Followers

Selasa, 15 Jun 2010

Buah cempedak diluar pagar

Salam,
Ini bukan pasal pantun. Ini kesah benar bukan kesah dongengan. Ini pasal pokok cempedak yang di luar pagar tu. Orang tua-tua dulu buat pantun ni sebab nampak cempedak di luar pagar rumah ini la agaknya.

Petang semalam sedang menyapu  kawasan sekeliling halaman dan kawasan jalan naik ke rumah.  Rumah ibuintan atas bukit. Kawasan rumah di kampung ini banyak yang di atas bukit. Semasa menyapu daun cempedak kering yang gugur di atas jalan tar, jalan tar naik ke rumah, baru perasan buah cempedak dah ada yang besar.

Pokok cempedak ini betul-betul di luar pagar di tepi jalan naik ke rumah.

                             

Terdapat lapan biji yang telah besar dan yang selebihnya  masih putik. Petang semalam belum sempat nak membalutnya. Buah cempedak ni perlu dibalut supaya cantik masaknya. Buah cempedak ni yang isinya berwarna oren.

 Disebabkan kedudukannya di luar pagar maka terdapat dua musuh utama. Buah cempedak ini banyak mengeluarkan putik di bahagian pangkal batang jadi musuh di bawah ialah lembu orang kampung, yang suka sangat mencuri buah cempedak ni. Musuh di bahagian atas pula sang kera yang berekor panjang, yang pandai mencuri buah yang dah dan hampir masak.

Biasanya dalam sepuluh biji bahagian tuan tanah hanya empat atau lima biji sahaja, yang selebihnya antara kera dan lembu....  kalau nak dapat semua petik dan peram biar masak. Tapi biasanya buah diperam tidak berapa manis.  Kekadang tu ada juga hilang dipetik anak jiran... sabar je lah.

11 ulasan:

kasihibu berkata...[Reply]

goreng chempedak memang sodap...
harap ibuinan dapat merasa hasilnya... ;p

ibuintan berkata...[Reply]

insyaallah dapat merasa tapi kena berebut la ngan siekor panjang tu

Maiyah berkata...[Reply]

yg sdp bila goreng kan..

Acik Erna berkata...[Reply]

ibu intan..cempedak goreng..tersangatlah sedapnya..anak2 kat rumah ni..yang belum goreng pun dimakan..sampaikan..maknya selalu bising..tinggalkan sikit..mak nak goreng...

Unknown berkata...[Reply]

salam ibu intan..alahai cempedak..memang kat umah ni hantu cempedak..kalau boleh tiap minggu nak cempedak..

al-lavendari berkata...[Reply]

niatkan sedekah jer lah .. memang dah bukan rezeki kita nak buat macam mana. rezeki kita sebenar ialah bila dah selamat di telan.

ibuintan berkata...[Reply]

maiyah,
yes memang sedap bila digoreng, makan masa panas lagi sedap

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
anak2 saya pun suka makan yang sudah goreng saja, yang tak goreng tu kurang sikit

ibuintan berkata...[Reply]

kak ina kl,
cempedak ni bermusim juga, kalau masa dicari tu kekadang tak jumpa lak

ibuintan berkata...[Reply]

tuan lavendari,
memang sentiasa niat sedekah, terutama sedekah tuk tuan yang nanamnya..

kak wan berkata...[Reply]

itulah antara risiko kalau menanam pokok di luar pagar ni. banyak sangat dugaan nya.