Followers

Selasa, 16 Mac 2010

Cerita... ceritala..

Salam 1 Malaysia.
Cerita 1
Laptop diservis. Beberapa hari juga tidak berblokwalking, lain rasanya. Tidak dapat menjengah rumah-rumah maya yg selalu dikunjungi, cuci mata dan cuci minda. Baru hari ni laptop okey, dah diservis dan diupgred, nternet pun dah speed, tak terhenjut-henjut lagi. Lepas ni tambah bersemangat nak buat entri untuk blog dan nak upgred blog juga, belajar dari laman maya juga walaupun payah nak paham dan kadang-kadang tak paham-paham. Otak dah banyak karat.... dah lama pakai.

Cerita 2
Cuti sekolah , hari yang sibuk di dapur biasanya. Sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Asyik keluar masuk dapur. Cuti sekolah ni, anak-anak sentiasa lapar, apa dimasak jamin habis dimakan. Budget dapur pun pasti meningkat. Biasalah anak-anak sedang meningkat naik, tiga-tiga dah remaja, masing-masing tengah berselera, cuti sekolah juga biasanya Along (yg duduk asrama) mengorder menu kegemarannya. Kepenatan memasak biasanya hilang bila melihat anak-anak makan dengan berselera., tiada yang membazir.

Cerita 3.
Tengahari tadi, ce abang balik kerja. Malangnya membawa berita malang. Kereta ce abang menyondol
kereta orang lain." Tak sempat brek" katanya. Nasib baek kereta yang disondolnya tidak teruk, kalau tidak pasti pemandu tu buat repot polis, jamin ce abang kena saman RM300. dan tambah lagi bayaran untuk repair
keretanya. Selesai bawah sahaja, esok pagi ce abang akan teman pemandu tu, hantar kereta ke wokshop, dan ce abang akan bayarkan upah repair. Keluar duit lagi, tapi kereta ce abang pulak tidak tau lah bila nak repair  teruk juga nampaknya, makan ratus RM juga rasanya. Nampak gaya cuti-cuti Malaysia batal lah tu...
Sabarlah ..... mungkin ada rahmat disebaliknya.


Wassallam, jumpa lagi.

Tiada ulasan: