Followers

Selasa, 29 Jun 2010

Sakit lah pulak!


                                               (gambar hiasan)
Ahhhhhhhhhhh..sakitlah pulak. Bangun pagi je dah terasa sakit. Pandang kiri sakit, pandang kanan sakit, tunduk sakit.........alamak sahlah sakit tengkuk.. Takkan nak cuti lagi, semalam dah ambil cuti.  Abahintan kata salah tidur...tapi tido cam betul je, tidur cam biasa je.... memang rasa tak selesa sungguh, nak kena urut juga ni, sebab sakitnya sampai ke belikat.  Dah makan ubat salah urat, tapi sakit lagi...Cubaan...

9 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Salam ibuintan..

pagi ni cadangnya kakcik nak ke klinik. Dari kelmarin sakit kepala dan rasa tegang di belakang leher. Fikir-fikir, tengoklah dulu, kalau sampai petang nanti tak baik juga, baru 'cari' doktor. :)

kak wan berkata...[Reply]

Rasa - rasanya kakwan dah pernah kena sakit mcm ibuintan tu.salah bantal kata org sini, tapi 2-3 hari tak baik juga. last - last pegi klinik juga.

hentian berkata...[Reply]

ada hikmah di sebaliknya tu.

kalau IM, ini peluang untuk ambil MC. lagipun tahun ni IM belum pernah ambil.

itupun kalau doktor kasi. kalau tak kenalah pi kerja walaupun alignment macam tak berapa betul!

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan...

kawan-kawan pun kata gak salah bantal, diorang suruh jemur bantal, balik nanti nak jemur jugalah bantal....
lagi pun hari panas terik ni, kalau bantal kekabu dijemur memang best tido malam nanti

ibuintan berkata...[Reply]

IM saya ni jenis tak sukan ambil mc, selagi boleh taknak ambil...
ni masih sakit lagi, rasa nak pergi klinik kesihatan je petang ni..

fzi berkata...[Reply]

Salam ibuintan...
Sebut pasal sakit ni teringat saya satu forwarded e-mail yang dapat tempohari.. begitu terkesan di hati...
Jika tak keberatan, jemput ibuintan tengok sama di...

http://pkasih.blogspot.com/2010/04/nikmat-kesihatan.html

Zaitun berkata...[Reply]

Kalau dah rasa sakit sangat ambillah mc,takut kalau dibiarkan melarat ketempat lain.

ibuintan berkata...[Reply]

salam fzi...
saya dah baca, subhanallah terlalu kecil kesakitan yg saya alami berbanding Ibrahim..
sebak dan terharu membacanya..
terima kasih..

ibuintan berkata...[Reply]

salam zaitun..
alhamdulillah dah berkurangan sakitnya...
selepas diurut oleh kakak yang bekerja di sekolah (yg juga tukang urut dan bidan kg)..