Followers

Jumaat, 9 Julai 2010

Janganlah ganas sangat.

                                (ehsan Tok Google)

Gusti kata orang Melayu. Wrestling kata orang puith. Tapi bendanya sama saja. Berperang mulut, bergomol, angkat, hempas, baling, sepak, tendang, tarik, pulas.. semua ada., semua yang menyakitkan badan.  Bermati-matian nak dapatkan tali pinggang. ( Pergi je lah pasar malam tu banyak jual tali pinggang kan....)

Yang sipenonton bersorak riang.  Kenapa orang-orang sekarang dari bebudak hingga tok-tok suka sangat dengan sukan yang ganas ni. Orang sekarang ni ganas-ganas sangat ke. Atau mereka cuba melepaskan tekanan. Takkan nak lepaskan tekanan dengan membedal orang saja.

Pengaruh gusti ni besar. Ibuintan lihat di sekolah kalau anak-anak murid bergaduh atau bergurau,  gaya mereka sama macam gaya sipengusti.  Kepit leher kawan bawah ketiak, pusing tangan kawan ke belakang, tarik kaki kawan, sadong kaki kawan...., mereka juga beraksi ala-ala bergusti.

Kalau ditanya mengapa buat begitu. Mereka kata ikut gusti. Mereka juga kata satu keluarga minat gusti, tak cukup tonton di tv, ibubapa mereka sanggup beli CD gusti  kemudian menjadikan gusti sebagai hiburan tontonan sekeluarga. Kalau berbual dengan mereka, hampir separuh kenal sebahagian besar ahli gusti.

Ibuintan kurang setuju kalau anak-anak kecil terlalu didedahkan sangat dengan sukan gusti ini. Anak-anak kecil mudah terpengaruh dan terikut-ikut. Rasa-rasanya aksi membuli dikalangan pelajar juga adalah kerana ingin mempraktikkan apa yang mereka lihat dan tonton selama ini.

                                              (ehsan dari Tok Google)
Mereka dah puas belajar mcam-macam teknik diTV jadi mereka berangan pula untuk mempraktikkannya.
Maka jadilah kaki pukul dan kaki buli. Bukan sedikit kes yang kita baca di akhbar, malah ada yang membawa maut.  Di rumah ini rancangan gusti kurang mendapat perhatian, syukurlah. Abahintan saja yang menonton sekali sekala.
p/s :  TV terpasang menyiarkan rancangan gusti tapi tiada siapa yang menontonnya..

10 ulasan:

hentian berkata...[Reply]

teringat masa belajar subjek sejarah dulu. raja rom suka lihat gusti antara pesalah dengan singa.

kita?%^())(&^$%#$#

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..sama la kita..paling tak suka..apa la kan..macam tak de rancangan lain kan..suroh tengok orang bergaduh pulak...

kasihibu berkata...[Reply]

sya tak suka pun,tak pernah suka
ganas macam apa tah..mcm tak ado perasaan yo.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

betul tu kak.

sebab tu kat rumah saya tak pernah buka WWF. Citer hantu pun tak dibenarkan tengok.

Lee berkata...[Reply]

Hi Intan, I used to love watching wrestling, when muda lagi. But age caught up, prefer tennis or fishing pics, ha ha.
Have a nice day and keep a song in your heart, Lee.

ibuintan berkata...[Reply]

salam IM,
raja yang kejam dan x berperikemanusiaan

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
tapi tu la yg ramai org suka nengok, kat kedai makan n restoran pun peniaga umpan ngan gusti ni

ibuintan berkata...[Reply]

elok tu sya,
memang takde pekdah langsung

ibuintan berkata...[Reply]

azrina,
bagus buat camtu, sama juga rumah akak pun xde sapa yg layan ceta hantu tu, merepek saja, lebih baik nengok katun

ibuintan berkata...[Reply]

Uncle Lee,
that good uncle, good for u health n mind