Followers

Khamis, 22 Julai 2010

Lembu dan Tuan Lembu

Balik dari sekolah tengah hari tadi. Sedang nak naik jalan ke rumah, disekat seekor lembu jantan yang gagah. Puas membunyikan hon beberapa kali, si lembu buat 'donno' saja.  Tekan minyak 'brumm' beberapa kali pun dia buat 'donno' juga.

Hati mula panas, dahlah letih perut lapar lak tu, si lembu buat bodoh saja , pekak ke si lembu ni... Akhirnya parking kereta tepi jalan dan turun untuk menghalau lembu itu...minta untuk diberi laluan balik ke rumah sendiri.

Siap pegang kayu nak halau si lembu, tapi si lembu yang buat bodoh tu rupanya sedang tekun menghabiskan hasil curiannya.  Tengok hasil curiannya lagi sekali hati panas, ahh buah cempedak yang ku tunggu-tunggu masaknya telah di kebas si lembu.

Buah cempedak yang dah di balut dengan kain dikebas si lembu.  Alahai lembu....... berilah tuan tanah ni merasa dulu buah cempedak tu...hari-hari jeling saja, nak dipetik belum masa,  kalau di ambil kena peram belum tentu manis masaknya.

            Buah cempedak inilah yang sudah dicuri si lembu.

Si lembu tidak juga mahu bergerak sebab terlalu khusyuk menghabiskan sebiji cempedak. Dah betul-betul habis si lembu pun pergi dengan bangganya.

Siutt kau lembu...lembu dengan tuan lembu sama saja....nyusahkan orang

16 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Lembu punya lembu! Tak bergetah pulak mulut lembu tu ek?? :)

kak long berkata...[Reply]

hoi lembu..!
bodoh mcm lembu....!


tak po sok taiem nak mantai ado la tuan yang ngaku tu lombuh eh...

Zaitun berkata...[Reply]

Pandai lembu mencuri cempedak,ni tentu lembu modern.

kak wan berkata...[Reply]

Kalau kakwan ..simpan dulu lembu tu biar tuan dia carik...
wah! berdendam gitu.

ibuintan berkata...[Reply]

entah la kakcik, selamba je lembu tu mengunyah, meleleh-leleh air liur lagi, kesedapan makan cempedak

ibuintan berkata...[Reply]

botul tu kak long, tau tuan nye tapi tuannye sama jugak macam lombu tu...

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai, tu lah takyah ajar tau pulak dio ambik yang dah nak masak, yang dah tuo...

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan, takyah simpan sombolih terus, lopeh tu kito jual kek pasar tani...

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam kak..sabtu lepas saya hampir nak eksiden sebab lembu la nie..

ibuintan berkata...[Reply]

memang budak kg akak dah ramai yang tido hospital sebab aksiden ngan lembu, lembu tak apa-apa tapi mereka yang parah...

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..memang la lombu kan..tak donga kato he he..
lembu..tu pun..bagi la cempedak tu masak..boleh la tuan tanah goreng..

ibuintan berkata...[Reply]

tu yang frust dan marah sangat tu... belum la tua sangat cempedak tu, kalau dipetik awal rasanya kurang manis dan warnanya pun tak cantik... tak berapa sodap digoreng.. arap-araplah ada rezeki yang laen nanti..

azlina berkata...[Reply]

salam kak intan..

tergelak saya baca n3 akk ni terhibur sikit hati saya...

dah tak ada rezeki kan kak tapi sedih ttp sedih kan..

hentian berkata...[Reply]

lembu...lembu...

nasib baik IM tak jadi lembu tu. kalau tak, naya je...

dah namanya lembu, lembu le...

ibuintan berkata...[Reply]

ina,
sedih jugak tapi dah rezeki si lembu tu..arap-arap adalah rezeki dari buah yang lain

ibuintan berkata...[Reply]

lembu...lembu,
memangkan namanya pun lembu manalah dia tahu nak jaga hati orang..
hahaha..kalau lah IM yang jadi lembu tu, sah2 dah kena kerat telinga tu