Hari pertama bekerja semula, terasa kepenatan yang amat sangat. Mungkin kepenatan lantaran aktiviti sejak hari Jumaat hingga Ahad yang tiada ruang rehat selain tidur malam. Tidur malam juga pendek, kurang lima jam, bila badan terlalu letih ada masa sukar juga melelapkan mata.
Ahad seharian pula dalam perjalanan .. menghantar anak balik asrama. pukul sembilan malam baru jejak rumah semula. Ohh..penatnya.
Kalaulah dapat tidur lena selena bayi ini, tanpa memikirkan sebarang masalah ...ohhhhhhhh alangkah nikmatnya
Mari kita hayati petua Rasulullah s.a.w mengatasi kepenatan.
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
Semoga hari-hari yang ceria akan sentiasa mengiringi kita dalam melalui kehidupan seharian.
37 ulasan:
petua yg mudah tapi jarang diamalkan...terima kasih kak...boleh cuba jugak ni. skrg asik rasa x puas aje tdo...
terimaksih ibuintan untuk petua ni, sgt2 beguna
salam ibu,
alhamdulillah...petua RASULULLAH ni sy dah lama amalkan...
nampak mujarabnya...
Sekom ibuintan.
Love you.akan kita amalkan.tak mahu tiap2 berkerut dahi thn kepenatan.insyAllah..moga ia berhasil.
sama2 kita amalkan petua Rasullullah SAW..
semoga kita diberi kekuatan dan kejayaan
ado pun petuo yg tak payah guno duit kak kan?..laie jimat!
pado poie SPA urut2 badan tu..membuang duit namo ea tu....
beristigfar laie afdal...!!!
ikut an kaklong laie ponek...jadi surirumah seponoh maso..laie tak abih2 kojo kek umah ni...salah satu berbloging...heheheh!!!
Assalamualaikum,
Sebelum saya tutup blog dulu (nak tido jap), lupa plak saya nak baca.....paaatutlah x lena tido.
ada baca artikel ni dulu dan buat juga petua ni..tapi kdg2 tu lupa..haihhhh
Sebab itulah Sidatina walau ketika mengelap lantai yg basaih bibirnya sentiasa berkata: -
Subhanallah-walhamdulillah-Walaila haillallah.... (sekarang versi ini banyak dijadikan nasyid) mudah sambil berlagu zikir makin seronok:)
terima ksih...
IE pun la ni asik penat jer
assalamualaikum ibu...
trime kasih atas penerangan ini...selalu tasbih 33x kali ini dilakukan waktu wirid pas solat kan...boleh juga diamalkan untuk hilangkan kepenatan
sesuatu yg aku belajar tentang tasbih dan zikir ini adalah ia mampu melatih kesabaran dan ketenangan.
solat pula melatih kerajinan
alhamdulillah,
terima kasih kak,
meh sama2 kita amalkan ya.
^____^
teringin gak nak tido lena mcm bayi..aha :)
kalo x cukup tido mmg the next day nye mmg lotih2 badan di buatnye...
Ibuintan..terima kasih..
tenaga akak ni seiring usia..dah tak macam dulu lagi..insyaallah akan dicuba..sellaunya cuma buat lepas solat aje..
rani..insyaallah sama2 kita amalkan selalu setiap malam sebelum tidor
Terima kasih, SMTI :)
zul...sama2 berkongsi info
tahniah WR..dah jadi amalan, ibu je ingat2 lupa, insyaallah nak jadikan amalan juga
Anie..salam,
jom kita sama amalkan, moga mendapat manfaatnya untuk kesejahteraan bersama
S.U,
insyaallah, amalan Rasulullah s.a.w yg terbaik dan elok menjadi amalan seharian kita
kaklong,
ponek buek kojo buleh yo blogging...ilang ponek kojap kan
bondo yg sonang ni kito slalu lupo nak jadi an amalan, tu yg tak dapek manfaat ea tu
mualaikumsalam Cikgu AH,
hahaha..melampau la tu, baca jgan tak baco, bia tido lena dan hilang penatnya tu
Kass,
tu la, akak pun terkadang lupa juga, kekadang tak sempat lak baca dah lelap
kakzakie,
betul tu, bila dilagukan lagi senang hafal dan sambil buat kerja sambil menyanyikannya... bekerja sambil berzikir tak sedar kerja selesai , pahala pun dapat
IE,
mari kita jadikan amalan, sambil bekerja sambil melagukan zikir ni... tak semestinya nak tidur saja baru kita baca
mualaikumslam Shah,
memang selalunya selepas setiap solat, namun ia juga menjadi petua Rasulullah setiap kali sebelum tidur untuk mengembalikan semula tenaga kita yg telah hilang... senang dan mudah juga untuk kita amalkan
sasa,
betul sangat tu
dah hilang penat dan letih lom? sesekali je muncul!
Mis Mutiara,
alangkah indahnya kalau kita dapat lena macam bayi tu kan... tentu sihat dan segar setiap hari
papa Mifz,
betul tu... badan rasa letih dan lesu, malas juga
kakErna,
makin berusia makin kurang tenaga kita, badan ppun dah tak secergas dulu... betul kak, sama2 kita berusaha menjadikannya amalan
Mazidul,
tkasih atas kunjungan
ibu....
thanks atas entry yang berfaedah nie
ayu tak pernah baca lagi....
terima kasih ya....
Alhamdulillah terima kasih ibu intan..
p/s: amy sihat kak , akak pulak sihat ke? maaf la amy jarang ke mari agak sibuk sejak kebelakangan nie...
assalamualaikum ibu...
salam ziarah ibu di pagi rabu..semoga ibu dan keluarga sihat walafiat :-)
selalu e zikir kito kalau ponek ni, adui lah hai..ponek e.
Kono banyak kali zikir macam tu memang ponek botul.. kan?
hehe..
ALhamdulillah, ikutan terbaik ni
Catat Ulasan