Dua hari blog tidak berjenguk. Nak kata sibuk pun tidak juga. Mohon maaf kepada semua rakan yang meninggalkan komen dan semua komen masih belum dapat dibalas. Lawatan ke blog rakan-rakan juga tidak dapat dilakukan dengan lancar. Sejak semalam ada beberapa urusan yang perlu dilakukan.
Dan sejak petang tadi pula sibuk di rumah jiran untuk majlis perkahwinan anak mereka. Dua kenduri kahwin iaitu Sabtu dan Ahad, dan keduanya adalah jiran terdekat. Dua-duanya juga tidak menggunakan khidmat katering, tuan rumah mengharapkan jiran terdekat datang bergotong royong untuk menyediakan dan memasak makanan.
Petang tadi telah bermulanya aktiviti 'berpangkal' @ rewang untuk majlis kahwin yang berlangsung esok dan petang esok pula untuk rumah yang majlis kahwinnya berlangsung pada hari Ahad.
Sehingga malam esok, berulang alik ke rumah jiran sajalah nampaknya. Banyak kerja yang perlu dibantu dan dibuat bersama. Namun hari Ahad tidak dapat turut serta kerana menghantar Intan balik ke asramanya.
15 ulasan:
alhamdulillah ..berpeluang untuk turut serta bergotong royong membuat persiapan kenduri kahwin...rewang..
wlupun penat, amal jariah dengan menggunakan tenaga kita membantu mana yg termampu....teruskan usaha murni itu..
Untung juga AKAK, dapat sertai gotong-royong yang semakin kurang sekarang. Penat memang penat, tp seronok. Hari ini hari dia.. esok lusa giliran kita pula.
Jangan sampai bila cucuk pinggang, melatah sampai lelah. hehehehe
Aku Teringin Nak Join Rewang...
Sal... betul tu, amalan ni masih kuat diamalkan dikampung ni
seronok bila berkumpul ramai2... letihnya terasa hanya bila dah balik ke rumah
Azie... hahaha tak de yang melatah pon, semua riang ria sambil bergosip... macam2 cerita yang klua
tulah saling tolong menolong, ... hari ni memberi tenaga harap esok2 masa kita dapat pulak balasannya
tu lsh guno orang pangka....
tu la kelobihan duk kampung ni kan...?
saling bantu membantu...
Seronok kalau dapat sama-sama gotong-royong. Saling bantu-membantu antara sama lain. Susah-senang sama-sama. Seronoknya dapat kurangkan kos juga....
Kita pun sama....sabtu ni...ya ..hari ni..ada 3 kenduri....mungkin jamah segenggam nasi je....ambil hati tuan rumah.....rumah yg pertama....beringat-ingat makan...
malam tadi pun...tolong lapah daging.....balik jam 11.00...mood untuk....berblog hilang...letih...
begitu|ah hidup berjiran,
sa|ing bantu membnatu,,
eratkan siaturrahim --dpt satu paha|a
bantu 0rg |ain merewang--dpt paha|a juga,,
ibu blog tolak tepi dulu, yang dulu kena dulukan. cuti sekolah memang
banyak keja kahwin.btul tu jiran sepakat membawa berkat.
Assalamualaikum IbuIntan:)
bila ramai2 datang membantu pastinya segala kerja menjadi mudah kan..yang ptg..mengeratkan lagi hubungan kejiranan...:):)
assalam ibuintan..hidup berjirankan....macam tu la tolong menolong..
Seronok kalau kenduri bergotong royong.Jiran kak Zai pun ada buat kenduri kahwin esok.
Sallam Ibuintan,
baguslah dapat bergotong royong,
dapat bermesra dengan jiran,
dapat juga bantu tuan rumah,
sekarang ni budaya gotong royong ni dah semakin kurang,
salam kenal...
mesti haruk ngan aksi jiran tetangga..tambah2 kalau ada yg suka melatah..:)
Catat Ulasan