berniaga di Pekan Juaseh. Tidak seperti ada sebahagian penjual,  sate yang mereka jual keras dan liat. Tapi sate yang ini memang sedap, Intan dan Azim pun suka sangat.  Kebetulan pula Azim memang menyebut nak makan sate. Ini seolah-olah hajat yang kesampaian bagi Azim. Memang dah janji akan belikan.

Pernah terbeli sate yang dagingnya amat keras dan liat. Tak termakan dan dibuang sahaja. Tak taulah peniaga tu guna daging apa, berniaga macam nak sehari saja tak pikir jangka panjang. Mungkin beli daging yang murah sebab nak untung banyak.  Takkan jejak lagi kedai sebegitu.

7 ulasan:

kak Erna berkata...[Reply]

ibuintan,wah..minum petang makan sate ari ye..akak kalau makan sate tak suka sate ayam..suka sate daging..kalau jumpa yang keras..tu yang tak nak beli lagi tu...

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna, rezeki hari ni ada yang belanja..saya dua-dua suka janji dagingnya lembut..

Zaitun berkata...[Reply]

Wah sedapnya sate,kak Zai suka makan sate Kajang.

kakcikseroja berkata...[Reply]

Kadang2 orang berniaga ni nak untung cepat dengan tidak memikirkan kesan jangka panjang...

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,
sate kajang memang dah terkenal, selalu juga pergi kat cawangannya di senawang square

ibuintan berkata...[Reply]

betul kakcik,
tak pikir jangkamasa panjang, sekali kena dah tak pergi lagi

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik,
peniaga macam tu tak kan ke mana perginya, org tak kan cari lagi