Memang betul seperti komen IM dalam entri semalam, abahintan memang pun tak perasan. Entri ucapan hari lahir itu ibuintan tulis malam menjelang tarikh 2hb Mac, masa itu abahintan sudah dibuai mimpi. Pagi semalam seperti selalunya, semasa bersalaman dan berlaga pipi (
Itulah abahintan, tentunya antara lelaki yang tidak berapa perasan antara tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka dan orang terdekatnya, kalau tarikh lahir sendiri dia
Bukan saja tarikh lahir, malah tarikh lain pun dia tak ambil kisah. Cubalah tanya bila tarikh kami berkahwin, jawapannya hanya senyum sumbing. Pernah terjadi semasa mengisi satu borang permohonan, dia mencatat tarikh lahir Azim sebagai tarikh kami berkahwin. Padahal kami sudah berkahwin lima tahun sebelum Azim lahir.
'Banyak benda lain abang nak ingat' jawapan skemanya setiap kali bila ditegur.
Tak tahulah betul-betul tak ingat atau sebab tak mahu ambil peduli. Anak remaja lelaki dua orang ni pun begitu juga, Along ucap selamat pada abahnya sewaktu abahnya balik kerja petang semalam, si Azim pula selepas makan malam bertanya,' ibu harini besday abah kan?, dah hujung 2hb baru teringat. Berbanding dengan si remaja perempuan sorang tu, Intan tengahari tadi sebaik habis waktu persekolahannya terus menelefon memberi ucapan selamat buat abahnya.
Rasanya lelaki menganggap tarikh2 ini sebagai benda remeh, tidak bermakna dan hanya sekadar nombor. Tidak perlu diberi perhatian. Memang pun tidak pernah membuat majlis khas bila tiba tarikh sebegini namun rasanya sebagai tanda ingatan, sebagai tanda kasih sayang dan sebagai tanda kita amat menghargai kehadirannya, tak salah kita menunjukkannya dengan memberi ucapan dan doa yang mulus secara nyata . Bukan bermakna di hari-hari biasa tiada doa yang mulus untuk mereka malah doa kepada insan-insan yang tersayang ini sentiasa berterusan.
'Along ingatlah, semua tarikh tu Along ingat' itu jawapan Along pula setiap kali diuji oleh adiknya, Intan.
Berbeza Intan yang hafal semua tarikh penting yang melibatkan ahli keluarganya dan dia juga biasanya menjadi perancang ... memilih dan menetapkan tempat makan dan menunya. Kami hanya meraikannya dengan makan bersama di luar. Intan merancang, kami bersetuju dan abahnya bayar... walaupun itu majlisnya...ketua tetap ketua, belanja tetap belanja, tak boleh engkar.. kali ini lambat sikit tunggu Intan balik bercuti minggu depan.
//abahintan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengunjung blog ini yang sudi menitipkan ucapan, harapan serta doa kesejahteraan buatnya sempena hari lahirnya semalam.
44 ulasan:
Anak2 lelaki kakcik pun hanya ingat tarikh lahir diaorang je... :)
assalamualaikum ibu..
harus diakui memang ini kenyataan..saya pun tak brp ingat akan tarikh2 tertentu...
walau apepun, kiter terime semua kelemahan dan kelebihan dan pasti rumahtangga kan aman..betul tak???
memang betul tu kakcik, kalau hari lahir diorang seminggu lagi mereka dah ingatkan kita... nak minta apa2 lah tu
mualaikumsalam Shah,
tarikh tu sekadar tarikh, janganlah kerana hal tarikh kita menjadikan ianya masalah kepada pasangan kita..
ibu setuju sangat terima kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya.. insyaallah.. kita bahagia
sesungguhnya sy pun tak ingat tarikh lahir org2 pntg dlm hidup sy
heehhehe
bkn sbb fikir byk benda, tp entahlah, cuba nak ingat, tp tetap lupa
Bab2 tarikh yang dah lepas ni memang gitu....malas nak ingat......kalau dingat/dikenang banyak sesalan datang...cita2 tak kesampaian...
banyak lah......jadi saya kalau boleh nak terus pandang depan......
tentang tarikh tu....biarlah cik puan kat umah.....tuliskan....
lelaki memang jarang nak ingat benda2 macam nie.. tarikh lahir pun susah nak ingat inikan pulak tarikh2 lain tertentu.
p/s: jemput join contest sinar raudah
http://sinarraudah.blogspot.com/2011/03/contest-resepi-pilihan-sinar-raudah.html
biasa la tu ibu...
ayah sy pun mcm tu...
mak sy je ingat tarikh hari lahir anak2nya...
tu sikit je, mak sy ni ha 8 org anaknye...
WBH,
cuba ingat tetap lupa takpe juga, ada juga cuba mengingat.. memori makin kurang tu, biasalah..
zul,
sebab cik puan ada ingatkan tu sebab biarlah.. takpelah isteri aku mesti ingat, itu biasanya kan..
sesekali elok juga ingatkan tarikh penting cik puan tu... leh buat surprise
Amy,
hubby pun lupe juga ke? sian kan... janji jangan lupa besday Amy la
insyaallah.. sedang cari resepi yg sesuai
WR,
hebatnya emak WR, kaya anak...syukur
ibu biasanya sentiasa ingat tarikh lahir setiap anak, sebab ibu itu yang merasai sakit dan nikmatnya hari istimewa itu..
assalamualaikum ibuintan
memang sudah lumrah sifat lelaki macam tu.
en hubby juga walau otaknya sarat dengan hal penting, tetap di setkn dalam hp supaya saya tidak berkecil hati.
tapi yang pasti, tarikh lahir sendiri memang di tak ingat.
ckLah pun selalu lupa tarikh...
Hehe
bersalam dan berlaga pipi....apo nak malu an kak..bukan ngn org lain dgn suami sdri...hahahah!!!(org yg bkn sumiisteri lobih pado tu...huhuhu!!!)
tapi...memang botol la kak,org lelaki bab2 tarikh2 ni kurang amik perhatian sikit...bukan tarikh lahir ea yo...tarikh perkahwinan pun klu kito tak ingat an...dio laie la buek tak tau...huhuhu!!!
hurm, saya pun sama...memang kena tulis besau2
Assalamualaikum Ibuintan
saya mengaku, memang fail dlm bab ini
Wassalam
maxis x lupa tarikh hari lahir saya..
suami makcik pun cam tu, tapi tak kisahlah, banyak benda lain yang dia nak ingat.redha je.
itulah bijaknya penciptaan allah. suami ingat perkara besar-besar. isteri ingatkan perkara kecil-kecil.
Lain pulak suami saya kak. Dia ingat dan buat seprais tengah2 malam.
OK lah tu kak.Suami kita.(maksud saya suami akak dan saya)..hehehe..
Saya pun cium-cium laga-laga pipi tak kira ada orang ke tak .
geramlah ibuintan bila lelaki suka buat2 terlupa walhal mmg pun depa lupa...
mualaikumsalam Azween,
terpaksa setkan dalam hp, boleh juga tu... janji dia tak terlepas besday azween ye...
kekadang kecil hati jugak kan bila dia tak ambil peduli tu
takpe la besday suami, isteri pulak yang ingatkan
cklah... memori makin kureng tu
takpe ckzahan tolong ingatkan
kaklong.,
malu lah pulak, kok di kato ngengado..
hahaha takpo ce abang lupo, kaklong ingat an, buek surprise..
kokadang sodih yo kan, tarikh nikah pun lupo... tak ghaso lah adiah kok dah lupo tu
Iman,
lupa sendiri punya takpe... belum ada orang marah
bila nak pilih tarikh nikah lak ni?
Mualaikumsalam Atuk,
hahaha atuk memanglah, dah tua, komfom fail..
gurau ye tuk, jangan marah
Cikgu Humairi,
memanglah sebab kita bayar dia, kalau dia lupa sah dia kena ceraikan.. tukar talian lain lak
Cik Ina,
memang perlu redha, takkan sebab lupo tarikh, kita istihar perang lak... menangis tak berlagu nanti
IM,
setju sangat, kalau suami nak ingat semua perkara besar dan kecil...
hahaha copek sakit jantung..
tapi IM eloklah ingat selalu besday ibu-suri, buat surprise benda yang dia suka, mesti dia ceria dan gembira
Reen,
jangan tekojutlak bila hubby reen buat serprise tengah2 malam tu..
itu untuk menambah kemesraan dan minta izin sebelum keluar bekerja, kat tempat awam stakat pegang2 tangan yo..
ayu,
knapa en Zalie selalu ke buat2 lupa...memang lupa tapi taknak mengaku ye, hahaha memang patut ayu geram
nak kena en zalie ni, denda dia Ayu.. eskrim koneto satu
Salam, ibuintan. Ada kebenaran kata2 ibuintan tu. Contohnya, kanda (suami) kak, bila time nak bayar zakat fitrah saja, mesti kak yang kena tulis nama penuh anak2, siap dgn tarikh lahir sekali. Alasannya, "Nanti sy silap.." hihi.....
Kakak percaya N3 ini ada kebenaran pada kebanyakan lelaki (bukan semua). Leka pada tanggung-jawab lain yg padanya lebih penting agaknya....
suami saye kalau tarikh penting ingat...terutama kalau besday anak2..
kadang2 ade jugak terlupa...maafkan jer la..
mungkin mcm2 benda nak difikirkan...maklumla ketua keluarga bukan senang nak memerintahkan...semuanye kene adil...
Myfrin's,
hehehe.. yang tu juga banyak kes berlaku, lupa nama anak semasa bayar zakat fitrah... tulis nama camtu memang ramai yang buat takut pulak ada yang tertinggal kan..
saba je la.. ketua keluarga memang banyak tggungjawab, semua nak di pikirkan
kakzakie,
leka dengan tanggungjawab betul juga, tetapi ada juga yg menganggap itu semua kerja remeh temeh..
ainoraini,
tahniah kepada suami puan, masih berupaya mengingat tarikh lahir anak2..
kita sebagai isteri memang tak patut marah sebab benda tu cuma sesekali terkecil hati je ...kan
mungkin ada kebenarannya ibuintan
tapi yang loving habis pun ada juga, beli hadiah awal2 sebelum tiba masanya...
kita leh kawan gan ayahintan.sbb penah lupa tarikh lahir sendiri.lepas mak wish n hb kat kita....loooo...ari ni, ari lahir ku?
Harus juga bersetuju, rata-rata kaum lelaki tak begitu prihatin bab tarikh penting, kerana ada benda lain yang mereka sering fikirkan.
Jadi tugas kita lah pulak nak ingatkan segala tarikh. Saya semua IC anak saya boleh ingat, termasuk no MyKad suami saya. Tapi dia? jangan harap lah.. hehehehe
Berapa Banyak “ter” daaaa...
s.u.d @i.s,
tu zaman bercinta, kalau boleh setiap bulan nak celebrate
ada juga yg prihatin sangat camtu, memang selalu buat kejutan untuk isteri mereka... tapi kurang banyak lah
anie,
nasib baik suami wish ye tak, kalau tak ...laa dah seminggu berlalu tarikhnya
azie,
hehehe memang jangan harap.. sebab isterinya dah boleh diharap
Catat Ulasan