Followers

Isnin, 28 Jun 2010

Pagi yang segar

Salam pagi Isnin yang ceria,
Pagi yang segar. Semalam seharian duduk di rumah hanya membuat kerja rumahtangga  dan kemudian bersenang lenang, no jalan-jalan, no kenduri and no hal-hal lain.

Memang  berehat saja semalam. Dah  penat sangat rasanya kehulu kehilir sepanjang minggu. Walaupun semalam ada juga jemputan tetap 'say no' takkan pergi.  Rasa sudah kehabisan tenaga sungguh.

Hanya membuat aktiviti yang santai saja semalam, membelek pokok orkid dan menyembur baja orkid, sementara aktiviti dalam rumah Intan yang buat - masak, menyapu dan mengemas... anak dara ni perlu juga didesak membuat kerja rumah sesekali, takut nanti tak reti buat apa-apa.  Ibunya nak bermalas-malasan pulak.

Jom layan orkid yang sedang berkembangan.

p/s; hari ni ambil cuti perlu menguruskan beberapa hal.

9 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Cantik dan segar orkid-orkid tu. :)

kak wan berkata...[Reply]

Betul kata kakcik cantik dan segar okid ibuintan tu..
Kalau badan sering keletihan cubalah bawa pegi check up takut ada yg tersembunyi.
@ ibuintan cuba makan kurma 2-3 biji setiap pagi InsyAllah memberi tenaga.

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..cantik2 orkid ditaman..berbunga pulak semuanya tu..

ibuintan berkata...[Reply]

salam kakcik, kak wan n kak erna..
memang orkid sentiasa ada yang berbunga, slih berganti mengeluarkan bunga...jadi terapi, suker nengok bunganya
selalu baja dan siram

Zaitun berkata...[Reply]

Wah... banyaknya yang mengeluarkan bunga jeles kak Zai.Suka sesangat...

hentian berkata...[Reply]

abah IM dulu cukup suka tanam orkid. dia pacak aje mana dia suka. hidup elok pulak tu.

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai...
syukur pokok orkid yang ada tu memang ada saja yg sentiasa berbunga..
tu yang seronok menyiram dan membaja selalu tu, taklah banyak tapi adalah juga menjadi penghias laman

ibuintan berkata...[Reply]

itulah IM ada jenis yg senang hidup dan berbunga, ada juga yang susah sangat menanamnya dan ada juga yg tak berbunga-bunga... itulah cabarannya
tapi yang paling mencabarnya ialah harganya..

Tanpa Nama berkata...[Reply]

Nice blog!
Kunjungi:
http://www.komisiGRATIS.com/?id=Abirara