Followers

Selasa, 13 Julai 2010

Tidurku yang tidak lena.

                                               (dari Tok Google)
Bangun pagi kepala terasa bengal. Terasa berat dan pening. Ini mungkin disebabkan tidur yang tidak lena malam tadi. Masuk tidur pukul 10.30 malam, tetapi kerap kali terjaga.  Nak kata runsing memikirkan sesuatu tidak pula.  Rasanya tidak ada masalah dalam kepala.

Ada waktu-waktunya sekarang ini beginilah yang dialami, tidur malam yang sering terganggu. Tidak berapa lena. Mudah lelap tetapi seringkali terjaga malam.  Bila keadaan ini berlaku bangun pagi terasa bagai ada yang tidak kena,  tidak puas tidur, kepala rasa berat, tengkuk berat dan kepala juga terasa pening.  Semua rasa serba tak kena. Mulalah rasa nak tidur semula.  Kalau tidur juga tapi tak lena lagilah sakit kepala.

10 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Bagaikan sama pula situasi kita pagi ini. Tapi, kakcik ditambah dengan semput..

azlina berkata...[Reply]

sama juga dgn ina kak yg bezanya smlm pkl 2 og bru dpt tidur kemudian sering terjaga bebrapa kali dan akhirnya pkl 6.00 bgn trus solat subuh bagunkan ank2 ke sek...
terus x dpt hdk tidur lagi..
kepala berat ...urat di tengkuk pun terasa sakit..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

sama pulak akak dengan kak cik ya..

tak sihat, rehat secukupnya kak.

ibuintan berkata...[Reply]

tulah kakcik..
ni dah tengah hari pun masih tak selesa lagi..nak tidur petang tak biasa pulak, kalau tak lelap lagi sakit kepala ni

ibuintan berkata...[Reply]

salam Ina,
memang la kepala ni berat lagi, urat tengkuk pun tegang saja rasanya..
tak taulah knapa, ada masa tidur sering terjaga..orang2 tua kata tak puas tido jadinya

ibuintan berkata...[Reply]

Sala Reena..
memang la kebetulan pulak sama ngan kakcik, tapi kakcik sebab ada semput kot, kalau semput memang tak boleh tido

Zaitun berkata...[Reply]

Harap2 ibuintan tidak berkeadaan begitu berpanjangan,walaupun tidur sikit tapi lena itu lebih baik dari tidur yang lama tapi tak lena.

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..akak selalu macam tu..tidur awal tapi kerap terjaga malam..tapi sebab dah terbiasa..dah bertahun2 macam tu..dah tak bagi kesan dah..

ibuintan berkata...[Reply]

betul lah kakzai, tidur yang sikit tapi lena itu lebih baik dan menyegarkan, tapi itu juga payah dapat sekarang...lambat masuk tidur payah pulak nak lelap, org kata dah lebih time..
yg penting pandai2lah ejas time tido kan..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
akak dah terbiasa org kata dah lali tu, tapi saya perasan tidak boleh tidur awal sangat dan tak boleh juga lambat sangat..
awal sangat sering terjaga lambat pulak payah nak lelapkan mata..