Followers

Selasa, 28 Jun 2011

Rindu abah....

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : “ Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia ? Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya.“ (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)




Al-fatihah buat Hj. Mohd Yunus b. Omar yang telah kembali ke rahmatullah pada tarikh yang sama pada hari ini, empat belas tahun yang lalu.  Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa abah dan menempatkan abah dalam kalangan ahli-ahli syurga.

Amin...








15 ulasan:

sayangsayangibu berkata...[Reply]

al fatihah..

kak adakalanya kerinduan yang benar2 mengamit rasakan?

kakcik berkata...[Reply]

Semoga rohnya tenang dan damai di sana. Al Fatihah.

insan marhaen berkata...[Reply]

sayang abah - doakan dia dan ziarah saudara mara dan sahabat handainya yang terdekat..

kaklong berkata...[Reply]

semoga roh nya ditempatkan bersama org2 yg beriman..amin...!

Kakzakie berkata...[Reply]

Amin ya robbal'alamin....

Semakin lama semakin sarat dgn kerinduan....

nurkass berkata...[Reply]

salam kak..
sayu kan bila ingat kembali kenangan dgn arwah..

walaupun dah 10 tahun ayah kass pergi, tapi kdg2 tu kass still tak boleh terima hakikat yg dia dah takde..byk yg tak terluah sebenarnya..tak boleh nak tulis byk lah..mudah sgt air mata ni mengalir..haihhhh

ahmad humairi berkata...[Reply]

Salam dan al fatihah,

Saya sering mengajar lagu-lagu nasyid bertemakan ayah ketika ini...saya nyanyi sambil mengalirkan air mata....murid saya turut menangis.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

alfatihah utk beliau..

semoga rohnya terus dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan solihin dan siddiqin

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

Al Fatihah..

Pn Kartini berkata...[Reply]

.........bila teringatkan arwah ayah..pasti bergenang di mata..
rindu yang tak bisa terlerai...cuma iringan doa dan al-fatihah...agar roh dicucuri rahmat ke atasnya....

Amin...

Zaitun berkata...[Reply]

Sayu kan bila teringat orang yang kita sayang,sama macam kak Zai minggu ni arwah mak genap 25 tahun tinggalkan kami.

Al-Fatihah...buat yang telah pergi semoga roh mereka dicucuri rahmat.

LIPISLADY berkata...[Reply]

Sallam Ibuintan,

Al-Fatihah buat abah Ibuintan dan ayah saya juga.

Saya kehilangan ayah seawal usia 10 tahun, tapi kerinduan dan kenangan bersamanya masih segar sehingga kini.

Yan berkata...[Reply]

alfatihah buat beliau.

S..U..D..@..I..S berkata...[Reply]

lumrah bila hilang dimata kerinduan melanda, pada yg telah tiada hanya doa shaja
sama juga dengan ibuintan

NzA berkata...[Reply]

Al-Fatihah....