'Cikgu, saya nampak cikgu kecil je'
'Cikgu, kecil.... cikgu dah kurus ke? senyum perasan sendiri.
'Taklah tadi saya nampak cikgu kecil... tapi bila cikgu berdiri kat sini, cikgu nampak besar pulak'
Aduhai... sampai hati Hakim cakap macam tu dengan cikgunya ni!
Itulah pandangan Hakim terhadap cikgunya ...dia nampak cikgunya kecil semasa dia melihat cikgunya dari tingkat dua bangunan sekolah dan ketika cikgunya berdiri di hadapannya dia melihat cikgunya telah menjadi besar semula.
Ahhh.. tiadakah kesan aktiviti joging ku selama ini atau mata si Hakim tu yang ada 'masalah'. Kena tambah km lagilah kalau camni.
Tapi tujuan utama joging bukan saja untuk mengurangkan lemak dibadan ni, namun lebih utama untuk menambahkan lagi tahap kesihatan. Kalau sebelum ini naik ke kelas di tingkat dua je tercunggap-cunggap.. gerenti duduk sekejap melepaskan lelah sebelum bersuara... sekarang tidak lagi, dah laju je mendaki tangga tu... kalau sebelum ini semasa sujud kepala lutut terasa sakit dan tegang sekarang masalah itu tiada lagi... dapat solat dengan selesa, kalau sebelum ini sukar tidur malam dan tidak berapa lena... sekarang dah masuk kategori tidur separa mati, sedar-sedar je dah subuh, di samping itu ada juga beberapa lagi perubahan positif lain yang dialami.
Yang terbaru, hujung minggu lepas beli sehelai blaus, ada perkembangan baik juga bila nombor yang tertera di leher baju tu semakin turun... wah, suker, suker...nak cuba beli seluar panjang pula lepas ni, rasanya turun juga cm nya di pinggang ni...baru cm je rasanya ni bukan inci,.... tapi mana tahu sebab ada sehelai dua seluar seakan tak mahu lekat dipinggang sekarang ni, seluar seakan-akan terasa nak terlondeh saje..
Sekarang juga tahap joging semakin di upkan bila sejak seminggu lalu telah memulakan mendaki dan menuruni bukit di kawasan taman di pekan ini. Joging di laluan baru yang banyak mendaki ini terasa banyak perubahan berbanding sebelum ini yang hanya berjoging di jalan yang rata saja.
Aktiviti joging ini juga dilakukan pada setiap petang jika hari tidak hujan dengan ditemani rakan, bila berkawan aktiviti ini menjadi lebih menyeronokan... malah dalam perancangan juga untuk diselangselikan dengan aktiviti bersenamrobik sekali.... hahaha jom kita menari lak (dalam kelas tertutup saja)
Petang tadi di temani Azim (dipaksa sebenarnya)... Azim tidak berkasut sebab kasutnya telah disonglap oleh ibunya.
//syukur masih diberi nikmat kesihatan yang baik
33 ulasan:
jogging kek mano tu kak?
wah.. riadah yang baik tu kak.. Saya ni yg tak leh turun2. Apa tak nya jalan terus.. so makan terus lah..
Assalamualaikum Ibuintan
selamat berjoging
moga nanti hakim tak silap pandang lagi...he he
Wassalam
assalamualaikum ibuintan
moga matlamat ibuintan tercapai dengan segera dan selamanya boleh kekalkan.hahha
suka dgn entry ni
Tijah... joging kek jalan bukit di pilah tu, memang ramai yang joging di situ setiap pagi atau petang
Yan..
cuba je turunkan sikit, dah rasa berat ni kurang selesa sikit
mualaikumsalam Atuk,
tu lah Hakim silap pandang kot..
insyaallah cabaran tu
mualaikumsalam azween,
takde lah nak turun secara drastik, pelan-pelan janji turun sikit dan kekal..
taknak turun sikit naik banyak..
jom joging
IBU INTAN, saya rasa tak perlu pun nak tambah km jogging tu, cukup sekadar boleh consistent..
Bila nampak sedikit hasil permulaan, pasti lebih bersemangat, kan?
Jommmmm sama-sama kekalkan kesihatan yang baik. Kalu dapat kurus lagi itu memang bonus yang nikmat.
Berkongsi Blog dengan Orang Sebelah: Sebuah Pendapat...
Tahniah IbuIntan..:)
Satu permulaan yang baik utk kesihatan yang baik!:)
betul tu,kak..
kalau ada sakit2 kena exercise byk2..nanti semua sakit boleh hilang..
kita bako, kita baki lemak,,huhu
kejam ibuintan.paksa anak sekali.bagus tu amalkan senaman tuk kesihtan .secara langsung leh slim..lepas ni cik abg mesti jeles.
Assalamualaikum.
Semoga ibuintan terus diberi kesihatan yang baik.
Senaman nuntuk kesihatan...
TQ
Bagusnya ibuintan ada teman berjogging. Bukan kurus ke kecil yg diharap adalah sihat dan kolestrel tak duduk senyap dlm badan. Bestnya.....
joging kek bukit putuih la.. haha..
Selamat berjoging ibuintan...(Kak Nah..hehe)
teruskan berjogging biar setinggi mana pujian diberi.
nak kurus senang. teruskan kurus itu yang susah.
Azie,
memang untuk kekalkan kesihatan, takut penyakit datang bila lemak dah banyak terkumpul ni
rasanya laluan joging sekarang juga sudah mencukupi, cukup dengan turun naik bukitnya
Tinie,
tq, demi kesihatan diri, demi keluarga,dan demi faktor usia juga
Hamizah,
antara sakit yang dah keluar ialah lutut, cepat semput dan badan banyak angin
sekarang sejak peluh banyak keluar, ada perkembangan yg sihat
Iman,
jom... kite bako samo2, kite bako lemak-lemak ni jangan bagi demo naik lemak lebih2 pulak
Anie,
tak kejam aih... semalam terpaksa ajak sebab kawan tu tak dapat join sama, sensorang tak syok pulak rasanya
yes... jom sama2 joging
Cikgu Lai,
Amin... mudah2an begitu lah, tu yg mesti dijaga juga ni... harta yg paling bernilai tu
kakzakie,
adalah beberapa rakan sekerja, sama2 berhasrat menjaga kesihatan diri
kolestrol tu yg saya takut tu sebab saya sebelum ini dah diwarning dek dr supaya jaga kolestrol yg sedang mula bertapak ...
kakpah,
bukit putuih dah sunyi, soram lak nak lalu situ..
bukit pilah yo, tu pun mencunggap nak sampai puncak
ckLah,
hahahaha... sapo la tu? kak ipar bocor rahsia ke?
jom kite joging sama2
IM,
belum ado yg puji... hehehe
demi kesihatan IM, badan dah naik benar ni, dah lebih dari yg sepatutnya.. dr dah warning suruh turunkan berat dan banyakkan exsersize
memang nak maintain tu yang susah, nak maintain joging pun susah gak ni.
setuju pendapat ibuintan..
setiap petang ayu berjogging bila ada waktu lapang..
bukan nak kurus..tapi jaga kesihatan..lagi2 family jenis sakit ~orang kaya~
Ayu,
family akak juga ada penyakit orang kaya ni, tu sebab cuba beriktiar untuk mencegahnya...
rajinnye ibu joging...
ade gak geng...
sy xde geng...
nak g sorang2, mak abah tak bagi...
WR.
terpaksa merajinkan diri... adalah seorang dua rakan yang turut sama
kalau sensorang pun tak best juga kan, tak bersemangat jadinya
best jugak bukan setakat menguruskan badan tapi hidup sihat. jd ibu tak perlu la putus asa :)
Catat Ulasan