Salam ceria.
Makan malam tadi kami sekeluarga bertandang ke Villa Tom Yam yang terletak di Jalan Melang berhadapan dengan bangunan bekas UiTM cawangan K. Pilah.
Makan malam di luar sebab dua perkara -
pertama tidak masak, tengah hari tadi pergi majlis kenduri kahwin rumah saudara di Taman Sri Jemapoh.
kedua pula - bersempena hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 18 pada hari ini, jadi abahintan bawa kami makan malam di luar.
Disebabkan malam minggu dan hari cuti menyebabkan ramai pelanggan. Jadi makanan yang di order mengambil masa untuk disiapkan. Makan masa juga dalam setengah jam baru makanan yang dipesan tiba.
Menu pilihan anak-anak. Mesti ada tom yam, daging masak merah, ikan siakap tiga rasa, sayur dan untuk abahintan yang spesialnya sup ekor. Semua panas berasap tetapi sebab dah lapar cepat juga jalannya.
Anak-anak memang dah lapar sebab kami sampai pun sudah pukul 9.00 malam, kami keluar lewat sebab selepas maghrib menziarah dulu jiran yang berangkat menunaikan umrah.
9 ulasan:
dah 18tahun ek
tahniah...
terliur dengar tomyam..
kalu org siam masak..
perghh sedapp
akak.. nak tny..n n
nape akak wat name ibu intan n abah intan? sempena anak pmpn akak kan.
alhamdulillah dah 18 tahun......
iya nak lanun, sempena anak dara yang sorang tu...
dua lagi bujang, biasalah anak dara rapat ngan ibunya..
macam org dulu2... maknye paknye
he3..
owh gtu..
;-)
tapi selalunyer ank pmpn rapat ngan ayah... ank lelaki rapat ngan mak, ape pendapat akak?
sy suka tomyam.. mkn ramai2 mmg naik selera kan..
to dik lanun,
banyak orang kata camtu, tapi anak akak semuanya rapat dan manja ngan ibu..
cuma yang bongsu tu je rapat dengan dua-dua skali
lanun lak rapat ngan ibu ke abah?
salam maiyah,
memang makan reramai lagi best..
kak sya suka makan di gerai dekat nak ke JPJ tu..sangag sodap... ;p
kedai yang mana satu?
otai blogger ni~ whaha..jom la join segmen SJ
Catat Ulasan