Followers

Jumaat, 4 Mac 2011

Kesan positif joging telah mula dirasai.

 'Cikgu, saya nampak cikgu kecil je' 

'Cikgu, kecil.... cikgu dah kurus ke? senyum perasan sendiri.

'Taklah  tadi saya nampak cikgu kecil... tapi bila cikgu berdiri kat sini, cikgu nampak besar pulak'


Aduhai... sampai hati Hakim cakap macam tu dengan cikgunya ni!


Itulah pandangan Hakim terhadap cikgunya ...dia nampak cikgunya kecil semasa dia melihat cikgunya   dari tingkat dua bangunan sekolah dan ketika cikgunya berdiri di hadapannya dia melihat cikgunya telah menjadi besar semula.

Ahhh.. tiadakah kesan aktiviti joging ku selama ini atau mata si Hakim tu yang ada 'masalah'.  Kena tambah km lagilah kalau camni. 

Tapi tujuan utama joging bukan saja untuk mengurangkan lemak dibadan ni, namun lebih utama untuk menambahkan lagi tahap kesihatan.  Kalau sebelum ini naik ke kelas di tingkat dua je tercunggap-cunggap.. gerenti duduk sekejap melepaskan lelah sebelum bersuara... sekarang tidak lagi, dah laju je mendaki tangga tu... kalau sebelum ini semasa sujud kepala lutut terasa sakit dan tegang sekarang masalah itu tiada lagi... dapat solat dengan selesa, kalau sebelum ini sukar tidur malam dan tidak berapa lena... sekarang dah masuk kategori tidur separa mati, sedar-sedar je dah subuh,  di samping itu ada juga beberapa lagi perubahan positif lain yang dialami.

Yang terbaru, hujung minggu lepas beli sehelai blaus, ada perkembangan baik juga bila nombor  yang tertera di leher baju tu semakin turun... wah, suker, suker...nak cuba beli seluar panjang pula lepas ni, rasanya turun juga cm nya di pinggang ni...baru cm je rasanya ni bukan inci,.... tapi mana tahu sebab ada sehelai dua seluar seakan tak mahu lekat dipinggang sekarang ni, seluar seakan-akan terasa nak terlondeh saje..

Sekarang juga tahap joging semakin di upkan bila sejak seminggu lalu telah memulakan mendaki dan menuruni bukit di kawasan taman di pekan ini. Joging di laluan  baru yang banyak mendaki ini  terasa banyak perubahan berbanding  sebelum ini yang hanya berjoging di jalan yang rata saja.

Aktiviti joging ini juga dilakukan pada setiap petang  jika hari tidak hujan dengan ditemani  rakan, bila berkawan aktiviti ini menjadi lebih  menyeronokan...  malah dalam perancangan juga untuk diselangselikan dengan aktiviti bersenamrobik sekali.... hahaha jom kita menari lak (dalam kelas tertutup saja)

    
Petang tadi di temani Azim (dipaksa sebenarnya)... Azim tidak berkasut sebab kasutnya telah disonglap oleh ibunya. 




//syukur masih diberi nikmat kesihatan yang baik


33 ulasan:

Tijah berkata...[Reply]

jogging kek mano tu kak?

Yan berkata...[Reply]

wah.. riadah yang baik tu kak.. Saya ni yg tak leh turun2. Apa tak nya jalan terus.. so makan terus lah..

Rozali berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

selamat berjoging
moga nanti hakim tak silap pandang lagi...he he

Wassalam

azweennour berkata...[Reply]

assalamualaikum ibuintan

moga matlamat ibuintan tercapai dengan segera dan selamanya boleh kekalkan.hahha

suka dgn entry ni

ibuintan berkata...[Reply]

Tijah... joging kek jalan bukit di pilah tu, memang ramai yang joging di situ setiap pagi atau petang

ibuintan berkata...[Reply]

Yan..

cuba je turunkan sikit, dah rasa berat ni kurang selesa sikit

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Atuk,

tu lah Hakim silap pandang kot..

insyaallah cabaran tu

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam azween,

takde lah nak turun secara drastik, pelan-pelan janji turun sikit dan kekal..

taknak turun sikit naik banyak..

jom joging

azieazah berkata...[Reply]

IBU INTAN, saya rasa tak perlu pun nak tambah km jogging tu, cukup sekadar boleh consistent..

Bila nampak sedikit hasil permulaan, pasti lebih bersemangat, kan?

Jommmmm sama-sama kekalkan kesihatan yang baik. Kalu dapat kurus lagi itu memang bonus yang nikmat.

Berkongsi Blog dengan Orang Sebelah: Sebuah Pendapat...

Pn Kartini berkata...[Reply]

Tahniah IbuIntan..:)
Satu permulaan yang baik utk kesihatan yang baik!:)

Hamizah berkata...[Reply]

betul tu,kak..
kalau ada sakit2 kena exercise byk2..nanti semua sakit boleh hilang..

IMANSHAH berkata...[Reply]

kita bako, kita baki lemak,,huhu

anie,Nagoya berkata...[Reply]

kejam ibuintan.paksa anak sekali.bagus tu amalkan senaman tuk kesihtan .secara langsung leh slim..lepas ni cik abg mesti jeles.

Admin P@P berkata...[Reply]

Assalamualaikum.
Semoga ibuintan terus diberi kesihatan yang baik.

Senaman nuntuk kesihatan...

TQ

Kakzakie berkata...[Reply]

Bagusnya ibuintan ada teman berjogging. Bukan kurus ke kecil yg diharap adalah sihat dan kolestrel tak duduk senyap dlm badan. Bestnya.....

kakpah berkata...[Reply]

joging kek bukit putuih la.. haha..

ckLah berkata...[Reply]

Selamat berjoging ibuintan...(Kak Nah..hehe)

Insan Marhaen berkata...[Reply]

teruskan berjogging biar setinggi mana pujian diberi.

nak kurus senang. teruskan kurus itu yang susah.

ibuintan berkata...[Reply]

Azie,

memang untuk kekalkan kesihatan, takut penyakit datang bila lemak dah banyak terkumpul ni

rasanya laluan joging sekarang juga sudah mencukupi, cukup dengan turun naik bukitnya

ibuintan berkata...[Reply]

Tinie,

tq, demi kesihatan diri, demi keluarga,dan demi faktor usia juga

ibuintan berkata...[Reply]

Hamizah,

antara sakit yang dah keluar ialah lutut, cepat semput dan badan banyak angin

sekarang sejak peluh banyak keluar, ada perkembangan yg sihat

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,

jom... kite bako samo2, kite bako lemak-lemak ni jangan bagi demo naik lemak lebih2 pulak

ibuintan berkata...[Reply]

Anie,

tak kejam aih... semalam terpaksa ajak sebab kawan tu tak dapat join sama, sensorang tak syok pulak rasanya

yes... jom sama2 joging

ibuintan berkata...[Reply]

Cikgu Lai,

Amin... mudah2an begitu lah, tu yg mesti dijaga juga ni... harta yg paling bernilai tu

ibuintan berkata...[Reply]

kakzakie,

adalah beberapa rakan sekerja, sama2 berhasrat menjaga kesihatan diri

kolestrol tu yg saya takut tu sebab saya sebelum ini dah diwarning dek dr supaya jaga kolestrol yg sedang mula bertapak ...

ibuintan berkata...[Reply]

kakpah,

bukit putuih dah sunyi, soram lak nak lalu situ..

bukit pilah yo, tu pun mencunggap nak sampai puncak

ibuintan berkata...[Reply]

ckLah,


hahahaha... sapo la tu? kak ipar bocor rahsia ke?

jom kite joging sama2

ibuintan berkata...[Reply]

IM,

belum ado yg puji... hehehe

demi kesihatan IM, badan dah naik benar ni, dah lebih dari yg sepatutnya.. dr dah warning suruh turunkan berat dan banyakkan exsersize

memang nak maintain tu yang susah, nak maintain joging pun susah gak ni.

Citarasa Rinduan berkata...[Reply]

setuju pendapat ibuintan..
setiap petang ayu berjogging bila ada waktu lapang..
bukan nak kurus..tapi jaga kesihatan..lagi2 family jenis sakit ~orang kaya~

ibuintan berkata...[Reply]

Ayu,

family akak juga ada penyakit orang kaya ni, tu sebab cuba beriktiar untuk mencegahnya...

white rose berkata...[Reply]

rajinnye ibu joging...
ade gak geng...

sy xde geng...
nak g sorang2, mak abah tak bagi...

ibuintan berkata...[Reply]

WR.

terpaksa merajinkan diri... adalah seorang dua rakan yang turut sama

kalau sensorang pun tak best juga kan, tak bersemangat jadinya

Sasa Al-Sharif berkata...[Reply]

best jugak bukan setakat menguruskan badan tapi hidup sihat. jd ibu tak perlu la putus asa :)