"Gundik abang mana?
Malam malam je cari gundik. Selagi tak jumpa gundik selagi tu melilau mencarinya. Tertinjau-tinjau atas katil, tertijau-tinjau bawah katil. Selalunya tu saja tempat gundik tu. Kalau tak atas katil, mesti bawah katil. Kalau tak jumpa juga, kirai semua bantal dan selimut, selalunya mesti ada nyorok kat situ
Cuma kekadang saja gundik tu berjalan ke depan. Kalau ke depan mestilah atas sofa. Lepak atas sofa sambil nonton tv...ditemani si gundik, hati berbunga riang.
Jumpa saja si gundik..........
Apalagi buka bajulah. Mulalah aktiviti. Tarik turun, atas bawah.... kat belakang tentunya port yang paling feberetnya. Tak lama pun , dapat sepuluh minit pun jadilah... Ohhh ! Lega. Terkebil-kebil matanya..
Nasib baik 'gundik' yang ini menjadi 'pojaan' hatinya... selamat. Saya pun kekadang bila dah terlampau kegatalan kat belakang, tangan pulak tak sampai... gunakan juga khidmat gundik ce abang ni... huih memang khusyuk gak lah...
Pernah cuba tak?
16 ulasan:
amboi terkojut den, ingat gundik mana lah..terbaik le
hehehe..
ayu ada satu.. mmg utk en zalie.
hahahahhah..
gelak2 jahat dgn komen cikgu iman
Ingat gundik mana tadi?
Kat rumah ni emak saya yg selalu guna gundik ni. Saya guna emak Adam utk tolong garukan belakang kalau tak sampai hehehe
osah la akak ni...ingat an gundik mano la tadi..kehekehekeh!!
ooo..gundik ko namo ea kak?
baru kaklong tahu...!!
ibuintan..gundik ke nama dia..alahai..
akak memang ada tu..tapi yang betul rupa jari plastik tu..
hehe..ingat gundik ape tadi..
dulu ada gak beli pastu mak buat halau ayam..adehhh..
Ya Allah ibuintan buat kakak suspen. Oh... kayu penggaru ini dipanggil gundik juga ye. Kakak tak tahu. Bapak kakak guna ini masa tu beli di Bandar Hilir, Melaka.
Gundik ni terbaek ibu intan.Rasanya dunia gelap gelita tanpanya. kat rumah cik ina seisi keluarga mengunakannya. sampai naik berdanau.kalau gundik patah, dinding jadi masa, tak pun sikat.
ingat gundik apa tadi.
assalamualaikum ibu..
sy panggil nie garfu monster hehehehe..bole ke panggil cenggitu......
SALAM,
ADA DUA KAT RUMAH LF ! MASING2 DGN MILIK MASING2 ! ADA KETIKANYA KEDUA2 GATAL SERENTAK ! AMBIK BENDA TU. TAK LAMA, SPTMANA KATA IBUINTAN, SELEPAS 5-10 MINIT, RASA SELESA !
keh keh keh..saya dari sehari ke sehari nak beli gundik ni...tak lah beli beli..so kalau gatal belakang badan, sikat aja lah jadi mangsa! ekeke
heee.. bahaya betul tajuk tu...
hai...terkejut tajuk tu ..ingatkan apa. gundik tu ka.....hush22
hai 18sx nampak...sy pun suka 'gundik' tu...layan...
pergghhh
memang asyik garu2 guna gundik tu kak
rasa boleh tanggal kulit (,")
dulu kakngah ada. lepas tu anak2 buat main jadi pedang. hilang. tah mana pergi dah si gundik tu..
kalau kt rmh kampung, cari tiang seri... buat gesel belakang yang gatal.. hihihi!!!
Catat Ulasan