Followers

Sabtu, 17 Julai 2010

Pengisian Acara - Pesta Persukuan Adat Perpatih (Ahad)

Kepada yang belum berkesempatan datang ke Pesta Persukuan Adat Perpatih N. Sembilan 2010, di bawah ini disertakan atur cara untuk  hari esok Ahad 18 Julai 2010.
DEMONSTRASI MASAKAN


MASA
MASAKAN
LUAK
TEMPAT
9.30 PAGI – 10.00 PAGI
APAM JOHOL
JOHOL

10.00 PAGI – 10.30 PAGI
KADAM
INAS

11.00 PAGI – 12.00TGHARI
RENDANG MAMAN + AYAM
GEMENCHEH
KHEMAH
12.30 – 1.30  PETANG
DAGING SALAI MASAK LEMAK LADA API + NANGKA MUDA
TAMPIN
DEMONTRASI
2.00 PTG – 3.00 PETANG
IKAN PUYU MASAK LEMAK LADA API + PISANG MUDA
REMBAU

3.30 PTG – 4.30 PETANG
GULAI UMBUT
LINGKUNGAN


Orangramai yang berkunjung dapat merasa dan menikmati makanan yang disediakan/didemonstrasikan.

DEMONSTRASI ACARA-ACARA ADAT


MASA
ACARA-ACARA ADAT
LUAK
TEMPAT
9.30 PAGI – 10.00 PAGI
DEMONSTRASI ISTIADAT MENYALANG BUAPAK
REMBAU
KHEMAH UTAMA
10.00 PAGI – 11.00 PAGI
DEMONSTRASI PERALATAN ADAT
INAS
KHEMAH PAMERAN LUAK
11.00 PAGI – 12.00TGHARI
BERKHATAM AL-QURAN  acara Sunnah Rasul
TAMPIN
KHEMAH UTAMA
12.00 – 1.00  PETANG
ISTIADAT MENYALANG NIKAH KAHWIN
ULU MUAR
KHEMAH UTAMA
2.00 PTG – 3.00 PETANG
ISTIADAT MENJEMPUT (KEMATIAN ISTERI)
JELEBU
KHEMAH UTAMA
3.00 PTG – 4.00 PETANG
ISTIADAT MENJEMPUT (PENGANTIN Lelaki)
TERACHI
KHEMAH UTAMA
4.00 PTG – 5.00 PETANG
ISTIADAT PENGEBUMIAN DATO’ LEMBAGA (menghantar kepala Mayat)
JOHOL
KHEMAH UTAMA
Majlis penutup akan diadakan selesai semua acara demonstrasi acara adat.

Teringin untuk menyaksikan demonstrasi acara-acara adat tetapi tidak dapat hadir. Walaupun tinggal di negeri adat perpatih tetapi tidak mengetahui banyak tentang adat tersebut.  Antara generasi yang tidak kenal banyak adat warisan nenek moyang dahulu.

Pagi tadi pun banyak dengar benda baru, banyak yang tidak difahami semasa ucapan di majlis perasmian.
Kalau ada yang bertanya sah tergagap-gagap menjawabnya, tak pun jawab je 'tak tau la'

;Esok ke rumah kakak ipar ada majlis kenduri.

6 ulasan:

kasihibu berkata...[Reply]

gulai umbut tu
teringgat masa mengandung si Kakak chantik, teringin sangat nak makan gulai umbut..
kalaulah dokek...memang serbu tu.

hentian berkata...[Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hentian berkata...[Reply]

maaf, ulasan di atas tu IM padam sebab silap blog.

gulai umbut ni buat IM terkenang semasa masih kecil.

masa susah. masa semua harga barang murah.

ibuintan berkata...[Reply]

sya, gulai umbut dikawankan pulak dengan sambal gesek kan.......ado umphhhhh datnglah dapek juga meraso gulai umbut tu nanti, umbut nyior lagi sebab dah meraso maso pergi semalam..

ibuintan berkata...[Reply]

aruah abah saya dulu setiap hari sabtu cari umbut klepa atau anau, hari ahad jual di pasar minggu..
itu pun masa zaman susah dan zaman harga barang murah

Guru berkata...[Reply]

baru juga terbaca tentang acara ini di blog kak erna..

seronok juga ya mengenal kembali adat sendiri

terbaru dari saya : jangan terlalu membenci nanti jadi suka satu hari nanti