Followers

Ahad, 18 Julai 2010

Hari mengasapkan pokok.

Wah, tajuk entri macam nak beri pokok berubat pulak kan.  Ada tok bomoh yang membakar kemenyan untuk mengasapkan pesakitnya waktu berubat.

Hujung minggu biasanya memang hari untuk mengemas kawasan luar rumah, menyapu daun-daun kering yang banyak berguguran, kawasan halaman depan rumah hanya ada pokok rambutan di kiri dan kanan halaman, pokok duku langsat dan pokok cempedak yang di luar pagar.

Selepas menyapu dan mengumpulkan daun-daun yang gugur, daun-daun gugur ini akan dibakar.  Daun-daun ini dikumpulkan tidak jauh dari batang pokok. Orang tua-tua pernah memberi petua, supaya pokok buah-buahan sentiasa berbuah, pokok itu hendaklah di asapkan selalu.  Bukanlah asap dengan asap kemenyan tapi bakar daun-daun kering tidak jauh dari pokok buah tersebut

Ibuintan akan bakar daun-daun itu semasa daun itu masih lembab sedikit disebabkan air embun, kalau daun terlalu kering api akan terus marak dan tidak banyak asap.  Ibuintan juga suka bau asapnya...hehehe

Pokok yang selalu diasap juga selain rajin berbuah, semut juga tidak suka 'berumah' di pokok tersebut.  Pernah satu ketika pokok rambutan ini dihuni oleh semut liar yang banyak, dari batang, dahan hingga ke buah di kerumuni semut liar berwarna hitam. Seorang pakcik yang datang bertandang ke rumah menyuruh mengasapkan pokok itu, bakar sampah d bawahnya selalu.  Sekarang tiada lagi semut di atas pokok ini.

Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com
Pokok rambutan gading di kiri dan kanan halaman depan rumah.  Kedua-dua pokok sedang berbuah dan buah sudah mula masak mengguning.

Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com

Pernah pokok rambutan ini hendak ditebang semata-mata si Azim semput selepas memakan buahnya.  Tapi tak jadi, takkan nak tebang lak kan, cuma ingatkan Azim hiris dengan pisau sebelum makan, buah rambutan gading ni kulit luar bijinya bisa (menyebabkan batuk) dan bila batuk Azim akan mudah semput.

Image Hosting by PictureTrail.com

Pokok cempedak di luar pagar juga diperasapkan pagi tadi.   (Yang dibelakang itu ialah surau di hadapan rumah jiran). Pokok cempedak ini juga tidak putus-putus mengeluarkan buah. Kalau diluar musim buah cempedak pun, tak banyak dua tiga biji mesti ada buahnya di atas pokok.

p/s;  Sebenarnya bukan perasap pun, hanya membakar daun-daun kering saja,  daun-daun yang gugur kalau tak disapu akan menjelikkan pandangan mata, nampak sangat tuan rumah tu 'pemalas' ...

4 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan.betul la kan..asapkan..semut mesti lari..kat rumah abang..bila pokok rambutan dia berbuah..tak dapat nak petik semut banyak..bila disuruh bakar sampah kat bawah pokok..tak mau dia..dekat dengan rumah..katanya...

ibuintan berkata...[Reply]

betul kak erna, dulu memang penuh dengan semut, buahnya pun dikerumuni semut, terpaksa rendam dulu buah dalam air biar semut lari, sekarang dah tak ada semut langsung...

Zaitun berkata...[Reply]

Bagus juga dapat petua ni tapi kak Zai nak asapkan pokok apa,yang ada cuma mangga dan ciku hehehe.....

ibuintan berkata...[Reply]

hahaha....kak zai, asaplah apa yang patut