Petang semalam saya dan seorang rakan ke hospital Tunku Najihah, melawat seorang rakan guru yang sedang melawan penyakitt kanser tahap empatnya. Sodikin seorang guru muda yang masih bujang, telah disahkan mendapat kanser hidung sejak setahun lalu. Sering berulang alik ke hospital menjalani rawatan. Juga telah mendapatkan rawatan kimo di HUKM beberapa kali.
Semasa berbual dengan ibunya dihospital semalam, ibunya memberitahu Sodikin tiba-tiba telah pengsan di rumah mereka pada malam kelmarin. Sehingga kedatangan kami petang semalam, Sodikin masih lagi belum sedarkan diri. Telah cuba beberapa kali memanggil namanya namun tiada respon daripadanya. Terasa sebak sangat melihat keadaannya. Semoga Allah akan mempermudahkan perjalanannya sekiranya umurnya tidak panjang lagi. Terlalu sayu melihat keadaannya yang terlantar begitu. Namun doa semoga dia diberi kesembuhan tetap dipanjatkan.
Sayu juga melihat kesayuan di wajah ibu dan ahli keluarganya yang lain. Sebagai anak sulung tentunya dia menjadi harapan kedua ibu bapanya dan adik-adiknya juga yang ramai yang masih bersekolah. Telah beberapa kali juga diadakan majlis bacaan Yassin untuknya di sekolah, mendoakan kesembuhan untuknya.
Semoga dia tabah menghadapi ujian yang berat ini. Hanya mampu memanjatkan doa demi kesembuhan dan kesejahteraannya
26 ulasan:
Ya-Allah ibuintan malam tadi kakak pun mengadakan bacaan Yaasin kerna adik kawan kakak cancer juga. Pun masih muda. Belum punya anak lagi. Kesian, sedih....
Moga sodikin pun dipermudahkan samada untuk terus hidup atau bertemu dgn Allah....
salam puan
rasa dedih juga, tambah2 kalau sahabat baik kita..semoga allah selamatkan beliau
penyakit sekarang tak kiro usio...
maso kaklong anta suami kek hospital hari tu...doktor ado posan...penyakit sekarang nak datang tak kiro maso dan usio...yg ponting jago pemakanan....
ontah la kak,kdng2 itu semua ujian dari-NYA...
Ya Allah...sesungguhnya segala apa yg berlaku hanya dariMu jua.....andai ini ketentuanMu...kau permudahkanlah segalanya....berilah ketabahan di hati2 & ketenangannya....
Amin....
Saya doakan dia cepat sembuh.
TApi kalau dah sampai masa dia utk pergi, semoga perjalanannya dipermudahkan.
Sepupu saya yg masuk hospital hari tu pun disahkan mengidap kanser. Kami ke rumahnya 2 malam lepas.
ibuintan...
kunungan balas dr sy...maaf...ambil masa lama dtg ke sini....
dugaan yg hebat ni harapnya dapat lah dihadapi dgn tabah dan hati yg cekal...
semoga sodikin dan keluarga tabah menempuh dugaan darinya..
ibuintan..sakit memang tidak mengira usia..
semoga keluarganya tabah.
Semoga sodikin sembuh seperti sediakala...Pakcik saya pun baru buat bypass kat ijn...
semoga sodikin tabah..
sepupu ayu berusia 36 tahun, wanita.. jua kanser tahap ke 4. alhamdullilah..
kimo beberapa kali dan buat rawatan dikampung. ada hasilnya..
skrang dah senakin sihat dan badannya dah berisi
moga cikgu dan ibunnya tabah menghadapi dugaan..
moga cepat sembuh..ameen
Ya Allah masih muda lagi.moga kawan ibuintan kuatkan semangatnya.kita cuma mampu mendoakan yg terbaik utk beliau
ibuintan...moga dia tabah dgn dugaan ini...ibu apa khabar?
kakzakie,
kawan saya ni masih bujang... baru dua tahun mengajar, muda lagi
berat ujian buatnya dan keluarga
Iman,
mudah-mudahn begitulah ..Allah menyelamatkannya
Tinie,
selama ini Sodikin memang kelihatan tabah melawan penyakitnya... namun ujian berat buatnya kan
kaklong, boto tu penyakit sekarang datang tak tengok usia lagi dah..
muda2 pun dah dapek penyakit berat, ujian buat dirinya dan keluarga
memang benar pemakanan banyak mempengaruhi kesihatan sekarang ni
YB,
takut memikirkannya kan... mudah sangat mendapat penyakit berbahaya sekarang ni.. namun mesti redha juga dengan ujianNya ni
Azian,
terima kasih sudi datang..
begitulah yg kita harapkan moga dia tabah menghadapi penyakitnya sekarang
Kass,
terima kasih... begitulah yg kita harapkan
Acik Erna,
memang betul tapi beliau masih muda lagi, sudah beberapa kali mendapat rawatan kimo kelihatannya makin lemah
cik Shinju,
begitulah harapnya.. moga pakcik mu juga cepat sembuh
Ayu,
moga sepupu Ayu sihat sepenuhnya semula, sodikin juga sudah berubat cara kampong namun belum bertemu yg sesuai agaknya
Terima kasih Sal...
begitulah yg kita harapkan sebagai seorang kawan, melihat dia sihat semula
Anie..betul tu, moga dia kuat semangat melawan penyakitnya
Dinda Amy,
alhamdulillah sihat, terima kasih.. harap aamy juga sihat di sana
Catat Ulasan