Followers

Sabtu, 19 Jun 2010

Lupa dan terlupa

Selamat petang,
Poning kepalo....... pagi  tadi menjahit kain baju kurung untuk anak Kak Mai yang MRSM tu,sedang menjahit baru perasan zip dah habis. Takpelah  sebab pukul 8.30 hantar Intan kelas tusyen, boleh lah singgah kedai nak beli. Hantar sampai K. Pilah dan terus balik. Terlupa.

Okeylah.. kata dalam hati "kang jemput Intan, boleh beli".  Pukul 10.50, jemput Intan .  Pergi dan terus balik. Lupa lagi.

Takpelah petang nanti keluar lagi. Memang pun keluar tadi, pergi kedai fotostat di Kuala Pilah. Lama juga di kedai fotostat tu,  sebab tunggu Intan pergi beli barang di Gedung Minang. Lepas beli barang terus balik. Lupa lagi beli zip....

Sekarang dah pukul 6.00 baru teringat, kain tak siap jahit esok pagi Kak Mai dah nak, anaknya balik asrama pagi esok.  Zip pulak tak ada, kedai jahit dan kedai jual alatan jahitan mesti dah tutup. 

Kenapalah boleh lupa. Kenapalah tidak ingat langsung.  Sekarang ini memang mudah sangat lupa, faktor umur ke jadi macam ni. Kalau tidak ditulis dalam buku tiga lima ni memang lupa. Sebab tu sekarang ni buku tiga lima ni dah jadi barang wajib ada dalam purse, guna buku tiga lima ni sebab nipis dan kecil boleh selit dalam purse.

Buku catatan tentang semua benda, macam-macam ada dalam buku kecik ni. Dah habis tulis ... buang...beli baru, murah 20 sen je....
 Hari ini lupa tulis - beli zip..... sebab tu lupa beli.  Teruk juga kan penyakit lupa dan terlupa ni.

p/s:  perasan tak ada kain perca yang terjulur keluar di tepi buku tu, itu ialah kain perca untuk di 'matching'kan dengan tudung.  Kalau tak buat macam gini, jamin tidak ingat tudung kaler apa yang nak dibeli..

4 ulasan:

kak Erna berkata...[Reply]

ibu intan..faktor umor kan..akak kalau dalam rumah..nak ambik barang apa..lupa..kena pusing balik ketempat asal saje2 untuk mengingat nak ambik baranag apa tadi..kalau yang beli tu..akak tak bolih tulis kat buku 3 ..5..nanti lupa nak baca..akak..remind kat tipun je..bila tipun bunyi..ingat lah...

kak wan berkata...[Reply]

samalah kita ni...kadang - kadang itu yang nak di ingat itulah yang lupa.kadang tu saya tepuk kepala sendiri baru teringat balik apa yang terlupa tadi.
Hai..buku 3..5 dah berubah wajah ke?

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna.. betul la faktor umur, banyak mempengaruhi ingatan

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan kekadang tepuk dahi pun masih tak ingat juga..
buku 3.5 kan zaman dah berubah buku 3...5pun berubah la jugak..