Followers

Selasa, 22 Jun 2010

Hujan pagi

Dingin. Hujan masih turun, masih lebat. Hujan pagi turun sejak pukul lima pagi tadi lagi.  Mencurah-curah dan membawa kedinginan pagi. Menyucuk ke dalam tulang.

Teringat semasa di zaman persekolahan dahulu, kalau hujan pagi begini, akan menimbulkan masalah malas dan liat ke sekolah. Pertama malas mandi... sebab bilik air jauh di luar rumah, kena berhujan dan mandi dalam hujan juga sebab bilik air di kampung-kampung dulu hanya berdinding zink tapi tak beratap.  Selalunya memberus gigi sahaja sebab badan memang dah kuyup dek hujan. ... tak boleh lama-lama menggigil kesejukkan.

Kedua pula malas pergi sekolah sebab pergi sekolah berjalan kaki.  Hanya berbekalkan sekaki payung dan berpayung pula berdua dengan adik.. sah-sah sampai sekolah basah kuyup juga.  Sampai sekolah semua basah terutama kasut dan setokin.

Ingat lagi kenangan di sekolah rendah, masa itu ada trend kasut getah, semua memakai kasut getah. Tapi bila hujan air akan masuk ke dalam kasut, air akan bertakung, bukan menyerap macam kasut sekarang.
Jadi semua setokin basah lenjun, semua yang memakai kasut ini akan menanggalkan kasut dan setokin masing-masing, kalau tidak ditanggalkan kaki akan kecut sebab sejuk dan kasut pula akan menggeluarkan aroma yang sangat hebat....

                 kasut getah iras-iras ini tapi berwarna putih (dari tok google)
Semua pelajar yang memakai kasut sebegini, akan berkaki ayam sehingga setokin kering semula..... nasib baik ternd kasut sebegini tidak lama.

Keadaan kelas juga akan lenggang sebab ramai yang tidak hadir.  Berbanding sekarang tiada masalah sebab semua pelajar dihantar dengan kenderaan oleh setiap penjaga mereka ataupun naik bas sekolah.
Rezeki anak-anak zaman sekarang.

14 ulasan:

kakcikseroja berkata...[Reply]

Kat KL cerah sahaja pagi ini.. tapi mata memang tak mahu lelap dari jam 3 pagi... sekarang ada rasa mengantuk dan kepala rasa pening!.

sayangsayangibu berkata...[Reply]

salam kak,
disini pun hujan jugak
dari awal pagi tadi,sekarang ghobeh jo..
sya maso sekolah rendah dulu merasa jugak pakai kasut tu, warna putih
sobab kalau hujan kasut basah kan...
jd eh gunolah kasut yg getah tu.. ;p

ummu berkata...[Reply]

salam Ibu Intan

Kasut getah..teringat memori kasut getah saya smeasa darjah satu.Sekolah saya sering dilanda banjir besar..masa mula2 airnaik,memang takut.Kasut getah dan banjir...
p/s;di sini pun hujan baru berhenti. Rintikan airnya amsih menitis di hadapan pintu bilik ini...

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik.. saya pun sekarang ni tidur tak berapa lena.. sering terjaga dan payah nak lelap semula..
kenapa agaknye ye..

ibuintan berkata...[Reply]

sayang ibu..
hujan dan toduh..
kasut gotah memang kelakar...

ibuintan berkata...[Reply]

ummu....
memori kasut getah, tetap dalam ingatan

kak wan berkata...[Reply]

ibuintan kalau kat tempat kakwan ni ..ujan pagi je pasti ada yang kena aksiden kat jalan raya.sbb keta banyak atas jalan yang licin.

maiyah berkata...[Reply]

hujan mmg syahdu hehe.. membuai mata..

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan.. pagi tadi pun semasa hujan ada pokok tumbang di jalan ulu bendul, hempap kereta viva..
menurut rakan yang berulang dari seremban ...nasib baik cedera ringan sahaja sebab pokok hempap bonet

ibuintan berkata...[Reply]

memang pun ...cuaca mendung dan sejuk je sampai ke petang

Insan Marhaen berkata...[Reply]

IM suka memandu ketika dalam hujan petang.

ibuintan berkata...[Reply]

hujan tak lebat takpelah Im.. jgn hujan mencurah-curah bahaya tu....

Kasawari berkata...[Reply]

kasut getah ni bagus utk hiking.. terserlah dan terbukti..

ibuintan berkata...[Reply]

to kasawari..
sekarang kasut getah digunakan sebagai kasut ke kebun, memang tahan lasak..