Selamat pagi, sudah sarapan ke, apa menu pagi hujung minggu ni? Ibuntan buat mee goreng sahaja. Sebab Along ada balik dari asrama, jadi dia minta mee goreng.
Selain mee goreng, ibuintan juga goreng beberapa ulas cempedak. Sedikit sahaja sebab buahnya kecil saja. Itu pun dapat selepas' merampas' daripada si kera ekor panjang. Petang semalam tiba-tiba abahintan terpandang dua ekor si kera (laki bini kot) sedang khusyuk memulas tangkai cempedak tersebut. Apalagi spontan kami menjerit menghalaunya, si kera yang terperanjat 'beruk' telah terlepas tangkai cempedak itu.
Jadi hari ini merasalah kami beberapa ulas cempedak yang telah masak itu. Sebab masak di atas pokok, rasanya cukup manis dan berbau sangat wangi. Kami tak kesian pada si kera itu, sebab kami yakin si kera dan pasangannya akan datang kembali. Biasanya camtulah, sikera akan datang beramai-ramai pada waktu sunyi, waktu tiada penghuni di rumah, dan terutama waktu kerja di waktu pagi.
9 ulasan:
alhamdulillah..ibuintan dah dapat merasa goreng cempedak...
ish ish ish kera ni.. ambik sikit2 dah le.. jangan lah habiskan buah tu..
Salam Kak,
berebut dengan monyet ye kak..
lucu gak tu.hehe..
bau sampai sini kak...
apa-apa pun, makanan yang mak buat juga paling sedap...
alhamdulillah , kak erna dapat juga walaupun sedikit, tak terkilan sebab along dah merasa sama..
kakcik,
duduk kampug sekarang memang cam gitu, kera dah berani sampai ke kawasan rumah..
kalau sekali datang ramai-ramai, mau habis sepokok buah rambutan
Reen, iye ke sampai sana, minta maaflah ye
betul IM, air tangan ibu juga yang sedap, walau pun buat simple saja, untuk anak apa diminta mesti diusahakan memasaknya
Merasa juga walaupun berebut dengan kera...hehehe.
Catat Ulasan