Followers

Selasa, 30 November 2010

Caca marba je lah...

Hari yang sibuk rasanya hari ni.... sibuk sebab tak berapa dapat menekun menghadap pc hari ni.... dapat jenguk kejap-kejap saja pagi tadi.... tiada aktiviti riadah pagi sebab cuaca masih lembab, malam tadi semalaman hujan.

Sebab tak beriadah, maka cepatlah mulanya kerja-kerja menguruskan rumahtangga .... kerja yang teramat rutin, yang sentiasa berulang -ulang,.. nak kata jemu... ada juga... nak kata terpaksa buat.... ada masa terpaksa juga  (terutama bila datang  hantu malasnya).... namun dah kewajiban dan ini juga satu cara untuk mendapat pahala, mendapat pahala secara senang dan percuma... yang penting ikhlas.

Dan pastikan semua kerja dan aktiviti yang dilakukan sentiasa dimulakan dengan ucapan Bismillah dan  sentiasa berselawat ke atas Nabi s.a.w.... kata arwah 'emak supaya berkat dan makanan yang dimasak pun jadi sedap'..

Melihat rumah cantik tersusun kemas, melihat ahli keluarga makan dengan berselera, melihat semuanya sedap dipandang maka semua penat lelah terbayar rasanya.... komfom hilang penat.

Pagi tadi juga awal ke dapur untuk masak.  Hari ini masak lemak umbut kelapa dan masak asam ikan kembung.  Semalam abahintan beli umbut kelapa.  Umbut kelapa direbus dahulu supaya empuk.  Umbut direbus dengan air kelapa muda.  Selepas empuk, air rebusan dibuang dan diganti dengan santan kelapa, umbut dimasak bersama serai, boleh juga dicampur dengan daun kunyit.
Gulai umbut dimakan bersama ikan masin dan sambal gesek.... bak kata orang tua "mentua lalu belakang pun tak nampak"... dah lalu kat belakang mana nak nampak kan, bukan ada mata kat tengkuk tu pun... pukul 12 setengah dah makan sebab ada agenda lain pula  menyusul.

Petang tadi kami sepetangan di Kolej MARA Seremban.  Intan ada ujian kelayakan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM tahun 2011.  Ujian bermula dari pukul 2  sehingga  pukul 5.20 petang.

Walaupun lebihkurang 25km dari rumah, sebelum pukul satu kami telah keluar.  Kami takut terlewat sampai di pusat ujian, semua pelajar diminta berada pusat ujian 15 minit sebelum bermula .  Jalan Kuala Pilah Seremban tidak boleh dijangka sekarang ni... bila-bila boleh sesak dan jam...syukur perjalanan lancar.
Sementara menunggu Intan menduduki ujian, cadangnya hendak berjalan-jalan dulu ke bandar Seremban, namun terbatal kerana hujan turun dengan lebatnya.  Hanya duduk dan berborak dengan beberapa orang penjaga yang menunggu anak mereka, kesemua penjaga ini datang dari sekitar Kuala Lumpur sperti Bangi, Serdang dan Kajang.  Mereka memilih pusat ujian di KMS ini  kerana ini tempat yang terdekat bagi mereka.

Berdasarkan sembang-sembang, mereka adalah penjaga yang berkerjaya sukses... melihat  kereta yang mereka pandu, penampilan diri serta sentiasa mengakses internet menggunakan  telefon bb yang mereka guna..... melihat keadaan ini.. terfikir juga 'bagaimanakah peluang untuk anak yang kurang berkemampuan untuk belajar di kolej ternama ini?

Seorang penjaga yang juga seorang pensyarah universiti berkata 'tiga orang anaknya telah berjaya belajar kolej ini dan  kalau berjaya yang ini adalah anaknya yang keempat....   bertuah sungguh kan.... sedangkan ada anak orang lain yang juga cemerlang namun tidak seorang pun dapat peluang belajar di kolej kebanggaan orang Melayu ini ......di manakah silapnya?

//gambar yang sempat disnap sbelum hujan turun, menggunakan hp cap telur ayam tentunya.......hahaha

23 ulasan:

kak long berkata...[Reply]

kocor air luir tgk gulai umbut tu...!

doa kaklong semoga intan berjaya...!
insyallah...teharu sungguh..!


cap ayam pun cap ayam la...janji buleh becakap sudah...!

sardin cap ayam pun skrang kan main mahal eh...!

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,


Semoga Intan terpilih nanti..

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..lama betul aka tak makan gulai umbut..
insyaallah..jka rezeki intan..akan terpilih jugak dia..

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..bile sebut tentang MRSM ramai yang mengeluh..ia seakan-akan sudah menjadi seperti Uitm..anak-anak orang besar sahaja yang mampu masuk ke dalamnya...tp, berdasarkan apa yang sy tahu, cara pembelajaran di MRSM ini memang hebat dan lain dari yang lain termasuk SBP sendiri tidak mampu menyainginya..mereka mengguna konsep yang dinamakan sebagai" homeroom" selain cara result diukur menggunakan sistem universiti..sesekali, saya cadangkan sekolah ibu buat lawatan ke MRSM..tengok cara pembelajaran mereka..mungkin boleh dimanfaatkan di sekolah ibu...
p/s: sekadar cadangan

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,

mudah2an ada rezeki Intan...

anak2 kata gulai org tuo...gulai org takdo gigi

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih reen... mudh-mudahan ada rezekinya

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih kak erna... dia memang berharap sangat tu...

umbut ni jarang org jual, kat pasr minggu pun payah jumpa/.... susah nak ambik kena tebang pokok kelapa lak tu..

ibuintan berkata...[Reply]

shah,

betul tu, sistem pendidikanya memang ekcelen, tu yg intan bersemangat sungguh nak masuk ke sana..mudah2an berjaya kali ini

cadangan yg bagus juga tu terutama kpd murid2 tahun 6 sebagai motovasi kpd mereka

Zaitun berkata...[Reply]

Betul kata ibuintan ramai penuntut yang belajar disekolah yang ternama kebanyakkannya anak orang2 berada,kasihan kan pada yang tak berapa berduit.

Pn Kartini berkata...[Reply]

sALAM MY lovely Sis..:)

Moga anakanda Intan berjaya dengan ujian kemasukan KMS:)

InsyaAllah ...ada rezeki adalah peluang :)Doa je sis:)

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,

tak dinafikan mereka semua cemerlang, tapi kenapa anak yg kurang berada yg juga cemerlang tidak diberi peluang juga..

mereka sepatutnya diberi keutamaan dan bantuan demi masa depan mereka

ibuintan berkata...[Reply]

PN Tini..

mudah-mudahan ada rezeki dan peluang intan... akak hanya dapat memberinya doa

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

...ada kenalan yang berjawatan besar, merungut2 anak bongsunya tak dapat ke MRSM, sedang 3 anaknya sudah mendapat tempat. Dan dia hanya memilih MRSM yang 'superb' sahaja.....yang baru2 dia tak pandang pun.

**Dua adik beradik ckLah (orang kampung tipikal)adalah lepasan MRSM, dan Alhamdulillah mereka kini profesioanal berjaya. Tapi, MRSM zaman dululah...70an dan 80an.

Semoga Intan juga berjaya..

Admin P@P berkata...[Reply]

Assalamualaikum.
Sedap kesan tangan ibu/isteri, walau tak seberapa... apatah lagi kalau beberapa.

Semoga sekeluarga sentiasa ceria dan bahagia.

TQ

ibuintan berkata...[Reply]

ckLah..

tu lah bersyukurlah patutnya kan.. berilah peluang pulak pada yang lain, pada yang tidak dapat memilih tempat dengan kemampuan yang kurang..

rasanya pada yg berada peluang untuk anak2 mereka utk lanjutkan pelajaran terbuka luas samada dalam maupun luar negara..

kedua saudara cklah menjadi bukti utama... demi memajukan anak bangsa tanpa pilih kasih

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu admin,

tu lah yang nak dijaga... keberkatan hidup demi anak2 dan suami

Kak Amy berkata...[Reply]

salam..

semoga intan terpilih nanti kak..

ibuintan berkata...[Reply]

amy.... mudah-mudahan adalah rezeki dia. tq

azlin hashim berkata...[Reply]

salam ziarah sahabat, maaf menganggu, tp ni ada peluang yg sgt baik utk anda semua penulis blogger, bacalah.. jgn ketinggalan tau! rugi nnt...


PERHATIAN SEMUA!!!! JGN BERLENGAH LAGI... INGIN MENJANA PENDAPATAN RM1000 SEHAR! MASA TERHAD. DAPATKAN FORMULA PERCUMA ANDA HARI INI JUGA. CEPAT!!! JANGAN TERLAMBAT. SEMUANYA DI SINI >

http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM

IMANSHAH berkata...[Reply]

semoga intan berjaya ya..wah diari hidup seorang ibukan..haha

ibundo berkata...[Reply]

salam ibu intan.
umangai.. sodap e gulai umbut tu. lamo dah tak jumpo. makan dongan sambal gesek. buek lak yang podeh sampai kelua slemo.. pergh.....
ado lai ko. mintak sikit.

selamat berjaya pada intan...

ibuintan berkata...[Reply]

iman,

diari yang sentiasa berulang2 gitu.. dah kewajipan seorang ibu

ibuintan berkata...[Reply]

kak pah,

tang klua slemo tu yg tak tahan tu..


hahaha..osah sodap e tu

dah habih la, cukup2 yo