(dari Tok Google)
Alhamdulillah, dah sihat dari demam cuma tinggal batuk sahaja lagi. Tapi masih bercuti juga hari ini, sambung cuti sakit semalam dengan cuti rehat pulak. Saja ambil cuti rehat untuk menguruskan kerja rumah yang tertangguh sejak demam. Berehat sambil-sambil membuat kerja-kerja ringan, .. menyapu, melipat kain dan membasuh kain dalam mesin basuh. \
Selebihnya duduk berehat depan tv dan laptop. Jenjalan ke blog rakan-rakan alam maya. Selain tu, tadi tiga orang jiran datang bertanya khabar, dah berkumpul bermacam-macam topik lah pulak yang dibualkan. Biasalah sekadar gosip-gosip warga emas. Hal-hal biasa yang tidak memeningkan kepala, juga rasanya tidak menambah dosa sebab memasing hanya menyatakan masalah nak masak apa, nak makan apa....takde lah pulak kes ngumpat rasanye.... Wallahualam bi shawab
6 ulasan:
ibu,
kalu menyapu, lipat kain ..bukan ringan tue..penat gak...lagi la kalu sapu satu rumah...
semoga cepat sembuh yaa
waa.. jauh berjalan ya. dari n9 ke pp...
ane..trima kasih, buat sikit-sikit rehatnya banyak
Iye lah IM,
hari ni jalan jauh dan lama pulak tu di PP, nak kenal tuan rumah lebih dekat
salam..
kita sbg pompuan/isteri ni nama ja rehat,kan...tp keje2 umah tetap buat...tak baut,mau rumah jd tongkang pecah nanti..
ibuintan..alhamdulillah dah sihat..seronok cuti kan..akak pun rasa nak cuti juga la..tapi..nanti seminggu nak raya lah.
Catat Ulasan