Followers

Ahad, 26 Jun 2011

Sarang tebuan... tak jolok pun mengamuk juga.

Tebuan kunyit.


Malang memang tidak berbau.  Pagi semalam sedang leka mengaut sampah di sudut laman depan rumah, tiba-tiba saya di serang sekumpulan tebuan kunyit. Ada dalam 20 ekor yang tiba-tiba keluar dari celahan rumpun daun-daun bunga lily putih.  Menyerang secara tiba-tiba setelah saya dengan tidak sengaja terusik sarangnya.  Memang tak tahu ada sarang tebuan di situ.  Memang benar 'sarang tebuan jangan dijolok'.

Semasa dikejar tebuan ini, nasib baik saya sempat lari masuk ke dalam kereta, hanya seekor yang dapat hinggap dan menyengat di jari tengah (jari hantu) tangan  sebelah kiri.  Sakitnya memang tidak terkata.  Terus masuk ke dapur dan melumurkan dengan madu di tempat yang terkena sengatannya.. Abahintan pula terus mengikat pergelangan tangan sebelah kiri dengan tuala..supaya bisanya tidak naik ke atas dan meresap  ke seluruh badan.


Dalam rimbunan daun... inilah sarangnya.  Gambar ini sempat dicuri ambil petang semalam, ketika ini semua tebuan itu telah masuk semula ke dalam sarangnya

Keadaan jari dan tangan yang membengkak selepas satu jam.  Bisa dan denyutan sakitnya ketika ini memang amat menyakitkan, mungkin sebab  dipergelangan tangan telah diikat sakitnya hanya dikawasan ini sahaja.  Kerana tidak tahan menanggung kesakitan juga, saya hanya sanggup ke klinik,  supaya urusan berjumpa doktor menjadi cepat. Kalau ke hospital kerajaan akan mengambil masa sedikit...itu pasti.

Di klinik hanya mengambil masa tidak sampai lima minit selepas pendaftaran , nama pun dipanggil.  Setelah diberitahu, Doktor Kamal hanya tersenyum sambil berkata 'kesian' .  Doktor Kamal memberi satu suntikan  serta ubat sapu untuk mengurangkan bengkak serta pil tahan sakit dan antibiotik.


Dari klinik, dengan tangan yang membengkak, terus ke rumah adik ipar pula. Adik ipar membuat kenduri kesyukuran.  Dengan keadaan tangan yang  sakit berdenyut-denyut dan tekak rasa loya  mungkin kesan ubat membuatkan  bantuan yang dapat dihulurkan agar terbatas.  Hanya membantu menyusun kuih muih serta menyusun hidangan dalam dulang saja.


Kuih muih  minum pagi, dihidangkan untuk jiran dan ahli keluarga yang sedang bergotong royong memasak.

Kuih apam yang dibungkus dalam daun pisang... apam songe (sengih)

Gulai itik yang sedang mengelegak.  Aromanya sungguh membuka selera. Kali pertama makan gulai itik di rumah kenduri.

Menu.... gulai itik, sambal udang, ikan tenggiri salai campur bacang muda serta sayur kubis goreng.

Sehingga petang tadi, jari-jari dan kawasan belakang tapak tangan masih terasa sakit dan mengeras.  Selepas solat Isya semalam, abahintan telah membuat operasi penghapusan.  Menghapuskan sarang tebuan supaya tiada mangsa lain yang menjadi mangsa.

Sarang tebuan telah selamat dibakar.

Syukur menjelang malam ini... bengkak di tangan kiri telah pun susut dan jari-jari telah boleh digerakkan tanpa merasa sakit.  Yang tinggal sekarang ialah rasa gatal di bahagian jari-jari dan tapak tangan pula.


//patutlah sengatan tebuan ini ada yang membawa maut... memang berbisa..... yang terkena satu sengatan pun rasa nak terkeluar kencing, apalagi kalau kena beberapa sengatan.  Syukur...



31 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..syukur pada tuhan..ibuintan masih teringat untuk masuk kedalam kereta..bahaya sungguh tu.
dah alhamdulillah yang kena kat jari dah beransur baik.
lepas ni mesti gatal betul tu.

kaklong berkata...[Reply]

ya,ALLAH...nasib baik tak apo2 yg tohogrok terjadi...



kak,tengok apam tu teringat kaklong kek apam daun rambai,hanya kek johol yo yg ado jual..payah nak cari tu....!

ibundo berkata...[Reply]

itu baru sekor yang menyongek. Alhamdullah ibu intan tak kono kerumun an kek tobuan tu. osah biso e kan?

apam menyongge tu kakpah tak ponah nengok la.. cam apam biaso yo ko tapi masuk dalam daun pisang. osah kolot e kpah ni..

ahmad humairi berkata...[Reply]

Tak sengaja tidak mengapa.

Petua orang tua - kalau di sengat tebuan, lipan, lebah dan seumpamanya, cepat-cepat korek tahi gigi sendiri dan sapukan pada tempat yang kena sengat...bisikkan dalam hati " bisa sengat kamu tak kuat mana...aku punya lagi bisa..." wallahualam.

nurkass berkata...[Reply]

uihhh..
sejekap je dah bengkak sampai mcm tu..berdenyut2 kan kak..ada rasa gatal tak..biasa kalau kena gigit tebuan ni gatal..

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..

teruja tgk petua cikgu ahmad humairi...saya baru tahu sebab baca entri ini...

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

baru saya tau ada tebuan yang dipanggil tebuan kunyit...:)

tindak balas kepada sengatan serangga seperti tebuan mmg tidak boleh dijangka..ada yg alah, kena sengat seekor pun boleh bengkak satu badan...

Zaitun berkata...[Reply]

Nasib baik hanya se ekor aje yang menggigit dan alhamdulillah tangan ibuintan pun dah kembali ok.

makdara TERdiva berkata...[Reply]

saya pulak penah kena sngat dgn penyengat..bentuknya kecik sikit dari tebuan..tp sakitnya tuhan jer yang tahu..sob..sob...

IMANSHAH berkata...[Reply]

bengkak nye tangan,saya belum pernah kena lagi..malang memang takde bau

Pn Kartini berkata...[Reply]

Assalamualaikum IbuIntan:)

Camne jari akak yaa??moga dah sembuh..

ibuintan berkata...[Reply]

betul kakerna... nasib baik masa tu kereta tak berkunci, kalau tak mungkn sampai muka pintu dikejarnya

pengalaman pertama ni

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong... memang apam tu orang johol je yg pandai buek, adik ipar belajar ngan mak mertuanya orang johol tapi sebab susah dapek daun rambai dia tukar daun pisang

ibuintan berkata...[Reply]

nasib baik kakpah... sekor tu pun mau nak klua koncing ghaso ea, sakit ea mendonyut2

ha'ah kakpah... memang pun macam apam biaso tapi bungkus dulu dalam daun pisang atau daun rambai baru dikukus.... spesel orang johol punyo tu

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu.. tak sengaja pun berpinar mata dikejarnya, banyak pulak tu..

wah... petua yg hebat tu, tapi kalau boleh saya tak nak kena lagi...minta dijauhkan la... boleh juga rekomen nanti kalau ada yg terkena sengatan pulak

ibuintan berkata...[Reply]

kass... memang gatal, bila dah susut bengkak dan ilang sakitnya mmang gatal terutama pada belakang tapak tangan dan jari hantu tu..

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumslam Shah.

hahaha ibu pun baru tau petua tu... petua klasik tu, kekadang petua orang tua2 ni memang ada yg menjadi... kalau sendiri punya tak apa juga jgn dari mulut org lain

ibuintan berkata...[Reply]

doc DZZ,


memang ada tebuan kunyit selain tebuan tanah... orang kata tebuan tanah juga amat berbisa

betul doc, dulu jiran akak ada yang pengsan sehari semalam sebab disengat beberapa ekor tebuan kunyit ni, akak pula syukur ... hanya bengkak dan rasa sakit dipergelangan tangan tu saja

ibuintan berkata...[Reply]

kakzai...syukur sangat sebab sempat mengelak.. sekor tu pun tak tertahan kak, mendenyut sakitnya

alhamdulillah tangan saya dah kembali okey

ibuintan berkata...[Reply]

MDT,

penyengat pun bisa juga, anak murid akak pernah disengat penyengat semasa di padang, bengkak seluruh mukanya ,.. nasib baik tak jadi mudarat sebab cepat dihantar ke ospital

ibuintan berkata...[Reply]

Iman... kalau dah terkena baru tahu sakitnya, cepat sangat naik bengkaknya tu... sakitnya sampai ke pangkal lengan

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Tinie,

alhamdulillah..dah okey dah..hari ni pun gatal2nya makin berkurangan

sayangsayangibu berkata...[Reply]

kecik je tebuan tu, tp boleh buat bengkak jari
harap dah tak sakit sekarang ni


kak
ikan tenggiri campur bacang tu
perggghhh....

sayangsayangibu berkata...[Reply]

kecik je tebuan tu, tp boleh buat bengkak jari
harap dah tak sakit sekarang ni


kak
ikan tenggiri campur bacang tu
perggghhh....

ibuintan berkata...[Reply]

sya... besar tu, bukan stakat sakit biasa lagi dah... memang sakit berbisa

ahh lauk kita.. memang sodap

Amy Syaquena berkata...[Reply]

Mujur la x de pape nasib seekor je.. kalau banyak x dapat di bayangkan ibu intan...alhamdulillah la tangan ibu intan dah kembali ok

azieazah berkata...[Reply]

Allahuakbar Kakkkk...

Mujurlah cuma seekor. Seriau saya membacanya.

Eloklah dibakar serangga bahaya tu. Bimbang nanti serang masuk rumah pula.

Moga segera sembuh, kak.

Gambar Merapu Seorang Menantu...

ibuintan berkata...[Reply]

Amy... memang nasib baik sekor saja yg sempat menyengat kalau beberapa ekor hari tu memang lah tak tau nak cakap apa... sekor tu pun tak tertahan sakitnya

ibuintan berkata...[Reply]

alhamdulillah Azie... sihat dah, tangan dah okey..cuma masih tinggal gatalnya saja

memang dah selamat di bakar malam tu juga

insan marhaen berkata...[Reply]

sayangnya abahintan kat ibuintan yer... sebab tebuan seekor habis sarangnya dibakar.

IM pernah terkena sengat tebuan masa pi mengaji Quran remaja dulu. Abang saudara IM sapukan dengan getah keladi.

Cik Ina Do do Cheng berkata...[Reply]

ciannya ibu intan nasib baik dah sembuh. itu baru sekor, dah sakit cam tu. tak boleh cik ina bayangkan. elok gak dibakar demi keselamatan orang yang berhampiran.