Pagi tadi turun saja dari kereta, seperti biasa beberapa orang anak murid datang berkerumun. Biasanya mereka datang untuk bersalaman dan menolong membawa beg ibuintan. Tapi yang sedihnya pula, dalam reramai tu terselit si Hakim, murid tahun satu yang memang bising dan banyak mulut.
'La......kenapa cikgu datang. Cikgu demam lah lama-lama sikit' katanya dengan ramah.
'Saya tak bawak buku tau cikgu, saya dah cakap dengan mak saya yang cikgu demam lama'. Dia hulur tangan untuk bersalam dan terus pergi. Ibuintan tak sempat nak cakap apa-apa. Terkedu jadinya sementara rakan-rakannya yang lain ketawa gelihati.
Memang semasa kelas BM si Hakim tidak ada sebuah pun buku teks atau latihan. Sengaja pura-pura lupa dan bertanya 'mana buku kamu Hakim'
Macam pagi tu juga jawapannya,'kan saya dah kata tadi, saya ingat cikgu nak demam lama-lama'. Ibuintan tak payah jawab, rakannya yang lain memberikan jawapan, 'hakim memang malas cikgu'. si Hakim ni memang banyak cakap dan banyak alasan juga. Yang tak sedap hati tu boleh pula dia minta kita demam lama-lama, dia ingat kita suka demam seperti dia. Hakim pernah cakap dulu yang dia suka demam sebab bila demam kalau minta apa-apa mesti dapat.
Anak...anak...betuah punya anak...anak sapalah ni..
12 ulasan:
alahai bertuahnya
dulu masa sya sekolah, nak cakap dgn cikgu pun taaakuuuttttttttt.......
Salam Kak,
dia dah biasalah tu bila demam mesti lama2...
hehe..comel jugak bila dia kata camtu.
sya,
tu lah bebudak sekarang, berani dan keletah, selalu menghiburkan
reen,
dia kalau demam mesti cuti seminggu dan demand macam2 dengan maknya
Beraninya budak2 sekarang,time kak Zai sekolah dulu dari jauh nampak cikgu pusing ikut jalan lain.
ibuintan..lucu kan..perangai budak2 ni..mau cik gu nak marah pun tak jadi serius muka tu kan..
salam kak...
he..he.. memang bertuah puya budak...budak2 sekarang ni kkdg kita x sangka apa yg mereka akan kata dan fikir kan..x mcm kita dolu2 naif...dgn guru mana berani pling berani pun ucap selamat pg aslmkm..
Dah lah lurus, bendul pulak si Hakim ni yer...
kak zai,
zaman kita dulu menikus lagi jumpa cikgu ni..
tapi bagus budak2 sekarang berani
kak erna,
tak dapek nak marah ngan bebudak skarang ni, kok marah pun kojap yo..
Ina,
tu yg seronok melayan bebudak skarang, taip kali marah ada saja jawapan dan alasan mereka..
hehehe...itulah si Hakim, lurus, berani dan klakar juga
Catat Ulasan