Followers

Khamis, 17 Jun 2010

Menu sepanjang zaman.

Salam dan selamat petang,
Menu makan tengah hari tadi ialah ikan cencaru bakar cicah dengan air asam dan gulai tempoyak daun kayu.. Gulai tempoyak daun kayu ialah tempoyak yang di masak lemak cili api dengan campuran beberapa jenis pucuk/daun kayu.  Ada juga yang memanggilnya sambal daun kayu.

Untuk masakkan tadi hanya gunakan pucuk ubi, daun kunyit, daun kaduk, pucuk cendering, pucuk labu dan serai sahaja.  Tempoyak pula pemberian seorang rakan... Zana.

  Ingat lagi masa kecil-kecil dulu kalau aruah uwan memasak lauk ni, aruah uwan akan meramu sejak pagi lagi. Sejak pagi mengutip sehelai daun untuk setiap jenis sehingga jumlahnya 99 helai. Bayangkan betapa banyak jenisnya. Petua aruah uwan ialah asalkan daun itu di makan ulat maka daunnya boleh dimakan/dimasak. Bila dah masak memang sedap rasanya.

Tapi sekarang takde masa nak mencari daun sebanyak itu. Dapat yang wajib saja cukuplah. Bila sudah dihiris halus-halus banyaklah jadinya. Kalau hari minggu daun-daun untuk gulai tempoyak ini ada dijual di pasar tani Kuala Pilah (Sabtu) ataupun pasar minggu Tanjung Ipoh.(Ahad)

Gulai tempoyak daun kayu hari ini kerana memenuhi permintaan Along.  Entah kenapa teringin sangat hendak memakannya, sudah beberapa kali menyebutnya sejak balik dari asrama.  Along memang suka memakannya sebab rasanya yang manis, dulu selalu dia minta aruah mak memasaknya. Tapi Intan dan Azim tidak berapa suka begitu juga dengan Abahintan ... dah muak makan zaman susah dulu......... katanya.

Ibuintan masak tak berapa pedas sebab Along minta biar rasanya manis. Masak hari ni sebab pagi esok along akan balik semula ke asrama.



Tempoyak , daun kunyit, serai dan daun kaduk bila dimasak memang mengeluarkan aroma yang menyelerakan.  Gembira bila tengok Along berselera makan.  Puas hati...
p/s: Along memang tidak berapa memilih dalam bab makan.

8 ulasan:

SyuQ berkata...[Reply]

sedapnyer kak... terliur sy

serupa mcm mak sy masak. biasanya mak sy pki satu jenis sayur jer.

blk kg krg kena minta mak masak gak... x tahann da :-)

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..terliur akak ni,..akak dah siap beli daun dah..sekali nya tak sempat nak buat..ada hal lain..hari selasa tu dah pi bercuti..nampaknya layu la daun tu..kena la akak beli lain..dah nampak ibuintan punya tu..tak sabo dah akak ni..esok akak baru balik..

kasihibu berkata...[Reply]

ya Allah..
sedapnya...
teringgat arwah uwan kalau masak daunkayu nih
emak sya buat juga, sbb sya dan adik2 dan cucu cucunya sangat suka
kalau makan dgn nasi panas telur dadar ya ampun...
sangat sodap...

ibuintan berkata...[Reply]

wah syuq tak sangka suka juga ye..
tu lah lagi banyak jenis daun lagi sedap........

ibuintan berkata...[Reply]

buek copek kak erna.. dah layu memang tak best lae, boli laen yo banyak jual kan..
saya memang suko gulai ni..

ibuintan berkata...[Reply]

sya..
buek jugak memang sodap makan ngan nasi paneh, memang berasap...

kak wan berkata...[Reply]

sedapnya ibuintan kalau kita berjiran harus saya dah pegi makan tghari kat umah awak ni....

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan..
insyaallah mana tau ada rezeki esok2 boleh datang bertandang ke kuala pilah