Followers
Ahad, 6 Jun 2010
Majlis kenduri dan beg cenderahati.
Salam dan selamat datang....( bila baru sampai.)
Terima kasih ye sudi datang.....( bila nak balik)
Itu dialog skema bila ke sesuatu majlis
Dan sekarang juga sudah menjadi suatu trend setiap majlis kenduri, baik kenduri yang besar maupun kenduri kecil.. baik majlis kahwin, majlis khatan ataupun majlis cukur jambul (jambul ke?) setiap tetamu pasti mendapat beg cenderahati.
Berbagai jenis dan paten, malah warna pun mesti mengikut tema.. kalau merah dan putih majlis tu, merah dan putih jugalah beg cenderahati yang dipilih...isi dalam beg juga mengikut citarasa dan kemampuan tuan rumah.
Bahan beg juga berbeza, ada jenis kain polyester, kertas dan ada juga jenis plastik. Bentuk dan saiz beg juga berbeza-beza.
Barang wajib ada biasanya bunga telur, gula-gula, cup cake, buah-buahan seperti oren, pear atau epal, dan bahan cenderahati iringan yang lain mengikut majlis.. Ada juga letak gelas comel, key-chain gambar pengantin, potpuri, broach, dan ada juga buku surah Yassin.
Seronok juga dapat beg cenderahati gini, ibuintan biasanya simpan setiap beg yang di dapati, buat koleksi dan boleh juga guna bila perlu.
Beg cenderahati yang di dapati pada majlis kenduri kahwin yang dihadiri pada hari ini. Pergi bertiga maka dapatlah tiga beg. Hari ini hanya dapat pergi ke satu majlis sahaja, dua lagi tidak kesampaian. Hajat nak pergi lagi satu jemputan tetapi keadaan jalan Seremban - Kuala Pilah yang sesak dan ditambah pula dengan cuaca panas membahang serta kesukaran meletak kereta membantutkan hajat.
Ini pula beg cenderahati yang di dapati semalam, juga dapat tiga sebab pergi bertiga.
p/s : Untuk minggu ni daripada empat jemputan hanya dapat menunaikan dua sahaja hajat tuan rumah. Kepada dua lagi tuan rumah minta maaf tidak dapat memenuhi undangan.
,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
oh..semalam sya dari banting ke u6
undangan memang banyak, larat tak larat je nak pergi
dari u6 terus balik s'ban, malam tu jugak balik banting
sangat penat ...
Cenderahati yang disediakan untuk majlis kahwin anak saya tahun lepas masih ada bakinya hingga hari ini.
Saya memang membazir. sebenarnya tidak perlu sediakan banyak.
to sya,
memang antara larat dan tak saja,
memang tak tertunai semua jemputan,
namun kena pilih mana yang lebih patut pergi itu...diutamaan
tq madisyak,
selamat datang,
tak pe mungkin itu majlis yang pertama kot, kalau masih banyak rasanya boleh beri pada sesiapa yang akan membuat majlis ..
saya dulu pun lebihan untuk majlis kenduri khatan azim berikan kepada kakak ipar...
digunakan masa bertunang anaknya
kakwan pun banyak beg cenderahati selain simpan buat kenangan boleh juga digunakan balik jika buat majlis yang kecil.
to kak wan,
betul kak wan banyak dah yg dapat semua simpan,
ada masa berguna juga
ibu intan..akak dari sabtu lagi..sampai ahad tu..rewang pulak..rasa letih betul ..tapi sabtu ahad depan ada lagi..tak bolih elak..dah dijemputkan..tunaikan aje la..
cantik2 beg yang ibu intan dapat..tapi tu la sekarang ni..telor dah tak ada..ganti ngan kerepek dan kek pulak..
salam kak erna,
majlis kenduri kat tempat saya ni biasanya masih ada lagi bunga telur, memang pun setiap sabtu dan ahad ada saja jemputan kenduri
Catat Ulasan