Followers

Selasa, 31 Mei 2011

Ketagihan Internet.

 Syukur bertemu kembali.   Cuti sekolah begini rasanya ada komputer atau laptop yang 'on' sepanjang masa. Di rumah inilah... rumah orang lain mungkin tidak... anak-anak menggunakannya silih berganti, nampak sangat macam nak membalas dendam sebab bila hari sekolah mereka hanya dibenarkan menggunakannya di masa-masa tertentu sahaja.

Yang anak perempuan sorang tu,  dengan siri Koreanya, yang anak lelaki pula dengan you tube.. lagu-lagu serta video Maharaja Lawak.  Astro kat rumah ni hanya ada pakej asas saja jadi mereka tidak dapat menonton siri Maharaja Lawak yang disiarkan di tv.  Setakat semalam keadaan terkawal lagi nampaknya, bila tidak mengadap komputer mereka terutama Intan mengadap kerja sekolahnya yang banyak yang dibekalkan oleh cikgunya di masa cuti ini.


Pagi tadi semasa berkemas sambil mendengar siaran Radio IKIM sempat juga mendengar Motivasi Pagi tentang cara-cara  mengawal anak-anak dari menjadi ketagih komputer.

1.  Letak pelajaran nombor satu dalam agenda hidup.
     Maksudnya kita mesti menekankan kepentingan mencari dan mendapatkan  ilmu untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup... pelajaran nombor satu.

2.  Mesti ada peraturan masa untuk mengadap komputer.. di waktu-waktu tertentu sahaja.  Pastikan anak-  anak telah belajar dan mengulangkaji pelajaran terlebih dulu.

3.  Kita kena faham dan minat apa yang anak minat.  Ibu bapa perlu belajar memahami minat anak supaya dapat menjadikan anak sebagai rakan baik untuk anak-anak bercerita dan berkongsi pendapat.  Maksudnya kita ada masa dengan anak-anak untuk melayan minat mereka.

4.  Kita kena galakkan anak aktif dalam aktiviti luar atau bepersatuan.  Supaya masa anak sentiasa terisi dengan aktiviti yang berfaedah.  Anak juga ada masa bergaul bersama masyarakat setempat.

Itu antara cadangan pakar motivasi yang sempat saya catat... maaf tidak perasan siapa pakar motivasi tersebut.


Dan di bawah ini pula adalah hasil rayauan yang  dapat di kumpul hasil bantuan tok gugel tentang Ketagihan Internet.

Menurut Kajian Center for Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh diklasifikasikan kepada 5 kategori yang utama iaitu,
  1. Ketagihan mendapatkan maklumat – Merujuk kepada individu yang menggunakan internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan.
  2. Ketagihan menggunakan komputer – Ia merujuk kepada individu yang menggunakankomputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer.
  3. Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam internet – Ia merujuk kepada individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam internet misalnya ruangan perjudian, permainan online dan barangan lelong.
  4. Ketagihan hubungan siber – Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan bilik sembang seperti IRC, ICQ, forum, jaringan sosial seperti friendster, facebook dan kumpulan-kumpulan diskusi privasi.
  5. Ketagihan seksual-siber – Ia merujuk kepada individu yang gemar meneroka ruangan pornografi serta ruangan sembang dewasa yang membincangkan hal-hal seksual secara terbuka.
Sementara yang berikut adalah merupakan simptom atau tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan internet:
  • Sentiasa memikirkan tentang internet, berkhayal tentang apa yang berlaku di dunia siber dan merasa kerugian dan kekecewaan sekiranya tidak menggunakannya.
  • Merasa gelisah atau tidak tentu arah sekiranya tidak menggunakan internet.
  • Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet walaupun setelah menggunakannya berjam-jam lamanya.
  • Mengalami gangguan psikomotor misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan menekan papan kekunci atau tetikus.
Kesan dari ketagihan internet ini ialah mengalami tekanan perasaan serta kemurungan dan suka menyendiri disebabkan jarang bercampur gaul dengan masyarakat dan rakan-rakan. 
* Kredit to Rahsiasiber





50 ulasan:

Cik Ina Do do Cheng berkata...[Reply]

Budak-budak sekarang paling banyak ketagihan internet. Masa zaman kita dulu, bayak aktiviti mengeluarkan peluh. cik ina percaya statement yang paling bawah tu. yes terlalu addict ngan internet boleh menyebabkan kemurungan, terlalu banyak berfikir yang diluar kotak fikiran dan tak bergaul ngan rakan -rakan sebaya.

MulutPayau berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan...
Nasib baik anak2 tak ketagih intrnet..cuma maknya kadang2 yg terover..heheheh
Teruk jugak yer kesan ketagih intrnet ni...boleh mnyebabkan tekanan perasaan...

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..

tak lama lg surau tempat saya akan dipasang wi fi percume sebagai strategi untuk menarik remaja ke sana..bile dah siap nnti sy akan buat entrinya..
harapnya remaja akan ke surau bukan sebab nak bertenet la ye heheheheheh

sayangsayangibu berkata...[Reply]

KALAU DAH MENGADAP TU, MEMANG LEKA
LAGI SATU TAK SEDAR JE MASA BERLALU KAN KAK?

Pn Kartini berkata...[Reply]

Assalamualaikum my dear IbuIntan:)

camne lakk yaa..utk ketagih berblog niii yaaa..heheh
Sekali-sekala ketagihnya..lam cuti2 nii..;)tak pe kann..:)

anie,Nagoya berkata...[Reply]

leka gan tenet.kari kita hangus.ssh gini.yg wat ssh diri sendiri yg ssh sgt nak control kat tenet.huhuhu.....semua motivasitu, kita lakukan.jika perlu je baru kita bg anak2 sentuh komputer.selebihnya aktivity luar yg kita utamakan.

ibu qaleesya berkata...[Reply]

salam sekarang ni semua orang pandai menggunakan internet xkira usia. sebab internet ada segalanya. kita bioleh nak apa yng kita nak melalui internet. sekarang ketagihan menjadi-jadi lak,, sebab main game pun ikut tenet nih..

acara padang dh kurang sekarangkn

Sasa Al-Sharif berkata...[Reply]

pernah ketagihan berchating suatu masa dulu. skg dah jemu jgk

LIPISLADY berkata...[Reply]

Sallam ibuintan,

Kita mak-mak ni ketagih berblog plak hehe...

ibuintan berkata...[Reply]

cik Ina jaman kita dulu memang takdo semua benda ni, komputer pun tak pernah dengar lae

dedulu kita banyak xtvt luar je kan...lasak semuanya tu sebab jarang jumpa budak yg obesiti masa tu

ibuintan berkata...[Reply]

MP,

memang banyak yang tak elok bila anak2 yg sedang membesar ni ketagih dengan benda yg melekakan ini... pelajaran tentunya akan merosot

maknya pun taklah ketagih sangat... sesekali je kan

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Shah,

wah... hebat surau tu tapi elok juga dengan niat yg baik cuma harapnya tidak disalah guna oleh remaja2 tu nanti, kena ada pemantauan juga nanti

ibuintan berkata...[Reply]

Sya,

tu lah jangan leka sampai lupa masak pulak kan... lain pulak jadinya nanti

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

Memang ini zaman mereka..in fact zaman kita..zaman internet..

Saya pun dengar di IKIM...

Budak2 muda bukan dipanggil teenagers...tetapi screenagers...sebab hari2 dok ngadap screen komputer/ipad/iphone/henfon...;P

Yg penting, kena kawal...Teknologi itu perlu..

Kakzakie berkata...[Reply]

Kakak pun dengar juga ibuintan pagi tadi. IKIM memang tiap pagi jam 7:30 ada motivasi begini. Apa ustaz itu kata sekarang ramai teenagers dah jadi screenages sebab mata sentiasa menatap skin monitor, ipad, ipod, h/set, tv, dsb.

Kena sindir pagi-pagi ini. Jadi kenalah cuba ikut nasihat ustaz itu kan...

ibuintan berkata...[Reply]

Tinie,

hehehe.. masa cuti ni je kita nak merasa ketagih lebih sikit, hari kerja tak dapek doh.. sambil2 lalu saja

ibuintan berkata...[Reply]

Anie,

bagus camtu, galakkan mereka banyak sertai xtvt luar.. badan sihat minda cerdas

ibuintan berkata...[Reply]

biqaleesya,

kalau dah main game bertambahlah ketagihnya, leka terus

ibuintan berkata...[Reply]

Sasa,

berchating dengan sapa tu!

nasib baik tak kekal lama habit tu, kawan ibu sampai bercerai berai sebab suami ketagih berchating dengan pompuan lain

ibuintan berkata...[Reply]

LL,

ha'ah tu la... ketagih berblog pulakkan.. tapi rasanya belum menjejaskan kualiti hidup lagi, tengok masa dan keadaan sesuai bila berblog kan

ibuintan berkata...[Reply]

Doc DZ,

betul tu, internet penting banyak kegunaannya.. namun pengawalan itu yg penting

sal berkata...[Reply]

bahaya yee ketagih internet..

harap2 masih terkawal..

ibuintan berkata...[Reply]

kakzakie,

hahaha...memang selalu kena sindir, tapi tak apa bila terasa terkena kepada kita, kita cepat2 cuba mengubahnya,,,demi kebaikan bersama

n@m@n berkata...[Reply]

dulu pernah buat post duk depan kmputer lama² pun boleh bawa maut..

tapi sekarang ni ketagihan siber ni memang bahaya, tak kiralah di peringkat umur mana pun kan?

zul permatang badak berkata...[Reply]

kadang2 membuang masa.....tapi dari segi penulisan kreatif banyak menafaatnya.....
dari segi hubungan....jaringan persahabatan.......berbeza latar belakang tapi ....saling berkunjungan diruang maya...dapat meningkatkan pengetahuan.....berkongsi pendapat...mencetuskan idea2 baru dlm membina.....cita2...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Dulu ibunya yang ketagihan terpaksa dikurangkan. badan selalu tak sihat bila selalu berjaga malam. Bila tak berjaga tak dapat menjengok kawan-kawan macam dulu... huhuhu..

Seminggu sekali aje saya bagi Along berPC. Minggu exam memang tak bagi. Nama aje cuti sekolah kak, kesian diorang ...di taska jugak.

nurkass berkata...[Reply]

aha..
tulah cara yg kakak kass buat pada anak2 dia..alhamdulillah berkesan..hari tertentu jek boleh berinternet dan ada set masa..

Myfrin's story berkata...[Reply]

Salam, ibuintan. Musim cuti sekolah ni, kak memang tersaing dengan anak2. Malah diorang pakat gilir2 lagi. Kak dapat giliran bila diorang dah penat ngadap monitor, hihi.... Emak dapat giliran disaat2 nak rehatkan komputer, nasib badan....:D

Amy Syaquena berkata...[Reply]

Ibu intan amy pun ketagih internet dok mengadap laptop je tapi skg ni busy sangat nak sentuh laptop pun x sempat..

Acik Erna berkata...[Reply]

Assalam ibuintan..anak2 akak pun tak setiap hari..kalau hari sekolah..kecuali ada yang nak dicari.
kalau sabtu ahad pun..tengok kerja sekolah dulu..kalau banyak..minggu tu tak tengok langsung la dia..

kakpah berkata...[Reply]

ibu intan tak berebut2 dengan anak2 pulak ke kehkeh..

Citarasa Rinduan berkata...[Reply]

bagus ibuintan ketengahkan entry ini..
bukan aoa, budak2 mmg begitu..
uk kita yang dah matang, molek ambil yang baik utk mereka..
thanks ibu intan

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...[Reply]

anak2 zaman skrg..anak2 IT...mcm anak lily..klu lily dh duk depan komputer..dia pun duk sibuk gak nk join sama...klu x d bg nangislah plak..adoyaii..mcm2.. ;)

ckLah berkata...[Reply]

Samalah ibuintan...anak2 cklah pun lebih kurang itu juga, walaupun peperiksaan di hadapan. Naik bertanduk juga ibunya kadang-kadang
:D

azlina berkata...[Reply]

yea lah kak internet dh mcm satu keperluan...
sekarang pula takrif letik dh naik ni kena le jimat cermat..

S..U..D..@..I..S berkata...[Reply]

ketagih internet bagaikan ada tarikan magnet pada yang biasa menggunakannya terutama anak2 remaja yg pandai explore bermacam2 software..
yg famos la ni laman facebook...

ibuintan berkata...[Reply]

Sal,

memang bahaya... menjejaskan kesihatan juga

kita yang perlu mengawalnya

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu n@m@n,

memang betul cikgu... kena waspada juga, memudaratkan kesihatan.. obesiti pun meningkat

ibuintan berkata...[Reply]

Zul,

kalau ketagh mendapatkan ilmu dan membuat hubungan yg baik masih elok rasanya, namun ditakuti ketagih kepada perkara yg memudaratkan diri dan minda yg ditakuti

tiada hubungan langsung dengan masyarakat setempat sebab tidak keluar rumah

ibuintan berkata...[Reply]

iye la Reen,

dah emak abahnya kerja kenalah mereka ke taska juga kan... takpe juga sebab di sana ramai kawan,mereka boleh bermain

tak ke mana2 ke bawa mereka bercuti?

ibuintan berkata...[Reply]

Kaa,

memang elok camtu, kena pantau dan ada disiplin, kalau ikut kehendak hati mereka suka sangat mengadap komputer hari2

ibuintan berkata...[Reply]

Myfrin's,

hahaha... takpe bergilir2 camtu, tapi sianlah kat emaknya kan... dapat dah hujung waktu, mata dah mengantuk dan badan pun dah letih

ibuintan berkata...[Reply]

Amy,

ngadap sebab kerja dan keperluan...kan

sah sibuk tu Amy... memang kekadang ada masa sibuknya yg tak terhingga..

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Kakerna,

elok camtu, utamakan pelajaran dulu ..ada masa lapang baru mengadap komputer... baiknya anak2 akak

ibuintan berkata...[Reply]

tak pulak kakpah...

satu laptop anak2 bergilir2 guna , maknya pulak guna komputer di bilik sendiri... mereka tak berani kacau.... hahaha

ibuintan berkata...[Reply]

Ayu,

takut anak2 terbabas dan menjalani xtvt seharian yang tidak seimbang... hanya duduk terperuk di rumah tanpa mengeluarkan peluh dan tak bergaul dengan orang lain

bahaya untuk jangkamasa panjang

ibuintan berkata...[Reply]

anak Lily kecil lagi ke?

semangat ingin tahu dan belajarlah tu, berebut dengan anak pulaklah ni ye..

ibuintan berkata...[Reply]

betullah ckLah,
mereka ada kegemaran masing2 dan itulah yg mereka hadap bila ada peluang

yang penting kita pantaulah juga... kan

ibuintan berkata...[Reply]

Ina,


dah menjadi antara keperluan utama

tu la kenalah berjimat cermat lepas ni, bil meningkat nanti

ibuintan berkata...[Reply]

s.U,

memang setiap anak dah ada akaun fb, dan main game antara kegemaran mereka difb tu