Sebagai menghargai khidmat beliau selama hampir 6 tahun di sekolah ini, maka pagi semalam satu majlis sempena persaraan beliau telah diadakan. Majlis berlangsung di dalam dewan sekolah mulai pukul 10.00 pagi.


Murid-murid berkumpul di dalam dewan sekolah


Tetamu jemputan Dato Abdul Samad b. Ibrahim (ADUN Seri Menanti)batik kuning dan Yang Dipertua PIBG.



Ucapan - Encik Sulan GPK KoKurikulum, YB Dato dan yang diraikan Hjh Mizan.




Penyampaian hadiah dan cenderahati daripada jemputan, rakan guru dan pelajar.
Khidmat yang terakhir - membunyikan loceng akhir tamat waktu persekolahan


Diarak dengan iringan kompang menuju ke kenderaan yang menunggu. Sebelum menaiki kenderaan, Hjh Mizan menandatangani buku kedatangan guru (waktu balik) untuk kali terakhir.
Diarak sehingga ke pintu gerbang sekolah dengan murid-murid berbaris di sepanjang kiri kanan laluan.
Serangkap pantun akhir daripada beliau:
Pucuk pauh delima batu,
Ikan sembilang di tapak tangan,
Walau jauh berbatu-batu,
Hilang dimata dihati jangan.

8 ulasan:
Walaupun sudah berusia 56 tahun, tapi wajahnya nampak bagai baru 40an sahaja. Selamat bersara Cikgu.
Wah pink kaler gitu...
Selamat Berehat buat cikgu Hjh Mizan.
Selamat bersara buat cikgu hajah Mizan,jasa mu tetap dikenang.
ini 1st time IM baca. sambutan hari ulangtahun yang menyayukan..
salam kakcik..
beliau memang maintan cam dulu, tetap kelihatan muda dan still slim
kak wan..
kala ditanya perasaannya selepas majlis, hepi sangat katanya sebab sekarang beban tugas guru makin berat..
beliau akan go cuti2 selepas ni
to zaiton..
memang jasanya akan dikenang sehingga akhir hayat..
salam Im..
memang pun drama airmata semasa majlis ini berlangsung..
Catat Ulasan