Followers

Isnin, 7 Jun 2010

Terkenang semasa dulu.

Salam,
Entri nak cerita tentang menu tengah hari tadi. Menu orang tua-tua dulu-dulu.

Semalam kakak sepupu beri dua sikat pisang kelat. Kakak sepupu kata pisang ni boleh buat masak lemak.
Jadi ibuintan teringat aruah mak dulu suka masak pisang ni, masak lemak putih.

Pisang ini dimasak dengan santan dan dibubuh bersama daun kunyit. Memang wangi aromanya.  Ibuintan pun dah lama tidak makan lauk pisang masak lemak ni. Rasanya belum pernah masak dan anak-anak pun belum pernah merasanya.

Pisang masak lemak ni memang kegemaran aruah mak dan abah dulu. Setiap kali ada pisang kelat yang masak, aruah mak mesti buat masak lemak.  Aruah mak juga akan goreng ikan masin dan buat sambal gesek. Fuh...... ingat lagi best sangat makan masa tu, berselera...

Rasanya yang lemak-lemak manis di gandingkan dengan ikan masin goreng dan sambal gesek yang pedas memang menjadi.  Lada api ditumbuk bersama ikan bilis dan diperahkan asam limau lalu menjadilah sambal gesek.

Masa makan Along tanya, "Kenapa lauk kita lauk pengat pisang"
Rasa nak tergelak pun ada.  Itulah anak-anak zaman sekarang. Memang pun rupanya ada macam pengat pisang.  Along cuba-cuba makan.

"Sedap " katanya. Lalu semasa makan berceritalah tentang lauk orang dulu-dulu ni.
Ibuintan hanya nak anak merasa apa yang menjadi kegemaran aruah atuk dan uwan mereka dahulu.
p/s :  Ini hanya menu sampingan.  Ibuintan juga buat sambal udang sebab tahu anak-anak tak berapa makan lauk lemak macam ni.

8 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Kakcik pun suka sangat makan masak lemak pisang muda ni.. tapi suami dan anak2 'tak begitu pandai' makan. :)

ibuintan berkata...[Reply]

salam kakcik,
memang pun, anak-anak saya pun tidak berapa suka makannya,

LaNuNsepet berkata...[Reply]

gulai pisang ek..
lanun masalah besar lanun adalah byk makanan yg lanun susah nak masuk..
hu3..

durian lanun x suka..he3

ibuintan berkata...[Reply]

salam lanun,
jenis memilih la tu,
susah la orang rumah nak masak, mesti infom lanun dulu sebelum masak,

makanan org dulu2 memang ramai org muda skarang tak pandai makan

Maiyah berkata...[Reply]

aduii.. dah moleleh air lior den ni haaa..

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..akak pun suka makan gulai pisang ni..tapi akak tak pernah buat warna putih.mesti letak kunyit biar kuahnya warna kuning..

ibuintan berkata...[Reply]

to maiyah,
sodap tu........
kok dokek leh anta

ibuintan berkata...[Reply]

salam kak erna,
pisang ni dah masak tu sebab masak lemak putih,
kalau pisang sayur atau pisang kapas muda memang masak lemak cili api,