(dari Tok Google)
Pernahkah anda bermimpi yang sama berulangkali? Malam tadi bermimpi sekali lagi. Rasanya sudah tiga kali mengalami mimpi yang sama, situasi yang sama, cerita yang sama dan lokasi juga yang sama.
Bukan mimpi sedih, bukan juga mimpi suka tapi mimpikan satu suasana. Dalam mimpi tersebut nampak seseorang yang rasanya tidak dikenali di dunia nyata ini, seorang wanita sedang berdiri sambil memegang tangan anaknya yang masih kecil. Wanita tersebut tersenyum manis tanpa berkata sepatah pun.
Suasana dalam rumah pula ialah di rumah lama ibuintan yang telah dirobohkan. Wanita dan anak dalam mimpi tersebut memakai baju serba putih, dan tidak perasan anak itu lelaki atau perempuan. Mereka berdua hanya memandang dengan mengukir senyuman. Tanpa berkata walau sepatah pun. Rasanya tahun lepas sudah mengalami mimpi yang sama.
Selepas bermimpi terus terjaga. Mimpi hanya mainan tidur. Tidak pernah merasakan mimpi membawa makna atau petaka, cuma malam tadi mimpi yang sama diulangtayang sekali lagi. Malam tadi juga dapat tidur dengan lena.
14 ulasan:
Malam tadi kakcik tak sempat bermimpi.. asyik terjaga gara-gara 'budak sepet' yang matanya enggan lena sehingga 3.30 pagi! :(
ayooo...mimpi pompuan pakai baju putih...
ibu takdo raso apo2 ko?
mistri eh lak...
Seram juga kak Zai baca walaupun mimpi tapi yang mistrinya berulang benda yang sama.
kakcik,
tu yang buat sakit kpala tu..
kak long,
takdo la raso apo2, biaso yo...
selalu mimpi org pakai baju putih
kak zai,
tu la pasal, seram tu taklah tapi pelik juga lah sikit, dah 3 kali alaminya..minta2 takde lah yg tak elok lagipun itu mimpi aje
Cubalah google kat tafsir mimpi...kalau berulang tu..mungkin tandanya ada orang yang perlukan pertolongan ibuintan.
Sorry jangan percaya kakwan sesaja je.
aku selalu mimpi sambung2.
cnth - tgh2 mimpi aku terjaga. pastu smbg tido.. mimpi yg terputus td pn bersambung gak.
canne tuh??
salam ibuintan..tah kenapa..berdiri bulu roma akak..... bila membacanya..padahal hanya cerita mimpi..
salam kak wan, saya tak pernah pulak kesah nak tafsir mimpi ni...takut dengar nanti orang cakap macam-macam makna..
kak ngah macam cite sinetron lah pulak..boleh sambung-sambung..
kak erna, tak delah mainan tido je tu, tapi saya tak seram sebab wanita dlm mimpi tu cantik dan manis
IM ni kalau dah lelap mata, gelap gelita alam khayalan.
kalau bom jatuh pun belum tentu sedar....
IM orang lelaki cam gitu kot, suami saya pun begitu juga kalau dah lelap memang tak ingat dunia, lima minit untuk kejutkan saja...
Catat Ulasan