Followers

Selasa, 7 Jun 2011

Mengidam ke .. mengada-ngada.





Nabil, anak adik ipar bulan September ni genap dua tahun.  Lincah dan riang.  Namun satu masalahnya, air liurnya sentiasa meleleh.. menjejeh keluar... sekejap saja baju yang dipakainya akan basah dengan air liur.  Ada tak sesiapa yang tahu petua untuk memberhentikan air liurnya dari sentiasa meleleh/menjejeh keluar.

Kepercayaan orang tua, air liurnya meleleh sebab ibunya mengidam hendak makan sesuatu semasa mengandungkannya  dan menurut ibunya, dia memang teringin sangat hendak makan sesuatu semasa mengandungkannya.  Hajatnya tak sampai kerana benda itu tidak ditemui atau dijual di mana-mana.  Puas juga dicari namun  tidak dijumpai sehinggalah Nabil lahir.

MUngkinkah ada kebenaran kata-kata oang tua dulu?  Nak percaya ke tidak?

Saya juga pernah mengalami keadaan mengidam semasa mengandungkan Along  dulu.  Benda yang hendak di makan selalunya sangat senang di dapati namun ketika itu pula  terlalu sukar pula untuk mendapatkannya.
Hampir setiap hari terpaksa mendesak abahintan mencarinya.  Serata kampung mencarinya namun tidak dijumpai.  Dikedai buah memanglah tak pernah jumpa. Hati mendesak-desak sangat, dah terasa-rasa dimulut rasanya.


Hinggalah suatu hari selepas hampir putus asa, abahintan ternampak pokoknya di tepi pagar sebuah rumah yang tidak dikenali tuannya.  Abahintan dengan tidak malunya menghampiri pokok tersebut dan terhendap-hendap, tercari-cari dan meninjau-ninjau, nasib baik tiba-tiba dia terpandang sebiji buah tersebut.  Hanya sebiji.

 Dan dengan tidak malunya juga abahintan berjumpa pula tuan tanah @ tuan punya pokok untuk meminta izin mendapatkan buah nan sebiji itu.  Tuan tanah @ tuan pokok dengan penuh gembira dan rela hati melepaskan sebiji buah yang tersesat itu demi memenuhi tuntutan 'melampau' seorang ibu mengandung sulung.


Haaaaaaaa.. inilah buah yang diidamkan sesangat oleh 'seorang ibu yang sedang mengandung anak sulungnya'. Buah jambu air, kalau dimusimnya orang tak berapa pandang pun tapi bila berkehendakkannya sesangat ...menjelajah tiga empat kampung pun tak jumpa.  Dapat sebiji tu..... lega dan syukurnya hanya Allah saja yang tahu. ... aman dunia.... hati dan telinga suami lagilah aman, sebab selama dalam pencarian dia  tak  senang duduk kerana  'kerahan' tenaga untuk mendapatkannya..  Kejam ke tu?

Yang pastinya sekarang ni jangan kan makan... pandang pun Along tak hingin buah ni.


Peristiwa 'teringin' terlampau ini berulang sekali lagi semasa mengandungkan Intan. Masa mengandung yang ini pun sekali lagi bukan musimnya walhal pokoknya boleh di dapati dan di lihat di merata-rata tempat.  Sekali lagi sakit 'jiwa' suami untuk mendapatkannya.  Dah sendiri nampak memang bukan musimnya tapi disebabkan  'degil' dan kelebihan kerana mengandung suami tetap dipaksa, dan di dayakan juga oleh suami untuk mencarinya tanpa rungutan.

 Kali ini memang tak dapat. Tapi baunya terutama bau getahnya tak dapat dilupakan langsung... membuak-buak betul keinginan tu, akhirnya jalan penyelesaiannya tak dapat buah, daun pun jadilah. Percaya lah saya mengunyah daun pucuk mudanya berhelai-helai, tersangat sedap rasanya dengan bau getah daunnya yang hampir sama dengan bau getah buahnya.  Keinginan untuk memakan buahnya terus lenyap setelah mengunyah beberapa helai daunnya.  Kambing pun kalah...... hahaha,


Buah mangga kampong inilah yang dicari-cari... walau ada mangga epal. mangga harum manis dan yang lainnya yang mudah didapati... tak hendak.. hendak yang 'kampung' jugak dan bayangkan bila buah terpaksa diganti dengan daunnya.... kerja gila tak?


Nasib baik mengandungkan Azim tak ada keinginan luarbiasa ni.  Kalau tak sekali lagi kerahan tenaga berlaku pada abahintan.

 Tak tahulah sampai bila air liur Nabil akan berhenti menjejeh dengan sendirinya, ibunya terpaksa mengelapnya sentiasa dengan tuala supaya bajunya tidak kerap diganti.



31 ulasan:

Kak Imun berkata...[Reply]

Salam, ibuintan. Kak pun pernah dngr cerita macam tu. Dulu masa kak mengidam, klu tak dpt benda yg diidamkan tu, bole berkabung satu rumah. Bila dah dapat, rumah meriah macam ada kenduri, hihi.......

Adinda Amy Sensei berkata...[Reply]

sedapnye jambu air tu..

Cik SHiNJU berkata...[Reply]

As salam Ibu Intan...

dulu Yun ade sorg kawan mcm tu kat skolah...airliur dia meleleh manjang..kdg2 kesian nengoknye..
Tp sejak dah abeh skolah ni dah xde masalah tu..ilang sdiri jer kot..

Dr K berkata...[Reply]

Cuba bawa dia pergi dentist, selalunya masalah dentition menyebabkan drooling problem macam tu

Kak Amy berkata...[Reply]

sedapnya jambu air tue kalau di cicah dengan kicap berlada bestnya la..

ibuintan berkata...[Reply]

hahaha kak Imun,

teruk jugak kan penangan mengidam ni, boleh jadi punca perang dingin ...

ibuintan berkata...[Reply]

Amy,

skarang ni musim jambu air.. kat rumah jiran la, sedang ranum

ibuintan berkata...[Reply]

cik shinju,

tu la, kesian jugak takut lama melelehnya.. kalau sampai besar takut dia malu dan rendah diri pulak nanti

ibuintan berkata...[Reply]

Doc DZ,

sejak lahirlah camtu doc, sekarang giginya dah penuh atas bawah, air liurnya tetap masih meleleh... bukan problem gigi kot

ibuintan berkata...[Reply]

Amy,

akak baru makan camtu semalam...cecah kicap berlada..jiran sebelah hulur, kat rumah sendiri takde pokoknya

zul permatang badak berkata...[Reply]

.....menguji kesabaran suami..

Temuk berkata...[Reply]

IBUINTAN
Cucu termuda saya baru tumbuh gigi & ada masalah yg sama. Saya agak sebab cucu saya ni punyai 'mulut terbuka'. Insya-Allah akan hilang. Bila tidur dia tak ada masalah sungai mengalir tu! Yang tua pula bila tidur, boleh menjejeh, hihihi.... Jambu tu orang kg saya panggil jambu bertih (kecil macam bertih, berbanding jambu air yg besar). Wow, memang susah sangat nak cari tu! Salam bahagia.

Azian Elias berkata...[Reply]

Saya lak bukan saya yg mengidam. Hubby yg lebih2..hee

anie,Nagoya berkata...[Reply]

merah jambu tu.huhuhu...biasalah ragam org mengandung.tp yg tak sampai hajat tu bila anak dilahirkan n air liur akan meleleh tu adalah perkara biasa.semua baby n budk kecik akan mengalaminya.

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai dah lama tak jumpa jambu air tu,pokok yang ada dikampung pun semua dah mati.

Kena pakai bib(betulke?)yang digantung kat leher.

Amie berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu intan,
amie biasa tgk budak2 leleh liur tp bila dah besar, boleh hilang sendiri...jgn risau sgtlah yea sbb ia ada kaitan dengan kawalan / fungsi otak / sedar / bawah sedar... misalnya kalau kita org dewasa sms tidur..kenapa ada kalanya meleleh liur.... he he he

kakngah berkata...[Reply]

la hai kak... masa mengandung sulung takde pun kakngah ngidam yg bukan2. kalau teringin apa2 tu, memang dapat la. tapi, anak air liur meleleh gak.. sampai dekat 3 tahun la... beli baju kaler gelap2 jek.. kaler terang, kepam kat bahagian leher.. hihihi!!

ibuintan berkata...[Reply]

zul... hahaha ujian kasih sayang jugak tu

ada merasa di uji tak?

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu Temuk,

kita orang dewasa ni sungainya meleleh keluar di waktu malam orang tak nampak, hanya orang sebelah yg tahu..dia pun tak berani marah sebab sama saja

jambu tu anak2 sekarang tak berapa menghargainya lagi, mereka dah lebih kepada anggur, epal dan strawberi

ibuintan berkata...[Reply]

Yan,..untunglah ... elok tu hubby Yan merasa sama kepayahannya

meragam tak dia?

ibuintan berkata...[Reply]

Anie,

rasanya tak semua baby camtu, ni kes yang menjejeh sepanjang masa seolah dia tak boleh menelan air liurnya..kakaknya okey pulak tu yg maknya dah risau pulak skarang ni

ibuintan berkata...[Reply]

kakzai... kat kg pun skarang dah jarang juga jumpa pokok jambu tu, orang dah tak menanam lagi

masa baby memang dipakaikan bib tu tapi dah besar ni dia pun tak suka..rimas agaknya

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Amie,

kita org dewasa masa tidur saja memang diluar kawalan kita tapi anak ni sentiasa menjejeh keluar air liurnya... kejap bajunya dah basah

ibuintan berkata...[Reply]

kakngah,

iyo ko.. lama jugak tu kalau tiga tahun, tu lah emak dia dah mula risau asyik tukar baju saja.. sentiasa basah dek air liur

.... kepam,, hehehe

ibundo berkata...[Reply]

si maryam ni pun air liurnya tak berenti meleleh. Tah hape ke benda tak dapat makan si emaknya haha..

kakpah dulu mengandung anak ke 3 suka sangat makan lauk kenduri. Kalau hasben pergi kenduri tahlil ke apa ke mesti dia buat muka tak malu mintak bawak balik untuk isteri yang mengandung ni. nasib baik orang paham..

kaklong berkata...[Reply]

alhamdulilah...
dah 5 kali kaklong mengandung...
tapi 4 yg hidup....

lom ponah lak kaklong mengidam nak makan apo2...
apo yg ado tu la kaklong makan...

nurkass berkata...[Reply]

ooo..camtu ke kalau tak dpt makan..alahai kesiannya nabil..moga ada jln penyelesaiannya nanti..

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Kelakar pulak kakak membayangkan ibuintan makan pucuk daun pelam. Itulah penangan org mengidam.

Kakak dulu nak makan telur ikan duri. Puas hubby meraba perut ikan last jumpa juga (arwah MIL yg dapat).

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan..
akak kalau mengandung..tak sempat nak mengidam..sebab asek kelaur masuk hospital..mabuk teruk..

Unknown berkata...[Reply]

lain kandungan lain pula pula yang di idamkan..
tak apalah... mujur yang senang2 sahaja yang kakak idamkan..

bab azim tu...
ayu tak ada petua, harap kawan2 lain boleh bantu

white rose berkata...[Reply]

salam ibuintan...
wah, panjang entry ye...

masa mak mengandungkan sy, dia teringin sangat nak mandi malam2...

dia mandi tengah2 malam, dia buat skali je...pastu xde dah...

hahaha...lawak jugak apa yg mak sy idamkan tu...