Followers

Jumaat, 11 Jun 2010

Usaha gigih jiran sekampung - Gula anau

Salam,
Semalam melihat projek jiran sekampung.  Tiga orang jiran sekampung sepakat mengusahakan pembuatan gula anau. Mereka terdiri daripada Tok Nara, Ujang dan Botak. Mereka bertiga baru sebulan mengusahakan projek ini.

Gula anau ialah gula yang dihasilkan daripada air nira daripada tangkai tandan buah  anau.  Mereka mencari pokok anau yang terbiar di dalam semak di sekitar kampung ini. Gula anau yang dihasilkan amat wangi kerana ia merupakan gula anau tulin daripada 100 peratus air nira pokok anau dan tidak dicampur dengan sebarang manisan lain.


Ini antara pokok anau yang menghasilkan air nira yang terletak di dalam semak di seberang jalan hadapan rumah ibuintan.

Ujang memanjat pokok anau menggunakan sigai buluh. Sigai buluh ini  berfungsi sebagai tangga. Sigai buluh dilekatkan/diikat ke badan pokok anau. Ujang sedang menggumpulkan air nira yang telah terkumpul didalam bekas/botol yang terikat pada tandan buah anau.

Air nira yang telah dikumpulkan dalam bekas/botol diturunkan menggunakan seutas tali dan disambut di bawah pokok oleh Tok Nara.

Tok Nara sedang menyalakan api sabak  menggunakan kayu api. Sabak ialah dapur khas untuk menjerang/memasak air nira.  Dapur  dibina dengan menggali dan menebuk lubang di tebing tanah.
                                                                                                                                                                                        
         Air nira dimasukkan ke dalam kuali (jenis lama yang tebal) dan dijerang di atas sabak.

              Air nira yang sedang dimasak mesti dikacau selalu menggunakan senduk kayu supaya tidak hangus dan sekata masak air niranya.

  Air gula yang telah pekat dan berwarna kuning keemasan. Aroma yang sangat wangi. Kuali di angkat daripada sabak dan  gula dikacau terus sehingga gula  menjadi semakin pekat dan likat. Makin sejuk makin cepat likat.
Ini ialah acuan gula anau. Diperbuat daripada batang buluh yang dipotong lebih kurang satu inci  dan disusun diatas sekeping papan playwood yang bersih.
         Gula yang telah likat/pekat dituang kedalam acuannya(buluh) dan dibiarkan sehingga sejuk.   

  
                Gula yang telah sejuk dan beku di dalam acuannya.

                               Gula dikeluarkan dari acuannya.

Ujang dan Botak sedang memasukkan kepingan gula ke dalam beg plastik. Ini untuk pelanggan yang sedia menunggu untuk membeli gula.

Botak sedang membungkus gula anau menggunakan daun kelapa kering. Gula anau disusun sebanyak lima keping dan dibungkus kemas dengan daun kelapa kering. Lima keping gula anau yang telah dibungkus ini dipanggil "seturus" atau sebungkus.  Seturus dijual RM13.00

               Turus gula anau sedia untuk dijual.

p/s:  Menurut Tok Nara proses mengambil dan mendapatkan air nira memerlukan petua dan pantang larang tertentu.   Ada doa dan ilmunya.

8 ulasan:

kak Erna berkata...[Reply]

ibu intan kat mane ni..akak memang selalu beli gula anau ni..tapi kirim kawan..tak berani beli sendiri nanti dapat yang campur gula pasir..keras dan tak wangi..dari gambar akak tengok memang tak campur ni..kat mana jualnya ye...kalau bolih akak tau..

maiyah berkata...[Reply]

mak sy slalu guna gula anau ni..

Insan Marhaen berkata...[Reply]

kalau kat Perak ni nama gula kabung, tak gitu ke?

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
ni memang gula anau asli, tak campur apa-apa gula lain, hasil buatan jiran di Kg Kuala Talang,
belum jual di kedai sebab permintaan di kg sendiri tinggi,
kalau berhajat boleh...beritahu saja

ibuintan berkata...[Reply]

to maiya,
memang gula anau ni wangi dan sedap dibuat kuih-muih atau pengat

ibuintan berkata...[Reply]

En. Im,
rasanya begitu kot

Nuri berkata...[Reply]

Assalamualaikum ibuintan... sya berminat nk dapatkan gula anau ni.. x penah rasa.. org kata sedap tuk buat kuih-muih tradisi.. bleh x ibu intan tolong beli & pos pada saya? Ibuintan bgtau je berapa nnt sya bank in.. TQ

Tanpa Nama berkata...[Reply]

Salam, kalau nak beli melalui pos boleh?