Followers

Rabu, 1 Jun 2011

Tak ada rotan, buluh pun jadilah..

Selamat malam.  Alahai.. dah malam baru dapat mengadap blog.  Sibuknya.  Hari cuti pun sibuk ke? Ye, sibuk, sibuk dengan kerja lain pulak.


Pagi tadi hantar budak sorang ni buat rawatan mencuci gigi.  Tak sangka dah  ramai pelanggan yang menunggu..  Lama sungguh saya tidak berurusan dengan klinik pergigian kerajaan ni.  Banyak sungguh perbezaan yang dapat dilihat. Paling ketara dekorasi hiasan dalamannya.. cantik dan damai mata memandang.

Misi-misi yang bertugas di kaunter juga muda dan manis-manis belaka.  Kalau sapa yang sakit gigi, rasanya sebelum berjumpa doktor, dapat senyuman manis misi-misi ni hilang sebentar sakitnya. Lembut dan sopan.  Terima kasih atas layanan mesra yang diberikan

Kalau dulu-dulu rasa gerun saja bila berada di ruangan menunggu sebelum berjumpa doktor.  Nak jumpa doktor gigi lagilah gerun.  Tambahan bila terdengar bunyi-bunyian seolah bunyi gerudi yang menggerunkan sedang bekerja.  Kini suasana dah berbeza,  bilik rawatan yang serba baru, ekon yang menyejukkan badan,  dan yang penting, tiada lagi kedengaran dengan jelas bunyi mesin gerudi bekerja.  Aman dada.  Intan kata 'takde rasa takut, doktornya baik ..bu'.

Sebaik mendaftar Intan terus dipanggil untuk mendapatkan rawatan.  Rupanya bahagian dewasa dan kanak-kanak/pelajar berasingan.  Pelanggan dewasa yang ramai terpaksa menunggu no giliran dipanggil.




Sambil menunggu Intan mendapatkan rawatan, sempat mengambil gambar.  Ini ialah sudut yang mempamerkan peralatan lama yang telah digunakan.  Dah masuk kategori antik la ni.  Tengok kerusinya tu...




Dan yang pasti hiasan buluh dlam pasu macam ni mendominasi hampir semua sudut, ada lagi empat pasu hiasan begini.  Senang ... tebang buluh, kerat dan masukkan dalam pasu.  Ini di sudut masuk di ruangan kanak-kanak jadi di cabang rantingnya gantungkan hiasan yang sesuai dengan selera anak-anak... ada bola, anak patung, buah-buahan plastik dan sebagainya.



Senyum leba la tu, dapat majalah Koreanya.  Cita-cita besarnya nak belajar di Korea suatu hari nanti.

Pukul lima setengah petang pula menerima kehadiran adik ipar sekeluarga.  Sebab kehadiran tidak diberitahu hanya sempat menggoreng dan menjamu mereka dengan keropok yang dibeli di  Mersing saja.  Seronok juga melihat anak-anak  mereka berselera makan keropok bercicahkan sos keropok yang juga di beli di sana.  Bila dah makan beramai-ramai tak sedar habis dua balang besar... syukur,, puas hati, walau hanya itu rezeki yang dapat diberi kepada mereka.


//ada  ke pertalian darah antara tajuk dengan cerita ni.....

19 ulasan:

Siti Nurhayati Dollah berkata...[Reply]

Klinik gigi pun dah cantik sekarang. Tak takut dah nak ke sana :D

Cik Ina Do do Cheng berkata...[Reply]

Ada ibu, kalau yang faham.cik ina faham apa yang ibu maksudkan. cik ina paling takut jumpa doktor gigi. rasa ngilu je gigi tetiba.

kakpah berkata...[Reply]

Ada bau-bau bacang kot hehe..

Teringat pulak first time kakpah masuk klinik gigi kat pilah maso kakpah darjah onam. Klinik tu kek dopan pasaraya apo tah kek pilah tu yang dulu e panggung wayang. Punyolah melulung. Last2 abah pujuk kalau cabut gigi lopeh tu nanti abah bawak poi tengok wayang. Cito e 'ratapan ibu' lakonan latipah omar.

Hehe.. sodap ngonangan cito lamo ni. Tak malu botul moraung tongah orang ramai.

sybas kek intan dan anak2 sekarang ni yang tak takut jumpo dentist.

sal berkata...[Reply]

em..ke klinik gigi..baru teingat nak gi klinik mata..

cuti2 begini, adalahmasa sikit dan sempat buat urusan anak-anak yee

ibuintan berkata...[Reply]

Siti,

memang dah cantik, tak macam dulu seram saja bila melangkah masuk

ibuintan berkata...[Reply]

cik Ina,

memang betul tu, rasa ngilu, malah gigi sakit pun leh elok bilo kenangkan nak mencabut gigi tu

ibuintan berkata...[Reply]

kakpah,

hahahaha... memang kono dengan tajuk wayang..... meratap meraung la yo

panggung wayang tu dah jadi Gedung Minang skarang ni, saya langsung tak pernah nengok wayang kat situ.. dah tutup maso sekolah lae


bebudak sekarang tak takut sebab sejak pra sekolah lae misi dah datang sekolah periksa gigi diorang

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..akak kan..sampai sekarang..kalau nak keklinik gigi tu..berdoba momanjang selagi tak meninggalkan klinik tu..

ibuintan berkata...[Reply]

Sal,

masa cuti2 camni lah ada masa terluang untuk tu, dia sorang ni ambil berat sikit stiap enam bulan buat rawatan tu... takut giginya cepat rosak macam emaknya

nurkass berkata...[Reply]

cantik hiasan klinik tu..
selalu dgr cerita cuci gigi ni sakit..tu yg tak berani nak buat..hehe..

kaklong berkata...[Reply]

kekadang klinik kesihatan gg kat kawasan kampong lobih efisen dari klinik kesihatan yg ado kek kawasan bandar ni....cam hampeh menunggu ea...!!!

Kakzakie berkata...[Reply]

Semakin cantik Intan. Mesti bertambah cantik bila gigi diservis lagi.

Kreatif juga klinik itu ibuintan guna buluh utk gantung perhiasan.

Cikgu Nurin berkata...[Reply]

Adui...saya dari kecik sampai dah tua bangka ni..fobia dengan doktor gg ni..tak tau kenapa.....

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu...

anak ibu bt scalling ya..kalau tak biasa, ngilu gak bt scalling nie kan..terasa dipatri antara celah gigi2 tue huhuhuuhhh

ahmad humairi berkata...[Reply]

assalamualaikum,

adalaaaa...bau-bau bacang...kiranya ada pertalian jugaklah.

....selamat bertugas...dalam cuti..

anie,Nagoya berkata...[Reply]

sekom ibuintan.

udah byk yg berubah ya?kita suka jika mesia dah byk berubah dari semua segi.moga diteruskan yg terbaik.senyum selalu tuk mesia n rakyat mesia.

dwaty berkata...[Reply]

dah lama nak pegi klinik gg tapi tak tau kat mana area putrajaya... huhuhu

Yan berkata...[Reply]

tetiba teringat nak jumpa dentist lah ppulak...hee..

Insan Marhaen berkata...[Reply]

pengaruh filem korea agaknya. hinggakan nak belajar pun ke korea.

IM sempat belajar di Jepun.. 2minggu jer..