Followers

Selasa, 21 Jun 2011

Untuk suami, bakal suami pun boleh.

Ahad kelmarin, hari bapa, kalau dah dipanggil bapa mestilah sudah menjadi suami kan atau pernah menjadi suami..  Di sini saya kongsikan beberapa tips @ petua untuk semua suami supaya menjadi suami yang baik.. kalau  terbaik lagi baik.

1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami misali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.


kredit to e-petua n tazkirah



"Lelaki yang terbaik diantara kamu adalah lelaki yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhadap isteriku.” (HR Ibnu Majah)


//alangkah beruntungnya semua wanita sekiranya semua lelaki terbaik terhadap isterinya





16 ulasan:

Kak Aya berkata...[Reply]

betul tu ibuintan, bertuahnya kalau semua lelaki terbaik untuk semua isteri

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Betul tu ibu semua isteri mendambakan suami yang terbaek. Insyaallah, suami kita ada lah yang terbaek.

Unknown berkata...[Reply]

selamat pagi Ibu Intan

terima kasih berkongsi sesuatu yang bagus untuk suami mahupun bakal suami.
untung dapat mengenali ibu intan

PS: hari jumaat ada puting beliung di kawasan pulau mersing..
tapi tak sampai pekan mersing, intan ada sampaikan?

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Selalunya waktu pergi dan balik kerja adalah waktu untuk berbual/bertekak/bertukar pendapat yang terbaik bersama suami - kerana hanya berdua sepanjang perjalanan. :)

nurkass berkata...[Reply]

bertuahnya badan kalau dpt suami begitu..apepun sentiasa berdoa semoga diberikan yg terbaik buat diri ini..insyaAllah..

Wanita Bertudung Hijau berkata...[Reply]

sy suka entry ni

tkasih :-)

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Ada ke suami yg tak cakap dgn isteri dlm sehari kalau tidur pun satu katil? Macam kelakarlah kalau ada yg begitu....

ahmad humairi berkata...[Reply]

Assalamualaikum,

Saya berazam untuk menjadi suami mithali...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

bak orang kata;

lelaki dambaan wanita adalah lelaki mithali.

Kak Amy berkata...[Reply]

Betul tue ibu intan amy setuju sangat , semua isteri mendambakan suami yang baik , dan suami kita adalah yang terbaik...

Zaitun berkata...[Reply]

Setiap isteri kepingin suami yang baik insyaAllah kalau boleh yang terbaik.

kaklong berkata...[Reply]

semua yg terbaik dtg dari NYA...
dan yg buruk tu semuanya dari kita, kan kak?

sal berkata...[Reply]

bersemangat membacanya...
memang suami isteri itu perlu sentiasa menjaga hubungan mereka supaya kasih sayang itu sentiasa kekal dan mengharum..seharum bunga..

itulah cabaran..

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan semua isteri sentiasa berdoa supaya dikurniakan suami yang baik dan ayah yang baik buat anak2.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..

trime kasij atas peringatan ini..

saya rasa sy mmg jauh dr nak jadi suami mithali nie huhuhuhhhh

IMANSHAH berkata...[Reply]

terima kasih daun keladi, dari bakal suami