Dua ekor kambing disembelih pagi tadi. Daging kambing dimasak kari menjadi lauk utama majlis kenduri kecil sekarang ni. Yang peliknya selalu dengar , ramai yang berkata tidak makan daging kambing. Alasan mereka berbau hamis, sebab darah tinggi ataupun memang tak suka. Tapi tidak pernah pulak lauk itu berbaki banyak.
Lauk kari kambing ni biasanya menjadi kegemaran kaum lelaki. Ada yang tidak mengambil lauk lain selain lauk kari kambing saja. Dalam keluarga kami pun hanya abahintan saja yang suka makan kari kambing. Ibuintan setakat ambil kuahnya saja itupun kalau tidak berbau 'kambing'.
p/s; suka lempeng cecah kari kambing
13 ulasan:
salam,
dulu kaklong memang tak makan daging kambing.sobab keluarga kaklong memang tak makan.
talp sojak kaklong berkahwin,jadi suko lak makan...sobao dipakso oleh abang kaklong..tapi memang sodap...
ibuintan..akak pun tak makan daging kambing..kuah pun tidak..dulu..arwah bapak pernah tipu..akak makan juga..kalau arwah yang sembelih..memang tak ada bau..tapi..malamnya sampai kepagi akak tak boleh tidur..muntah2 dan keluar masuk bilik air..lepas tu..dilarang akak makan..sampai sekarang akak tak berani nak makan..
saya kurang sikit kambing ni, kurang suka..
terbaru dari saya : entah apa
kak
sodap eh kari kamben
sya suko
sangaaatttttt.suko
bau tu yang sangat suko tu
beshh..beshh....;p
kalau ada pilihan lain, IM tak pilih kambing.
tak tau la kenapa...
Kak Zai suka sangat dengan kambing tak kiralah masak apa pun tapi bila makan B/P berdezuupp....darah tinggi...
kak long,
wah dah kono pakso terus melekat lak kan, orang yang suko kato daging kambing ni sodap e lain..
kak erna,
saya daging tak makan tapi kuah karinya boleh lalu tapi syaratnya tak de bau kambing lah... ada tu kalau berbau hamis memang tak usik pun
cikgu normah,
kurang suka maknanya boleh la juga makan tu, kambing pun mahal juga tak memadan dengan badan kecilnya
sya,
osah peminat kambing tegar ni, memang ado orang yang suko makan sobab bau kambingnye ada...
kekadang heran juga ada yang masak takde bau kekadang tu sah-sah bau kambing betul..
pada yang suko memang sedap sungguh kata mereka
IM,
bukanlah antara peminat kari kambing ye, suami saya kalau makan roti canai pun mesti cecah kuah kari kambing...
kalau kenduri suami memang mencari kepala kambing dengan geng-gengnya..
kak zai,
hati-hati makan kalau BP naik, jangan ikut selera sangat..
tapi takde pulak kan doktor yang sahkan kambing tu penyebab BP naik, kebetulan kut
salam kak...
cerita ttg daging kambing ni ina ada baca seorang chef yg bertgs di istana buckingham btl ke eja ni chef org melayu kita dia kata danging kambing lbh elok di makan dari daging lembu kerana daging lembu lbh tggi kolestrolnya..
Catat Ulasan