Followers

Sabtu, 5 Mac 2011

Alahai .. dah basi, kenapa masih dijual?

Sabtu pagi...Pagi tadi bersama seorang rakan dan Azim, kami berjoging di tempat biasa di Jalan Bukit .  Misi hari ini mesti sampai ke puncak bukit. Kalau hari-hari biasa kami pergi di sebelah petang, kami tidak menghabiskan pendakian hingga ke puncak bukit.  Jalannya agak tegak dan amat memenatkan.

Syukur, melihat Azim yang sungguh bertenaga lari turun naik jalan ke puncak yang agak tegak tanpa melihat dia tercunggap-cunggap, hati ibunya berbunga riang.  Tampak seolah-olah Azim telah sembuh dari asma yang dihidapinya sebelum ini.  Dia juga yang memberi kami semangat untuk sama sampai ke puncak pagi tadi.  'Adik dah sampai sini tiga kali' katanya.   Jalan bukit ini menghala ke puncak yang menempatkan tiga menara telekomunikasi.


Setelah turun semula dan membuat beberapa aktiviti senaman ringan yang disediakan di taman, Azim mengadu lapar.  Memang sebelum joging kami tidak menjamah makanan hanya minum segelas air kosong saja.  Kami bertiga terus berjalan ke tapak pasar tani yang terletak di kaki bukit. Azim meminta air soya serta sebungkus nasi lemak, sementara ibuintan membeli kuih lepat ubi, kuih bingka  dan sebungkus rendang ayam sementara rakan ibuintan membeli kuih dan air soya.

Kemudian kami berjalan ke taman semula dan makan di wakaf yang di sediakan.  Mengenangkan Azim makan nasi lemak, maka ibuintan membeli sebungkus rendang yang berharga RM2.00., adalah dalam lima ketul daging ayam yang dipotong kecil-kecil.  Rendang itu memang telah siap sedia dibungkus dalam plastik. Bila dibuka saja terbau satu bau yang kurang enak, bau basi, dan bila dipegang daging ayam itu telah berlendir.

 Ya Allah... spontan ibuintan baling ke dalam tong sampah berhampiran.  Nasi lemak dan rendang itu dibeli daripada seorang kakak yang sedap dipandang mata, nasi lemaknya tiada masalah walaupun nasinya hanya dua kali suap Azim saja, takpelah harga barang dah naik.  Yang dikesalkan mengapakah kakak itu sanggup menjual rendang yang telah basi sebegitu, rasanya semasa dia membungkus pun rendang itu memang telah sedia basi.  Dah berlendir.  Tak tahulah berapa orang yang telah membelinya dan telah tertipu begitu.


Memanglah RM2 tu tak banyak mana, tapi itu tetap duit hasil jualan barang yang telah rosak dan tidak boleh dimakan.  Kalau ikutkan hati boleh saja tadi ibuintan pergi semula ke kakak itu dan memulangkan semula rendangnya yang telah basi, tapi tak sampai hati pula, takut kecoh jadinya.  Maklumlah dia sedang berjualan ketika itu, takut terganggu pula barang jualannya yang lain.  Kakak itu menjual nasi lemak, rendang, lemang serta beberapa jenis kuih-muih.  Selepas ini, sah kakak itu akan diblekliskan, tiada lagi urusan jual beli dengannya.  Ini juga merupakan urusniaga pertama dan terakhir dengannya

Perasan juga semasa membeli, barang jualannya telah banyak yang terjual, sebab ketika itu sudah pukul 10.  Cuba bayangkan kalau ada sepuluh orang yang telah membeli rendang jualannya, mesti mereka juga rasa kecewa sepertimana yang ibuintan rasa.  Dan yang ibuintan rasa tidak sedap hati juga,  seorang nyonya juga membeli rendang yang sama . Apalah tanggapan nyonya itu agaknya, bila rendang yang dibelinya telah basi dan tidak boleh dimakan lagi.  Kalau tak silap nyonya itu membeli tiga ketul lemang dan sebungkus rendang... makan lemang je lah nyonya tu tanpa rendangnya kecualilah nyonya itu lalu nak menelan rendang yang dah berlendir tu....aya nyonya., nasib kita sama loo ini hali.    Memalukan sungguh.

Aya boleh kaya kah ini macam... dahlah berjualan secara kecil-kecilan tapi kualiti barang tak dijaga.  Ini mau untung ka mau rugi maaa......... Kalau dah tahu barang tu rosak, buanglah, biarlah rugi sikit asal rezeki dan duit yang kita dapat tu berkat.

//macam manalah bisnes nak maju kalau tidak jujur



15 ulasan:

IMANSHAH berkata...[Reply]

salam

pagi tadi jamuan hari sukan juga mee goreng basi..buat malu je pada VIP

Insan Marhaen berkata...[Reply]

mungkin sipenjual tidak tahu. dan kalau kita tak bagitau pada sipenjual yang tak tahu, kita mungkin dipersalahkan juga kerana tak beritahu pada yang tak tahu menahu..

Tijah berkata...[Reply]

ohhh. jln bukit. familiar bona tu. maghin sey duduk sawah lebar...maso abah kojo pilah. skolah tks sampai form 3. ehh. panjang komen lak kan...

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,

itu memang memalukan sekolah Bintang

ibuintan berkata...[Reply]

IM,

saya tak rasa penjual tu tak tahu sebab bukan baru nak basi, dagingnya dah berlendir dan berbau kuat, kecuali kalau dia bungkus rendang itu petang hari sebelum dia berjualan..

ibuintan berkata...[Reply]

iyoo Tijah,

jalan bukit tu lah... ghamai yg joging kek situ, ado datang sawah lebar lae tak?

white rose berkata...[Reply]

peniaga rendang kat tmpt sy ni dia ckp rendang ni jgn siap bungkus dlm plastik melainkan rendang kering...

dia kata cepat basi...

masa bungkus mmg tak basi, tapi bila dah beruwap dlm plastik terus cepat basi...

alahai, sedihkan bila kita berhadapan dgn keadaan itu...

IMANSHAH berkata...[Reply]

hari ni sakit perut..

ibuintan berkata...[Reply]

WR,

rendang yg ini rasanya basi bukan sebab cepat dibungkus tetapi rendang yang dah sedia basi, tiada kesan wap pun pada plastik pembungkusnya dan dari pengalaman akak rendang yang basi sebegini biasanya telah dimasak lebih dari sehari..

rendang biasanya lambat basi sebab kering

ibuintan berkata...[Reply]

padah makan mee goreng basi ke?

hhehehe saman katerer tu?

zul permatang badak berkata...[Reply]

rendang yg betul2 masak lambat basi...sbb kering....
seperti gulai kat kenduri.....kita hangatkan sehingga kering.....memang lambt basi.......

Tijah berkata...[Reply]

takdo kak. umah tu pun dah runtuh. lamo dah tak poie sanun sojak abah pindah somban taun 94.

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu Zul... rendang biasanya tahan dua tiga hari kalau betul keringnya..

yg ni tak tahu kenapa dah basi, mungkin tercemar ada juga kalau tak pun dah lama buat

ibuintan berkata...[Reply]

oo ye ke Tijah..

dah tinggal lah ye, tentu dah semak rimba juga tu kan

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

bila kita beriya nak makan jadi camtu mesti geram...



saya pernah kena tapi masa beli tapai waktu makan tengahari. Sekarang guna bekas plastik.berkulat..petang tu jugak saya pulangkan balik. Nasib baik gerai tu buka lagi..