Followers

Jumaat, 12 November 2010

Kentut.... jangan kau ketawa kalau aku tak boleh kentut.

                                                     ihsan tok gugel


'Aku tak boleh kentutlah . kak'

'Badan aku dah rasa lain macam ni, angin dah penuh satu badan aku ni, aku dah buat macam-macam dah supaya kentut'

"kau urut lah" kata rakan yang lain.

'Dah, aku dah urut, dah makan ubat juga, tapi masih tak mau kentut'

'Kau tidurlah menonggeng' cadang rakan yang lain pula.

'Aku dah buat jugak, tapi tak maunya juga.  Aku dah lama la tak rasa nikmat kentut ni'.

Hahahaha... selalu ketawakan seorang rakan yang sering mengadu bahawa dia tidak boleh kentut, dan sudah hilang nikmat melepas angin secara semula jadi tu. 

Sesungguhnya kentut juga suatu nikmat kepada kita.  Kentut cara badan kita mengeluarkan angin atau gas yang tidak sihat yang terkumpul di dalam badan.  Cuba rasakan sesekali kita kentut, tak kiralah dengan volume yang kuat atau perlahan, perut kita akan rasa lega dan ringan.

Kentut biasanya ditandai dengan rasa memulas di perut. Ini sering menjadi petanda kalau kita
  • Kelebihan makan makanan tertentu seperti buah durian dan petai . Kalau makan benda macam ni, bayangkan gas yang akan keluar nanti.  Semerbak satu alam. 
  • Semasa keinginan untuk buang air besar.  Ini tanda yang paling biasa di alami.
  • Kesan sampingan ubat yang kita makan.
  • Menderita  sembelit.
  • Ataupun masuk angin dalam badan.
Sejak dua hari ni, perut rasa lain macam juga, rasa senak dan sebu. Selalunya senang untuk mengeluarkan angin dan gas-gas  nitrogen, hidrogen, karbondioksida dan berbagai gas lagi yang terkumpul dalam perut ini.

Bila gas-gas ini tidak mahu keluar, barulah macam-macam yang dirasai, kepala juga menjadi sakit dan berdenyut-denyut selain badan juga rasa menyucuk-nyucuk.

Petang semalam, setelah rasa badan yang semakin tidak enak, setelah meminta anak-anak dan abahintan mengurut dan memicit-micit badan, masih juga tidak berkurangan.  Akhirnya terpaksa juga mengambil ubat buang angin, ubat yang berangin dan hanya dikumam dalam mulut, macam makan gula-gula saja.

Bangun pagi ini, lega.. sebutir bom zaman Jepun dah meletup... hahaha aku dah kentut... itulah lain kali kau 'ibuintan' jangan celupar sangat mulut tu, jangan suka hati mak bapak kau ketawakan orang yang dah hilang nikmat terkentut ni..

//sesungguhnya setiap sesuatu yang Allah jadikan ada kegunaan dan fungsinya... so kalau ada teman-teman yang terlepas dan mengeluarkan pula aroma yang menusuk alam, samada sengaja atau tidak disengajakan... maafkanlah  walaupun dengan berat hati

20 ulasan:

kakcik berkata...[Reply]

Cantik cat baru rumah ibuintan ni... mendamaikan. :) (komen keluar tajuk)

kakcik berkata...[Reply]

(Baru nak beri komen yang berkaitan)..

melepaskan sesuatu yang terpendam di dalam perut (apatah lagi kalau dah lama tak dilepaskan) adalah merupakan satu kelegaan yang tak terucap oleh kata2! :)

kak long berkata...[Reply]

bu,
maso sekolah dulu...
bilo time perhimpunan,ado sorang kawan ni,ghoma tol kontut...

kaklong selalu koba,...kau ni muko yo lawa...kontut nauzubillahhhh...!
bukan sesekli yo...selalu lak tu...

kaklu dah bebau tu....dio sesonyum yo...tu tau la kojo dio la tu...hampeh tol...

Zaitun berkata...[Reply]

Kalau pun nak melepas biarlah jauhkan diri dari orang sekeliling atau masuk ketandas.
Nikmat rupanya iya. hihihi....

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..inilah nikmat yang Allah SWT kurniakan..kadang-kadang kita lupe akan hikmahnya kan.semoga kita terus bersyukur...

kak Erna berkata...[Reply]

ibuintan..sesuatu yang dijadikan tuhan tu..tentu ada sebabnya kan..

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik, intan yang tukarkan, dia dah takde keja so mulalah dio godek2 ikut sukarasa dia

kalau saya takde nye nak tukar2 ni, yg simple2 boleh la

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik 2,
betul tu, memang tak selesa banyak angin yg tak sehat dalam badan, boleh jadi penyakit juga

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,

hahaha saba yo lah, memang ado camtu..
tu yang jenis tak dapek nak nahan tu, dah tu jenis banyak angin lak..

selalu la bau tolo tombolang yo..

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,

betul tu memang salah satu nikmat hidup kot ...hihihi

ado org memang boleh naik migrain kalau tak boleh buang gas ni, gas yang bertoksin..

ibuintan berkata...[Reply]

shah,
memang kekadang kita rasa benda tu satu gurauan, tetapi tetap ada kelebihan dan kegunaannya kepada tubuh badan kita

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna..

betul tu.. mesti ada gunanya... walaupun kita nampak benda itu macam remeh dan kekadang memalukan

Insan Marhaen berkata...[Reply]

humph! patutlah ada sikit b*u wanginynya kureng....

ummu berkata...[Reply]

salam ibuintan
kak, kentut ni memang suatu nikmat besar daripada Allah kak.
sejak menjalani slaah satu operation, saya dah susah nak 'kxxtut'.boleh pening kepala kalau angin tu tak mo keluar.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Saya memang akan sentiasa kentut kalau makan HALIA.. Perut otomatik kembung..


Terpaksa ke toilet banyak kali tau kak... Itu kalau di ofislah..

Kalau di rumah kena pastikan Abg tak dengar.... Malu ..hehehe

ibuintan berkata...[Reply]

IM... ada bau ka sampai sana?..

ibuintan berkata...[Reply]

Ummu,

tu lah pasal, macam mana boleh jadi cam tu, memang buat penyakit kalau angin ni tak mau keluar.... sakit kepala memang mesti la..

ibuintan berkata...[Reply]

Reen..

halia memang bagus untuk buang angin, tapi kalau orang tak leh kentut tau mau juganya keluar..

elok tu dia buang angin tak elok dalam badan

armouris berkata...[Reply]

info tentang kentut di SIHAT SELALU - Soal Jawab Tentang Kentut

ibuintan berkata...[Reply]

armouris,

okey akan ke sana