Followers

Jumaat, 18 Jun 2010

Berdoalah selepas Solat

Salam di hari Jumaat yang mulia,
Sejak sebelum subuh hujan turun dengan lebatnya dan berhenti menjelang pagi. Kedinginannya masih terasa sehingga tengah hari.

Disebabkan cuaca yang lembab selepas hujan maka tidak banyak kerja rumahtangga yang dapat dilakukan. Hanya mengemas di dalam rumah sahaja.  Menjelang pukul sepuluh pagi, mata mula mengantuk, sambil berbaring-baring di sofa sempat membaca sebuah buku bertajuk Berdoalah Selepas Solat.
Sekadar berkongsi ilmu yang di dapati daripada pembacaan buku di atas untuk renungan dan muhasabah diri kita bersama.

Syeikh Abdul Kadir Jailani pernah berkata:

Apabila kamu bertemu dengan seseorang, maka lihatlah kelebihan yang ada padanya, dan engkau katakanlah kepada dirimu sendiri:
                      Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya.

Sekiranya dia adalah orang yang lebih nuda daripada engkau katakanlah:
                      Dia belum lagi menderhaka kepada Allah sedangkan aku sudah banyak menderhaka kepada Allah. Maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku.


Sekiranya dia adalah orang yang lebih tua daripada engkau katakanlah:
                      Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku.


Sekiranya dia adalah orang alim, maka katakanlah:
                       Dia telah diberikan oleh Allah apa yang aku tidak dapat dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu.

Sekiranya dia adalah seorang yang jahil, maka katakanlah:
                        Dia adalah orang yang menderhaka kepada Alllah kerana kejahillannya, sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku mengetahui dan aku tidak mengetahui bagaimanakah kesudahanku dan kesudahannya.

Sekiranya dia adalah seorang yang kafir, maka katakanlah:
                        Aku tidak tahu, mungkin akhirnya dia memeluk Islam dan mati dalam keadaan husnul khatimah dan mungkin aku jadi kafir dan mati dalam keadaan suul khatimah. 



Sekadar renungan dan semoga kita sentiasa bermuhasabah diri dan memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan dengan segera.

Yang baik daripada Allah, yang buruk daripada diri kita sendiri.




12 ulasan:

Maiyah berkata...[Reply]

perkongsian yg baik dan berkongsi lg ilmu.. makasih..

ibuintan berkata...[Reply]

insyaallah..sama-sama berkongsi

penjejak maya berkata...[Reply]

salam,

membaca tu jambatan ilmu..

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan.terima kasih berkongsi ilmu..semoga kita dapat melaksanakannya dengan ikhlas dari hati kita..

LaNuNsepet berkata...[Reply]

tq atas pesanan kak :-)

kak wan berkata...[Reply]

Bertambah lagi pengetahuan tentang doa..temakasih.

ibuintan berkata...[Reply]

penjejakmaya muncul kembali..
memang gedung ilmu , lagi banyak dibaca lagi banyak yang ditemui

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna......
sama-sama berkongsi dan ingat-mmengingati.

ibuintan berkata...[Reply]

lanaun,
saling berpesan-pesanan.....

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan,
doa senjata kita org mukmin, tanda kita tidak sombong kepada Allah..

hentian berkata...[Reply]

nabi sendiri turn dari kuda kerana menghormati mayat kafir yang lalu di sisinya.

bila ditanya sahabat nabi berkata; kita tidak tahu roh sikafir itu samada masuk neraka atau mungkin masuk syurga.

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu en IM,
kita tidak boleh menilai luaran seseorang hamba Allah tu