Followers

Khamis, 10 Jun 2010

Cubaan terakhir.

Salam,
Hari ni ambil PTK di SM Teknik Juaseh. Pergi bersama abahintan sebab dia bercuti hari ni. Ujian bermula pukul sebelas pagi.........tapi tak taulah sebab cikgu kot yang periksa.......baru 20 minit dah ada yang keluar. Hahaha tak tahulah senang ke, boleh buat ke ataupun main belasah je.  Ibuintan terkial-kial juga la sempat juga tunggu sampai 40 minit dalam dewan tu, cuba buat yang terbaik la kononnya.......Harap-harap ni kali terakhir mendudukinya.  Cubaan terakhir untuk satu paper ni, nak dapat gred yang terbaik.
                                                                          
   Sempat curi-curi snap gambar guna hp dalam dewan, meja disebelah meja ibuintan yang telah kosong, guru lelaki hanya ambil masa 20 minit saja menjawab 40 soalan objektif. Fuh hebat.....

Dalam perjalanan balik abahintan dah ngadu lapar, jadi sampai di Kuala Pilah dia cadang singgah minum dulu.
Abahintan singgah digerai rojak yang terpopular di Kuala Pilah ni,  kami order rojak kueh sahaja.


                                 Inilah  rojak kuih  tanpa mee.

Gerai ni telah beberapa kali keluar  dalam rancangan makan-makan di TV terletak di Bazar Melayu K. Pilah.


                

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Yang penting, perut kena isi.. tak payah nak fikir pasal keputusan periksa tu.. tunggu saja. Betul tak? :)

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu ,setuju sangat.....
result belakang kira

kasihibu berkata...[Reply]

semoga berjaya..

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan,.teringin akak tengok rojak tu..selalu pi pejbat pert.kuala pilah tu dulu..tak tau nak makan kat mana..selalu dah sampai seremban baru makan...bolih cuba nanti ni..

ibuintan berkata...[Reply]

to sha,
insyaallah harapnya berjaya la

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
rojak ni memang terkenal di k.pilah,
tapi kedainya tersorok di bazar melayu