Followers

Selasa, 8 Jun 2010

Nasib baik tak terlepas

Salam,
Alahai PTK.... Esok pagi ambil lagi periksa PTK, satu paper saja, kertas Kompetensi Khusus, yang masih belum mencapai tahap yang diharapkan. Kertas Kompetensi Umum sekali ambil je lepas..

Nasib baik tadi bertandang ke rumah seorang rakan, kalau tidak mesti ibuintan miss periksa tu. Ibuintan dah silap haribulan, ingatkan minggu depan.  Dah lupa tarikh sebenar sebab dapat tiket peperiksaan tu bulan lepas. Memori dah semakin kurang.

Dah last minit macam ni mestilah tak membaca tu. Sebenarnya tak taupun apa yang nak dibaca. Tu sebab tadi Along komplen "ibu ni nak periksa tapi tak baca buku pun"   Hai anak dah perli maknya tu... Nasiblah Along, ibu ni kalau baca pun dah tak masuk dah dalam kepala ni.

2 ulasan: