Followers

Sabtu, 12 Jun 2010

Menyundal di tengah malam

Salam,
Ini cerita tentang bunga. Bunga yang ini hanya kembang di tengah malam dan kuncup menjelang terbit matahari.  Aruah mak dulu kata menyundal waktu malam. Orang panggil bunga ni 'bunga bakawali'.
 
Ibuintan tanam sejak tiga tahun yang lalu. Tanam dalam pasu dan diletakkan bersama kumpulan orkid di bawah rumah orkid.  Jadi setiap kali siram dan membajai orkid, si bakawali ni juga merasa tempiasnya sama.

Perasan bunga ni mengeluarkan kudup pada petang semalam.  Tersandar di tepi pagar. Bunga ini hanya mempunyai batang yang pendek sahaja tetapi mempunyai daun yang panjang dan meliuk di atas tanah..

                        Ini sebahagian dari daun pokok bakawali
                                                                                                   

                           Kudup bunga yang dapat di lihat pada petang semalam (pukul 3.03 petang).

Di sebabkan hujan turun dengan lebatnya pada petang semalam maka terlupa untuk mengikuti perkembangan bunga ini. Hujan turun sehingga pukul 9.00 malam.
                                                                                                                   

Gambar bunga yang telah mula kembang ini di ambil pada pukul 11.22 malam.  Ketika ini baru teringat semula tentang bunga ini, maka pujuk abahintan untuk menemankan mengambil gambar... seram nak keluar sorang-sorang.  Semasa ni tidak mengeluarkan bau.  Warna keseluruhan bunga putih dan di tengah-tengah terdapat stigma yang berwarna kuning.


Ketiga-tiga gambar ini di ambil tepat pukul 12.00 tengah malam. Memang sedang menyundal. Mengeluarkan aroma yang wangi. Mula-mula tak ingat , tanya abahintan "bau apa ni".   Abahintan jawab selamba je "snap ye lah gambar tu".  Bau tak sama macam bunga lain tak dapat nak terangkan baunya camna.

Selepas saja ambil gambar terus masuk ke dalam rumah.  Abahintan kata itulah bau bunga tu.  Kalau ibuintan teringat bunga ini mengeluarkan bau, rasanya berat juga hati nak keluar rumah snap gambar. Maklumlah suasana pulak amat sunyi dan gelap, sebab hujan petang tadi.

Abahintan tanya nak ambil gambar lagi ke, gambar bunga ni kuncup lak, nanti kita ambil pukul 3.00 pagi,, .........ahh taknak lah... seram... ada jugak penakutnya tu....

            Ini pula gambar yang di ambil pada pukul 6.34 pagi selepas solat subuh. Sudah mula menguncup.


Dan gambar ini pula di ambil pada pukul 7.38 pagi ini.  Terus menguncupkan diri.  Memang sesuai sangat dengan kata orang dulu-dulu - menyundal malam.

Tapi sayang juga bunga yang amat cantik ini tidak dapat dihargai sepenuhnya.  Kembang di gelap malam dan hilang di waktu siang. Tak dapat menikmati keindahannya dengan sepenuh jiwa. Tak siapa sanggup rasanya menunggu sepanjang malam semata-mata untuk melihat kembangnya.

12 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..amboi tajuk..he he..akak tang bunga2 ni kurang tau..bolih pulak tu.tahan mata nak tengok bunga kembang..tapi orang kata bunga ni wangi kan..
oh ye..macam mana akak nak contack ..nak juga la gula anau tu...

LaNuNsepet berkata...[Reply]

owh...
bunga ni lanun tau...

tp tak da kat umah lanun kat kg.
ade satu mcm ni gak, daunnya hijau jer.. bese jer..

bunge die sekuntum gtu lar..warna putih gak.. akak leh teka bungan apa?
lanun x bapa tau.


p/s :rajin ek, tgu tengah malam nak snap pic si bungan sundal tu. he3

Maiyah berkata...[Reply]

cantik.. cantik..

mamawana berkata...[Reply]

Salam Ziarah

Masa kecik2 dulu kalu kuar mlm dan bau wangi memang menyeramkan ek..? Ada org kata ni bunga berhantu..tu yg wangi tengah mlm. eeiiii seram...Tapi satu lagi yg menanam dan sempat menatap kecantikan bunga bakawali ni murah rezeki....apa2pun bunga tetap cantekkkkk dan penuh misteri..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
terpaksa tahan mata sebab nak tengok bunga ni kembang, tak pernah nengok lae...
kalau nak boleh saya belikan dulu...
gula tu hanya jual dirumahnya saja, kak erna imfom je nak berapa turus

ibuintan berkata...[Reply]

bunga apa tu lanun,
bunga teratai ke...
iye la sanggup tunggu sebab dia kan kembang waktu malam je, nak la nengok sekali

ibuintan berkata...[Reply]

maiyah,
memang cantik, harum pulak tu tp tetap meremang juga tengkuk

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali mamawana,
memang harum baunya.. walupun seram juga tapi nak nengok juga dia kembang sebab ini kali pertama pokok ni mengeluarkan bunga...
tu la bunganya cantik tp tak lama kembangnya

ibundo berkata...[Reply]

salam.
kombang tetongah malam buto tu sapo lah yang nak nengok e kan? Ghajin ko amek gamba ibuintan..

tengok kek profail tu, ekau orang pilah. pilah kek mano. kakpah ni kampung kek Josseh.

ibuintan berkata...[Reply]

salam kak pah,
tu la yang sayang e tu, bungo e cantik dan wange tapi kombang tongah malam buto, tu spesel tuk yang gomar jenjalan tongah malam yo tu.......

kek tanjong ipoh, masuk kg talang sikit tak jauh dr makam tuan tulis tu..

kak wan berkata...[Reply]

Hah....baru boleh komen...semlm ada masalah la tu..
Masa kecik - kecik dulu orang kata kalau bunga ni kembang akan keluar puteri/dewi adakah ibuintan ternampak si dewi tu.he..he..

ibuintan berkata...[Reply]

ok cantik...
tu la tak nampak la pulak, tapi kok nampak sah akak pulak tak nampak bunga tu, dah tumbang la........