Followers

Ahad, 25 Julai 2010

Tumpang doa

Hari ni balik kampung mertua. Adik ipar nak buat kenduri doa selamat sebab anaknya dah baik dari sakit.
Masa mak dan abah mertua datang ke rumah tempoh hari, mereka ada cadangkan supaya ditumpangkan sekali bacaan doa selamat untuk abahintan. Kata mereka 'selamat tidak apa-apa' so kami mengikut saja,

Pagi ni kami akan  keluar awal dari rumah untuk ke pasar dulu. Kami dah berpakat dengan adik ipar untuk berkongsi dalam penyediaan menu.  Dah  kongsi doa selamat mestilah kongsi juga menunya. Takkan nak lepas tangan pada keluarga adik ipar pulak.

Menu adik ipar ialah  rendang ayam kampung dan ikan tenggiri masak asam.  Sementara menu kami pula ialah sambal udang petai, sayur campur dan ulam-ulaman serta sambal belacan.  Kami masak bergotong-royong, harap semua berjalan lancar.

10 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..semoga semuanya berjalan lancar..
akak adik beradik pun selalu kongsi macam tu..

kak long berkata...[Reply]

kaklong doa kan semoga semua berjalan dgn selamat...
jgn lupo baco doa sobolm makan tu...
menu eh pun nampek mengancam...


p/s...kaklong nk poie sendayan jap laie..umah adik..omak ng adik-beradik yg lain ado kek sanun..eee..best eh...

fzi berkata...[Reply]

Salam ibuintan...
Alhamdulillah sume selamat...

Bestnya rendang ayam kampung...terliur rasa :)
..payah tu nak cari ayam kampung kat sini...

kak wan berkata...[Reply]

Hmm...menunya mengancam betul..lain dari selalu yang kakwan jumpa kat sini...biasa ayam masak sambal n kari tenggiri.

Zaitun berkata...[Reply]

Sedap2 menunya terutama sambal udang petai favaret kak Zai.Harap2 semuanya berjalan lancar.

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
alhamdulillah semua berjalan lancar, kami percepatkan bacaan doa sebab ada jiran yang meninggal dunia

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,
best la kumpul ramai-ramai camgitu kan, apa dimasak semua habis

ibuintan berkata...[Reply]

fzi,
kak sini ada ramai org jual ayam kampung salai, dalam Rm17 ke RM18 sekg.. tapi tenguk masa dan saiz ayam jugak la..
kekadang lebih

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,
memang sambal udang petai laris, dari yang tua ke muda suka, seronok nengoknya

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan,
kami duk kampung memang suka gulai atau rendang ayam kampung, kalau kenduri besar2 baru kami buat ayam sambal ni...
tak mampu cari ayam kg banyak2