Followers

Khamis, 3 Mac 2011

Lelaki memang kurang prihatin tentang tarikh.

Semalam hari lahir abahintan.

Memang betul seperti komen IM dalam entri semalam, abahintan memang pun tak perasan. Entri ucapan hari lahir itu ibuintan tulis malam  menjelang tarikh 2hb Mac, masa itu abahintan sudah dibuai mimpi. Pagi semalam seperti selalunya, semasa bersalaman dan berlaga pipi (tak malu sungguhkanr) ibuintan terus wish sekali doa dan ucapan yang mengharapkan semua yang terbaik untuknya... sperti tahun sebelumnya ia terpinga-pinga malu sebelum teringat tarikh emaknya mengeluarkanya dari alam rahim ke alam fana ini.

Itulah abahintan, tentunya antara lelaki yang tidak berapa perasan antara tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka dan orang terdekatnya,  kalau tarikh lahir sendiri dia tak perasan tak endah, tarikh lahir anak-anak pun lagilah dia fail, tentunya termasuklah juga tarikh lahir isterinya ini. Tapi isterinya ini bernasib baik juga sebab lahir di awal tahun,selalulah juga abahintan ingat. Bila dia ingat ada harapanlah dapat hadiah

Bukan saja tarikh lahir, malah tarikh lain pun dia tak ambil kisah.  Cubalah tanya bila tarikh kami berkahwin, jawapannya hanya senyum sumbing.  Pernah terjadi semasa mengisi  satu borang permohonan, dia mencatat tarikh lahir Azim sebagai tarikh kami berkahwin.  Padahal kami sudah berkahwin lima tahun sebelum Azim lahir. 

'Banyak benda lain abang nak ingat' jawapan skemanya setiap kali bila ditegur.

Tak tahulah betul-betul tak ingat atau sebab tak mahu ambil peduli.  Anak remaja lelaki dua orang ni pun begitu juga, Along ucap selamat pada abahnya sewaktu abahnya balik kerja petang semalam, si Azim pula selepas makan malam bertanya,' ibu harini besday abah kan?, dah hujung 2hb baru teringat.  Berbanding dengan si remaja perempuan sorang tu, Intan tengahari tadi sebaik habis waktu persekolahannya terus menelefon memberi ucapan selamat buat abahnya.

Rasanya lelaki menganggap tarikh2 ini sebagai benda remeh, tidak bermakna dan hanya sekadar nombor. Tidak perlu diberi perhatian.  Memang pun  tidak pernah membuat majlis khas bila tiba tarikh sebegini namun rasanya sebagai tanda ingatan, sebagai tanda kasih sayang dan sebagai  tanda kita amat menghargai kehadirannya, tak salah kita menunjukkannya dengan memberi ucapan dan doa yang mulus secara nyata .  Bukan bermakna di hari-hari biasa tiada doa yang mulus untuk mereka malah  doa kepada insan-insan yang tersayang ini sentiasa berterusan.

'Along ingatlah, semua tarikh tu Along ingat' itu jawapan Along pula setiap kali diuji oleh adiknya, Intan. 

Berbeza Intan yang hafal semua tarikh penting yang melibatkan ahli keluarganya dan dia juga biasanya menjadi perancang ... memilih dan menetapkan tempat makan dan menunya.  Kami hanya meraikannya dengan makan bersama di luar. Intan merancang, kami bersetuju dan abahnya bayar... walaupun itu majlisnya...ketua tetap ketua, belanja tetap belanja, tak boleh engkar.. kali ini lambat sikit tunggu Intan balik bercuti minggu depan.


//abahintan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengunjung blog ini yang sudi  menitipkan ucapan, harapan serta doa kesejahteraan buatnya sempena hari lahirnya semalam.








44 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Anak2 lelaki kakcik pun hanya ingat tarikh lahir diaorang je... :)

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..

harus diakui memang ini kenyataan..saya pun tak brp ingat akan tarikh2 tertentu...

walau apepun, kiter terime semua kelemahan dan kelebihan dan pasti rumahtangga kan aman..betul tak???

ibuintan berkata...[Reply]

memang betul tu kakcik, kalau hari lahir diorang seminggu lagi mereka dah ingatkan kita... nak minta apa2 lah tu

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Shah,

tarikh tu sekadar tarikh, janganlah kerana hal tarikh kita menjadikan ianya masalah kepada pasangan kita..

ibu setuju sangat terima kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya.. insyaallah.. kita bahagia

Wanita Bertudung Hijau berkata...[Reply]

sesungguhnya sy pun tak ingat tarikh lahir org2 pntg dlm hidup sy

heehhehe

bkn sbb fikir byk benda, tp entahlah, cuba nak ingat, tp tetap lupa

zul permatang badak berkata...[Reply]

Bab2 tarikh yang dah lepas ni memang gitu....malas nak ingat......kalau dingat/dikenang banyak sesalan datang...cita2 tak kesampaian...

banyak lah......jadi saya kalau boleh nak terus pandang depan......

tentang tarikh tu....biarlah cik puan kat umah.....tuliskan....

Kak Amy berkata...[Reply]

lelaki memang jarang nak ingat benda2 macam nie.. tarikh lahir pun susah nak ingat inikan pulak tarikh2 lain tertentu.

p/s: jemput join contest sinar raudah

http://sinarraudah.blogspot.com/2011/03/contest-resepi-pilihan-sinar-raudah.html

white rose berkata...[Reply]

biasa la tu ibu...
ayah sy pun mcm tu...

mak sy je ingat tarikh hari lahir anak2nya...

tu sikit je, mak sy ni ha 8 org anaknye...

ibuintan berkata...[Reply]

WBH,

cuba ingat tetap lupa takpe juga, ada juga cuba mengingat.. memori makin kurang tu, biasalah..

ibuintan berkata...[Reply]

zul,

sebab cik puan ada ingatkan tu sebab biarlah.. takpelah isteri aku mesti ingat, itu biasanya kan..

sesekali elok juga ingatkan tarikh penting cik puan tu... leh buat surprise

ibuintan berkata...[Reply]

Amy,

hubby pun lupe juga ke? sian kan... janji jangan lupa besday Amy la

insyaallah.. sedang cari resepi yg sesuai

ibuintan berkata...[Reply]

WR,

hebatnya emak WR, kaya anak...syukur

ibu biasanya sentiasa ingat tarikh lahir setiap anak, sebab ibu itu yang merasai sakit dan nikmatnya hari istimewa itu..

ummi azween berkata...[Reply]

assalamualaikum ibuintan

memang sudah lumrah sifat lelaki macam tu.

en hubby juga walau otaknya sarat dengan hal penting, tetap di setkn dalam hp supaya saya tidak berkecil hati.

tapi yang pasti, tarikh lahir sendiri memang di tak ingat.

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

ckLah pun selalu lupa tarikh...

Hehe

kak long berkata...[Reply]

bersalam dan berlaga pipi....apo nak malu an kak..bukan ngn org lain dgn suami sdri...hahahah!!!(org yg bkn sumiisteri lobih pado tu...huhuhu!!!)




tapi...memang botol la kak,org lelaki bab2 tarikh2 ni kurang amik perhatian sikit...bukan tarikh lahir ea yo...tarikh perkahwinan pun klu kito tak ingat an...dio laie la buek tak tau...huhuhu!!!

IMANSHAH berkata...[Reply]

hurm, saya pun sama...memang kena tulis besau2

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

saya mengaku, memang fail dlm bab ini

Wassalam

ahmad humairi berkata...[Reply]

maxis x lupa tarikh hari lahir saya..

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

suami makcik pun cam tu, tapi tak kisahlah, banyak benda lain yang dia nak ingat.redha je.

hentian berkata...[Reply]

itulah bijaknya penciptaan allah. suami ingat perkara besar-besar. isteri ingatkan perkara kecil-kecil.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Lain pulak suami saya kak. Dia ingat dan buat seprais tengah2 malam.


OK lah tu kak.Suami kita.(maksud saya suami akak dan saya)..hehehe..

Saya pun cium-cium laga-laga pipi tak kira ada orang ke tak .

Unknown berkata...[Reply]

geramlah ibuintan bila lelaki suka buat2 terlupa walhal mmg pun depa lupa...

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Azween,

terpaksa setkan dalam hp, boleh juga tu... janji dia tak terlepas besday azween ye...

kekadang kecil hati jugak kan bila dia tak ambil peduli tu

takpe la besday suami, isteri pulak yang ingatkan

ibuintan berkata...[Reply]

cklah... memori makin kureng tu

takpe ckzahan tolong ingatkan

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong.,

malu lah pulak, kok di kato ngengado..

hahaha takpo ce abang lupo, kaklong ingat an, buek surprise..

kokadang sodih yo kan, tarikh nikah pun lupo... tak ghaso lah adiah kok dah lupo tu

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,

lupa sendiri punya takpe... belum ada orang marah

bila nak pilih tarikh nikah lak ni?

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Atuk,

hahaha atuk memanglah, dah tua, komfom fail..

gurau ye tuk, jangan marah

ibuintan berkata...[Reply]

Cikgu Humairi,

memanglah sebab kita bayar dia, kalau dia lupa sah dia kena ceraikan.. tukar talian lain lak

ibuintan berkata...[Reply]

Cik Ina,

memang perlu redha, takkan sebab lupo tarikh, kita istihar perang lak... menangis tak berlagu nanti

ibuintan berkata...[Reply]

IM,

setju sangat, kalau suami nak ingat semua perkara besar dan kecil...
hahaha copek sakit jantung..

tapi IM eloklah ingat selalu besday ibu-suri, buat surprise benda yang dia suka, mesti dia ceria dan gembira

ibuintan berkata...[Reply]

Reen,

jangan tekojutlak bila hubby reen buat serprise tengah2 malam tu..

itu untuk menambah kemesraan dan minta izin sebelum keluar bekerja, kat tempat awam stakat pegang2 tangan yo..

ibuintan berkata...[Reply]

ayu,

knapa en Zalie selalu ke buat2 lupa...memang lupa tapi taknak mengaku ye, hahaha memang patut ayu geram

nak kena en zalie ni, denda dia Ayu.. eskrim koneto satu

Kak Imun berkata...[Reply]

Salam, ibuintan. Ada kebenaran kata2 ibuintan tu. Contohnya, kanda (suami) kak, bila time nak bayar zakat fitrah saja, mesti kak yang kena tulis nama penuh anak2, siap dgn tarikh lahir sekali. Alasannya, "Nanti sy silap.." hihi.....

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Kakak percaya N3 ini ada kebenaran pada kebanyakan lelaki (bukan semua). Leka pada tanggung-jawab lain yg padanya lebih penting agaknya....

sekadar satu coretan berkata...[Reply]

suami saye kalau tarikh penting ingat...terutama kalau besday anak2..

kadang2 ade jugak terlupa...maafkan jer la..

mungkin mcm2 benda nak difikirkan...maklumla ketua keluarga bukan senang nak memerintahkan...semuanye kene adil...

ibuintan berkata...[Reply]

Myfrin's,

hehehe.. yang tu juga banyak kes berlaku, lupa nama anak semasa bayar zakat fitrah... tulis nama camtu memang ramai yang buat takut pulak ada yang tertinggal kan..


saba je la.. ketua keluarga memang banyak tggungjawab, semua nak di pikirkan

ibuintan berkata...[Reply]

kakzakie,

leka dengan tanggungjawab betul juga, tetapi ada juga yg menganggap itu semua kerja remeh temeh..

ibuintan berkata...[Reply]

ainoraini,

tahniah kepada suami puan, masih berupaya mengingat tarikh lahir anak2..

kita sebagai isteri memang tak patut marah sebab benda tu cuma sesekali terkecil hati je ...kan

sud@is berkata...[Reply]

mungkin ada kebenarannya ibuintan
tapi yang loving habis pun ada juga, beli hadiah awal2 sebelum tiba masanya...

Bibu berkata...[Reply]

kita leh kawan gan ayahintan.sbb penah lupa tarikh lahir sendiri.lepas mak wish n hb kat kita....loooo...ari ni, ari lahir ku?

azieazah berkata...[Reply]

Harus juga bersetuju, rata-rata kaum lelaki tak begitu prihatin bab tarikh penting, kerana ada benda lain yang mereka sering fikirkan.

Jadi tugas kita lah pulak nak ingatkan segala tarikh. Saya semua IC anak saya boleh ingat, termasuk no MyKad suami saya. Tapi dia? jangan harap lah.. hehehehe


Berapa Banyak “ter” daaaa...

ibuintan berkata...[Reply]

s.u.d @i.s,

tu zaman bercinta, kalau boleh setiap bulan nak celebrate


ada juga yg prihatin sangat camtu, memang selalu buat kejutan untuk isteri mereka... tapi kurang banyak lah

ibuintan berkata...[Reply]

anie,

nasib baik suami wish ye tak, kalau tak ...laa dah seminggu berlalu tarikhnya

ibuintan berkata...[Reply]

azie,

hehehe memang jangan harap.. sebab isterinya dah boleh diharap