Followers

Rabu, 30 Jun 2010

Hulurkan tangan beri bimbingan dan kasih sayang.

Pagi ini selepas menjalankan pengajaran dan memberi latihan B. Melayu, ibuintan menyambung membuat ujian Saringan 2 Literasi Menulis. Disebabkan hanya tiga orang sahaja murid yang belum menguasai LINUS (ujian untuk menguji tahap kebolehan membaca, mengira dan menulis) maka ketiga-tiga murid tersebut menjalani ujian di sekitar meja guru sahaja.  Ujian ini dijalankan sejak semalam. Bahagian bertulis pula sebab minggu lepas telah dijalankan ujian membaca.. Semasa ujian membaca ketiga-tiga murid ini masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik.  Masih perlu mengeja dan ada juga lain dieja lain dibunyikan.

Hari ini menyambung ujian bertulis lagi, masih juga belum menguasai dengan baik. Masih perlu diberi masa dan dimasukkan ke kumpulan yang memerlukan latihan dan bimbingan khas (pemulihan).  Semasa mereka sedang menjalani ujian dengan bantuan juga, ibuintan terperasan bahawa ketiga-tiga murid ini ialah murid daripada keluarga yang bermasalah. Maksud bermasalah ialah seorang pelajar ialah anak tidak pasti ayahnya sementara dua orang lagi yang ibu bapanya telah bercerai dan ayah telah berkahwin lain.

Ketiga-tiga mereka tinggal dengan ibu.  Ketiga-tiganya ibu tunggal.  Dua ibu tunggal bekerja sementara seorang lagi hanya membuat kerja kampung. Ketiga-tiga murid ini juga mempunyai adik beradik yang ramai. Ibuintan dapat rasakan bahawa  mereka membesar dalam kekurangan kasih sayang dan perhatian.

Ibu mereka mungkin tiada masa untuk memberi tunjukajar dan mengambil tahu hal pelajaran anak mereka.
Ketiga-tiga murid ini juga adalah murid yang pendiam dan susah untuk dibawa berbual.  Mereka juga tidak aktif d dalam kelas.  Masalah keluarga mempengaruhi tahap penerimaan mereka dalam pembelajaran. Dan secara rawak juga daripada pengalaman mengajar abang atau kakak mereka, abang dan kakak mereka semasa di tahun satu juga mengalami situasi yang sama.  Lambat dan lemah dalam menguasai kemahiran 3M.

Kasih sayang dan perhatian dalam keluarga memang amat mempengaruhi emosi dan kecerdasan anak-anak.
Beruntung anak-anak yang mendapat kasih sayang dan perhatian kedua ibu bapa mereka.
p/s;  masalah ibubapa kesannya sama dirasai oleh anak-anak

8 ulasan:

kakcikseroja berkata...[Reply]

Teringat pula petang semalam 'budak sepet' berkata, "mak, ada budak Tahun 3 tu tak tahu membaca lagiiii...". Kasihan kan? :(

SyuQ berkata...[Reply]

kegigihan dan kesabaran seorang guru dalam mendidik anak muridnya sehingga menjadi cerdik pandai, tidak dapat dibalas...

Zaitun berkata...[Reply]

Memang benar, peranan ibu bapa amat penting jika mahu anak meningkat maju,Kalau ada ibu yang tak bekerja lebihkan masa untuk anak walaupun pembelajaran sekarang berlainan dengan masa kita dulu.Rujuk pada buku untuk mengajar, insyaallah anak boleh maju.

sayangsayangibu berkata...[Reply]

ermmmm..
ayong selalu kata
ada kwn dia ( kelas lain )tak tahu nak jawab soklan dapat kertas markah 3 pun ado
sya kata ayong bila tunggu ibu jemput sekolah tu, belajarlah sesama, tolong kawan tu
ibu dia masuk pemulihan bu, tp sekarang dah pandai sikit..

kesian kan..bila zaman sekarang masih ada pelajar yg tak boleh membaca lagi.

ibuintan berkata...[Reply]

salam kakcik..
memang ada murid yg memang lambat boleh membaca walaupun dah masuk kelas pemulihan..
mereka perlu minat dari dalam diri yang seeloknya

ibuintan berkata...[Reply]

syuq..
memang perlu banyak sabar sangat menghadapi murid yang lemah dalam 3M ni..

ibuintan berkata...[Reply]

kak zaitun,
betul tu sesibuk mana pun kita, pelajaran anak-anak kena ambil tahu juga..

ibuintan berkata...[Reply]

sya..
memang ada murid yang masih tak boleh membaca..
walaupun dari tahun satu sudah di masukkan ke kelas pemulihan..
ini bergantung juga kepada keinginan murid itu sendiri