(dari Tok Google)
Hari ini cuti sakit. Sejak petang semalam badan kejap panas kejap sejuk. Ini ditambah pula dengan batuk yang kerap. Memang tidak selesa. Badan pula rasa sengal-sengal. Tadi pergi ke Klinik Kesihatan Terachi, doktor check tekanan darah. Tekanan darah okey. Doktor beri ubat batuk, ubat demam, ubat selsema dan antibiotik. Doktor pesan kalau masih deman selepas tiga hari, doktor minta ibuintan datang semula untuk diambil darah. Sejak petang tadi selepas makan ubat demam dan antibiotik, badan mula terasa ringan dan berpeluh-peluh. Suhu badan pun dah normal tidak lagi panas macam semalam. Syukur, harap-harap demam tidak berpanjangan.
10 ulasan:
semoga akak cepat sembuh....
ibuintan...moga cepat semboh..
Tak mengapa. Sekadar kifarah dosa-dosa kecil masa lalu...
Semoga cepat sembuh.
terima kasih sya, mudah-mudahan cepat sembuhnya
trima kasih kak erna,
sejak makan ubat sudah terasa kurangnya, badan pun tidak panas lagi
Salam IM,
betul tu kifarah dosa-dosa kecil yang pernah dibuat samada sedar atau tidak, semoga Allah memberi keampunanNya
terima kasih kak zai, insya allah
Salam Kak,
dah sihat hari ni ?
ceria-ceria selalu..
salam kak
semuga sempat sembuh byykan mkn ubat dan rehat yea kak
Catat Ulasan