Followers

Rabu, 29 Jun 2011

Rasa nak petik, tapi bukan hak kita.



Selepas hujan pagi, membawa pula mendung hingga ke petang, seharian  ibuintan hanya berlegar dalam rumah.   sesekali menjengah keluar,  masih hujan takpun gerimis pula.  Kata orang Nismilan..'ghobeh'.... buleh sakit kepala kalau terkena 'ghobeh' ni... wallahhuaklam.

Maka lebih banyak terperap je la dalam rumah,  selepas masak untuk anak-anak, masuk bilik semula, selain ngadap blog dan fb, ibuintan juga ngadap komputer untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah.  Maklumat untuk fail KSSR murid terlalu banyak untuk disediakan, syukur hampir beres, hanya tinggal dicetak saja lagi.  Esok cetak di printer di bilik guru, dakwat printer di rumah sudah kekeringan, kekeringan kerana kerja-kerja ini juga, terlalu banyak kertas yang telah digunakan.   Kertas A4 dan dakwat printer kehabisan.  Beli sendiri tu, takde subsidi .... nak belinya tak tahu bila lagi, tapi wajib beli, perlu sangat ...

Penat ngadap komputer, menjengah ke tingkap belakang, baru perasan pokok petola air yang jiran sebelah tanam, yang memanjat pagar , mengeluarkan buah yang banyak, telah membesar.  Capai kamera terus menembak dari celahan jeriji tingkap saja.


Tak puas hati, keluar  ikut pintu belakang...wahhhhh... banyak rupanya buahnya!










Dah masuk ke dalam kawasan pagar rumah rupanya. Dah memenuhi rimbunan pokok daun kari, pandang dari bawah seolah-olah pokok daun kari telah berbuahkan petola air ini.  Nampaknya pokok ini telah menjelajah melangkaui kawasan asalnya, malah berbuah banyak di kawasan ibuintan berbanding di kawasan asal tuan yang menanamnya..  jadi camna ni, kalau nak petik pun wajib minta izin tuannya dulu ..kan.

Yang menanamnya mungkin malu kot nak masuk petik... huiss nak malu apa kan,  sendiri tanam, akar dan batangnya bermula dari tanahnya, cuma sulurnya saja yang menjalar merata-rata hingga masuk melepasi sempadan pagar.. geram nengok buahnya  bergayutan. 

Esok-esok nak rajinkan mulut minta sebiji dua , tapi masak apa ye... tak pernah masak dan tak pernah juga makan petola air ni.  Macam mana rasanya lagi lah tak tau....


22 ulasan:

IMANSHAH berkata...[Reply]

tak penah kot makan petola

Zaitun berkata...[Reply]

Banyaknya buah,boleh mintak berbiji2 ni sebab dah masuk ke dalam kawasan rumah jiran.

Masak tumis air sedap kot.

Citarasa Rinduan berkata...[Reply]

Ibu intan..
cuba lah singgah2 ke rumah jiran.. mana tau.. ada rezeki ibu sklrg.

kat kawasan ayu hujan lebat..

Tanpa Nama berkata...[Reply]

masak tumis air letak daun kunyit, masak lemak cilipadi udang/ikan/ikan kering/.ikan darat atau rencah udg kering, berteman sambal belacan....sedap jgn bertambah tambah nasi dah

Cik Ina Do do Cheng berkata...[Reply]

ibu intan, masak tumis air wat sambal belacan, goreng ikan masin pun sodap. mahu bertambah nasi.

sal berkata...[Reply]

cantik tengok buah petola itu bergayut2..

sejuk mata memandangnya...

masak2 tumis je pun dah sedap pd sal..

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..banyak betul buahnya..memang tak termakan tuannya tu..
sam lah ..kakan pun tak pernah makan petola jenis ni.

kakcik berkata...[Reply]

Tuan dia cuma suka tanam, tapi tak suka makan kot?

Buat masak lemak putih boleh juga tu. :)

nurkass berkata...[Reply]

uihhh..
banyak buah petola tu..
ari tu kass pernah makan..masak lomak cili api dengan ikan kombung..sedappppp..

kaklong berkata...[Reply]

kak,kato org...kalau dah lopeh pagar kawasan kito..makno ea tu kito punyo laaa...hahahah!!!

Amie berkata...[Reply]

assalam ibu intan,
kalau amie kan.... sengih2 je panggil tuan rumah tu,puja-puji dulu katakan petolanya subr & cantik, dah tiba masa utk dipetik.... he heeh pada masa yang sama mintalah sebiji, uiii kalau petola dari pokok teus masak lemak...sedapnya!

aku HIV positif berkata...[Reply]

xleh btanam di kwsn smpadan. kalau nk tanam jge tapi hasil di kwsn kita, kita leh ambil. cuma kita xsangguplah cenggitu kn.

ibu intan masih ok, sy umah kawasan kg, jiran tanam pokok duyan, mempelam & rambutan betul2 tepi pgr. abis pgr rosak, buah & daun ke kawasan kita. sampai kena dinding umah.

nak tegur malas nak gaduh sbb tau peel masing2 cmne. ulat bulu selalu masuk umah. jenuhlah nyapu sampah. kalau ribut kuat, ngeri duk dlm umah sbb takut pokok tumbang. patut belajar smula adab berjiran

p/s- mmg kalau masak tumis air syur fresh ni sdp benar. sy suka lada hitam lebih sikit.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu...

seriyes saya tak pernah makan petola air nie...rasanya mesti cam petola biasa kan...saya rasa masak lemak putih pun dh sedap dah huhuhhhh

LIPISLADY berkata...[Reply]

Sallam Ibuintan,

Masak lemak putih campur tauhu kering dan soon sedap tu.

Lebat buahnya yee, boleh mintak dengan tuan dia.

Kakzakie berkata...[Reply]

Kalau ikut hukum Mu'amalat ibuintan boleh ambil. Sebab dah masuk territory ibuintan. Tapi hukum kejiranan serba-salahlah kan....

Pokok petola ini susah mati ibuintan. Jalan masuk taman kakak ada uncle cina tanam sampai wire telefon tepi jalan pun petola ini bergayutan...

zul permatang badak berkata...[Reply]

Jadi sungguh petola ni......lebih manis kalau meminta,mesti tuan dia bagi, adat berjiran.....orang memmberi kita merasa........

masak air buh ikan bilis.......sedapp...

Abd Razak berkata...[Reply]

Assalamualaikum...

Saya pun tak pernah makan sayur jenis ni, mesti sedap kan!

sayangsayangibu berkata...[Reply]

banyak buah tu bergayutan
kak masak air tu lepas tu jangan lupa tumbuk lada hitam dan tabur
pergghhhh sodap!!!

ibundo berkata...[Reply]

labu air yang dah tua dan kering tu, boleh digunakan untuk menggosok tapak kaki...
cer mintak..

insan marhaen berkata...[Reply]

Buat sup sayur. IM kalau mak buat dulu, makan itu jer...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Kak,

haaaa....buah petola air yang sama saya jumpa tergantung di tengah jalan dulu.

Memang petola air ni bebas menjalar agaknya eh kak ? Sebabnya, tak lama lepas saya jumpa yang di kampung tu, jumpa lagi di kawasan ofis tepi pagar zink. Elok aje tergantungnya..



* saya pun tak pernah masak petola air ni.

S..U..D..@..I..S berkata...[Reply]

haha bestnya berbudi pada tanah...
tuan tanah tak termakan bole kasi jiran tapi jgn biar jiran terliur....kan ibuintan