Followers

Ahad, 13 Jun 2010

BBQ keluarga mertua

Petang semalam balik kampong mertua.  Dah janji dengan adik-adik ipar nak buat bbq malamnya. Jadi selepas asar petang semalam bertolak balik. Tak jauh cuma dalam setengah jam perjalanan.

Semua urusan pembelian barang untuk BBQ di uruskan oleh Induk(adik ipar) dan suaminya Ce Am (biras).
Mereka beli ayam, ikan, sosej, daging burger dan sate.  Keluarga ibuintan yang sampai dulu.  Ini diikuti oleh keluarga Acik (adik ipar), keluarga Ateh (adik ipar), Induk dan Ce Am, Keluarga Usu (adik ipar),  keluarga Cu Iling (adik ipar), keluarga Kak Ambong (kak ipar) dan akhir sekali keluarga Ombong Arah (kak ipar) serta menantunya.

Acara bakar membakar bermula selepas solat Maghrib.

                                           Jom layan gambar sekitar aktiviti BBQ.

                                                                                                  

                           
Seronok makan sambil berborak macam-macam perkara. Kaum lelakinya sahlah dengan cerita bola, manakala kaum ibu macam-macam cerita.   Makan, berborak dan gelak ketawa.

Bermula saja bola Piala Dunia  Argentina lawan Nigeria semua kaki bola ngadap depan TV. Ibuintan yang tak berapa kaki bola ni masih dengan aktiviti sembang dan makan-makannya.

12 ulasan:

kak wan berkata...[Reply]

tentu anak - anak seronok bermesra sesama sepupu mereka.Suasana inilah yang dapat mempereratkan lagi silaturahim sesama mereka.
Yang paling ceria sudah tentulah datuk dan nenek dia orang.

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan,seronok jugak kan..berkumpol ramai2 macam ni..akak belum teringin lagi nak buat masa ni..nanti bila dah ramai..teringat yang telah tiada..rasanya raya nanti..nak buat jugaklah..kat rumah kakak kat kampong tu..

ibuintan berkata...[Reply]

memang kak wan, anak-anak memang seronok sakan, berkumpul ramai-ramai dan makan sesama, ni sebenarnya ada yang tak join sama, duduk jauh tak sempat balik,
uwan dan atok mereka senyum memanjang je

ibuintan berkata...[Reply]

saja seronok nak buat, kumpul adik-beradik suami,
kami selalunya setiap raya buat juga panggil skali jiran yg duk sebelah menyebelah rumah mil

kasihibu berkata...[Reply]

aktiviti yang menyeronokan ....
sya suka jugak kalau dapat buat aktiviti gini...

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Kalau bagi pilihan kat kakcik, kakcik pilih makan dari tonton perlawanan bola! :)

ibuintan berkata...[Reply]

skali skala buat aktiviti gini memang seronok, merapatka hubungan lagi

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu kakcik,
samalah kita tak kaki bola langsung,
makan dan borak ye la lagi best..

Maiyah berkata...[Reply]

amboii.. amboii.. jeles.. jeles
dah sipa pas tu layan lak bola ramai2.. mmg meriah tu..

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu, gamat rumah dgn sorak kaki bola, ramai yang kaki bola nye tu,riuh rendah semua sokong Argentina

ibundo berkata...[Reply]

bbq ni sodap makan yo. kojo mongipeh dan baka arang bagi kek orang lain hehe...

ibuintan berkata...[Reply]

osah tu kak pah,
tang ngipeh dan jago api kojo orang mudo yang jantan la