Ibuintan juga membuat kerabu mangga yang dicampur dengan taugeh, timun dan pucuk pegaga...sebagai pembuka selera. Rasa masam, masin, manis dan pedas memang membuka selera. Azim dah pesan malam nanti buat lagi.
Buah kuinin yang diberi oleh Cikgu Hjh Shidah. Telah masak dan satu dapur berbau kuinin. Bau yang tidak disukai oleh Intan. Selepas makan tengah hari, ibuintan kupas semua, cantik isinya dan manis rasanya. Habis sebelum sempat didinginkan dalam peti sejuk Warna kuning oren yang memikat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan